HIDAYAH

Dalam menjalani kehidupan, manusia memerlukan hidayah supaya tidak berada di jalan yang dimurkai Allah S.W.T. atau jalan yang sesat (Q.1:7). Hidayah  secara harfiah bererti petunjuk. Dalam pengertian syariat, hidayah bererti petunjuk daripada Allah S.W.T. kepada manusia agar manusia berada di jalan dikehendaki Allah S.W.T. Oleh sebab itu, doa yang terdapat dalam firman Allah S.W.T. yang berbunyi: “Tunjukilah kami jalan yang lurus” (Q.1:6), sering disebut sebagai doa memohon hidayah. Menurut Islam hanya Allah S.W.T. yang dapat memberi hidayah kepada manusia atau menunjukkan manusia ke jalan yang benar. Manusia tidak akan mampu, sekalipun beliau seorang nabi. Tugas para nabi dan rasul hanya menyampaikan ajaran kebenaran berupa agama. Sama ada manusia akan menerima hidayah itu atau menolaknya, itu menjadi urusannya dengan Allah S.W.T., pemberi hidayah.

ALLAH S.W.T. PEMBERI HIDAYAH

Nabi Muhammad s.a.w. berusaha keras untuk mengislamkan bapa saudaranya, Abu Talib kerana baginda bimbang bapa saudaranya akan meninggal dunia dalam kufur. Nabi tidak putus-putus berdoa kepada Allah S.W.T. agar beliau diberikan petunjuk tetapi permohonan baginda dijawab oleh Allah S.W.T., “Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya dia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya)…”(Q.28:56). Ayat ini menjelaskan hanya Allah S.W.T. yang berkuasa menghidayahkan seseorang.

EMPAT TINGKAT HIDAYAH

Ada 4 hidayah Allah S.W.T. kepada manusia. Pertama, naluri, iaitu suatu petunjuk yang telah ada dalam diri manusia sejak lahir ke dunia. Kedua, pancaindera yang berguna untuk melakukan hubungan dengan dunia luar yang tidak dapat dilakukan oleh naluri. Ketiga, akal, iaitu alat untuk berfikir yang hanya ada pada manusia. Namun kemampuan akal terbatas, tidak mampu menjangkau hal yang bersifat ghaib. Oleh sebab itu, manusia memerlukan hidayah yang lebih tinggi lagi, yakni agama. Agama berfungsi untuk memberikan jawapan kepada segala persoalan yang tidak dapat dijawab oleh akal, sekali gus membimbing akal kepada tahap yang lebih tinggi.

NABI DAN RASUL

Nabi dan rasul yang diutus oleh Allah S.W.T. bertugas menyampaikan hidayah kepada manusia dalam bentuk ajaran Allah S.W.T. atau agama. Semua manusia, tanpa dikecualikan akan mendapat hidayah yang dibawa oleh para nabi dan rasul tersebut. Itulah yang disebut sebagai hidayah umum. Namun para nabi dan rasul tidak mempunyai kemampuan untuk memberikan petunjuk agar manusia dapat melaksanakan ajaran agama tersebut. Manusia memerlukan hidayah khusus untuk itu dan hanya Allah S.W.T. yang dapat memberikannya.

MANUSIA SEMPURNA

Manusia yang hanya mempunyai dua hidayah sahaja, iaitu naluri dan pancaindera tidak berbeza daripada haiwan, akalnya tidak berfungsi dan tidak mempunyai rasa malu. Manusia yang hanya mempunyai tiga hidayah sahaja, iaitu naluri, pancaindera dan akal, hanya mempunyai rasa malu kepada manusia, tidak kepada Allah S.W.T. Rasa takutnya kepada Allah S.W.T. hilang sehingga semua perbuatan dosa dilakukannya. Adapun manusia yang sempurna mempunyai empat hidayah, iaitu naluri, pancaindera, akal dan agama.

  • Orang Islam berdoa kepada Allah S.W.T. untuk memohon hidayahNya agar sentiasa berada di jalan yang diredai Allah S.W.T.
  • Nabi Muhammad s.a.w. merupakan rasul terakhir diutus oleh Allah S.W.T. untuk menyampaikan hidayah kepada umat manusia dalam bentuk ajaran agama Islam.
  • Allah S.W.T. memberikan hidayah kepada manusia dalam bentuk akal fikiran sehingga manusia dapat berkarya.

Catatan : Ibnu Fayyad

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com