DARI PATANI KE MAKKAH: JEJAK ULAMA NUSANTARA

Syeikh Daud Mengajar Di Masjidil Haram

Ulama yang dikenali sebagai penulis kitab yang cergas ini ialah Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani, yang berasal dari Patani di selatan Thailand.  Jumlah kitab dan risalah tulisannya dikatakan melebihi karya yang dihasilkan oleh mana-mana ulama di rantau dunia Melayu. Tarikh lahirnya yang sebenar tidak dapat dipastikan sama ada pada 1133 H, 1153 H atau 1183 H. Beliau dilahirkan di Kerisik dalam persekitaran kawasan istana Sultan Patani. Rumah keluarga beliau berada dalam kawasan istana kerana keluarganya mempunyai peranan penting dalam urusan agama Islam, termasuk ayah beliau, Syeikh Wan Abdullah bin Syeikh Wan Idris bin Syeikh Wan Senik al-Karisiqi al-Patani.

Menentang Penguasaan Siam Ke Atas Patani

Selepas beberapa tahun menuntut ilmu di Makkah, Syeikh Daud yang dianggap ‘Pengarang Terulung di Asia Tenggara’ pulang ke kampung halamannya. Beliau membina sebuah rumah wakaf yang dijadikan tempat pengumpulan pelajar. Beliau juga aktif melibatkan diri dalam perang jihad, menentang kekejaman tentera Siam. Syeikh Daud kemudian berhijrah ke Terengganu dan selepas itu menetap di Makkah sehinggalah beliau meninggal dunia. Seluruh Patani dikatakan mendirikan solat ghaib untuk beliau. Diriwayatkan juga bahawa mayat beliau didapati tidak hancur, setelah dipindahkan dua kali untuk disemadikan berhampiran dengan kubur para sahabat Nabi s.a.w. atas perintah Raja Makkah ketika itu. Sekarang ini, jenazah beliau bersemadi di dalam Masjid Ibnu Abbas.

Keluarga Al-Fatani

Syeikh Daud al-Patani mempunyai lima adik-beradik. Syeikh Muhammad bin Ismail al-Patani, pengarang kitab fikah Mathla’ul al-Badrain yang amat terkenal di Nusantara, adalah cucu saudara kepada Syeikh Daud bin Abdullah al-Patani. Bahkan menurut riwayat yang boleh dipercayai, Syeikh Daud sendiri yang menyambut kelahiran cucu saudara beliau ini ketika beliau berada di Pulau Duyung Kecil, Terengganu. Syeikh Daud juga turut bertanggungjawab membawa Syeikh Muhammad ke Makkah. Selain Syeikh Muhammad, Syeikh Daud juga mempunyai seorang lagi cucu saudara yang turut menjadi ulama besar. Tokoh yang dimaksudkan ialah Syeikh Wan Abdul Kadir bin Abdul Rahman al-Patani.

Pengarang Terulung Dan Ulama Besar

Syeikh Daud al-Patani mempunyai banyak gelaran. Antara yang diketahui ialah Syeikh Daud Waliullah dan Syeikh Daud Pengarang Kitab. Hasil karya beliau yang sebenarnya tidak diketahui, tetapi melebihi 60 kitab yang antaranya dicetak di Makkah, Mesir, Turki, Patani, Singapura, Kelantan dan Bombay. Terdapat juga manuskrip karya yang belum dicetak. Antara karya  beliau ialah Bughyatut Thullab li Muridi Ma’rifati Ahkami bis Shawab yang dicetak tiga kali di Makkah, iaitu pada 1310 H/1892 M, 1321 H/1903 M dan 1328 H/1910 M; Al-Shaidu was Zabaih dicetak di Makkah, iaitu pada 1310 H/1892 M ;Al-Bahjatus Saniyah fil Aqaidis Saniyah/Tah-shilu Nailil Maram Syarh ‘Aqidatil ‘Awam, cetakan keduanya pada 1306 H/1888 M. Kisah Nabi Yusuf ‘Alaihis Salam pada 1329 H/1911 M di Makkah, KasyfuI Ghummah pada 1303 H/1885 M di Makkah, Jam’ul Fawaid al Jawahirul Qalad, cetakan pertama di Makkah pada 1303 H/1885 dan seterusnya di Kaherah pada 1311 H/1893 M.

Syeikh Ahmad Al-Patani

Selain Syeikh Abdul Kadir al-Patani dan Syeikh Muhammad al-Patani, seorang lagi daripada keluarga al-Patani yang terkenal dan dianggap menyamai ketokohan Syeikh Daud al-Patani ialah Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Patani. Beliau dilahirkan pada tahun 1272 H, di Kampung Jambu di negeri Jerim, Patani. Beliau dianggap ulama bertaraf antarabangsa dan merupakan guru kepada Tok Kenali. Di Makkah, beliau belajar menghafal al-Quran dan pelbagai jenis ilmu. Salah seorang daripada guru beliau ialah Allamah Saiyid Umar al-Syami al-Baqa’i. Diceritakan bahawa Syeikh Ahmad adalah pakar dalam 47 bidang ilmu. Ketokohan beliau membolehkan beliau dibenarkan mengajar di Masjidilharam.

Catatan: Abu Zaid al-Nusantari

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com