HUJAH TANPA AMARAH

Al-Baqillani atau nama sebenar Muhammad bin Al-Tayyib bin Muhammad bin Jaafar bin Al-Qasim. Beliau lahir di Basrah dan tinggal di Baghdad. Beliau merupakan seorang pemikir, ahli fiqh dalam mazhab Maliki, bahkan menjadi imam mazhab tersebut pada zamannya.

Bagaimanapun, namanya lebih sering dihubungkan dengan Kalam Asy’ari. 

Kelebihan dan keilmuan yang dimiliki al-Baqillani menjadi ‘rebutan’ para pengikut Shafie dan Ahmad bin Hambal. Beliau pernah menjadi komandan pasukan tentera dalam pertempuran yang berlaku antara Dinasti Abbasiah dengan Dinasti Fatimiyah. 

Tulisan-tulisan yang tajam mempunyai pengaruh yang amat besar, khususnya dalam membongkar kekeliruan kaum Fatimid dan menghancurkan kekuatan mereka. 

Al-Baqillani memperdalami ilmu daripada Abu Mujahid, Abu Bakar al-Abhari, Ibnu Abi Zaid dan lain-lain. Manakala murid-muridnya antara lain ialah Abu Zar al Harawi, Abu Imran al-Fasi, dan Qadi Muhammad Ibnu Nasr. 

Ibnu Katsir menyebut tentang beliau, antara lain katanya: 

“Al- Baqillani tidak akan tidur sebelum dapat menulis 20 lembar (helaian kertas). Ini dilakukannya setiap malam sepanjang hidupnya”. 

Tidak menghairankan jika karangnnya cukup banyak. Di antara karya yang dihasilkannya ialah Syarh Ibanah, Syarh al-Luma, Al-Imamah al-Kabirah, Al-Imamah al-Saghirah, Al-Tabsirah bi Daqa’iq al-Haqa’iq, dan Amali

Qadi Abu Jaafar al-Samnani mengatakan bahawa al-Baqillani merupakan orang amat dipercayai dalam bidang hadis. Dalam ilmu Kalam, beliau merupakan pakar yang terkemuka pada masanya. Ini dapat dilihat daripada buku-bukunya yang mengulas tentang perdebatannya dengan aliran-aliran teologi kaum Rafidah, Muktazilah, Jahmiyah, Khawarij dan lain-lain.  

Al-Baqillani pernah diutus oleh pemerintah untuk membawa surat kepada Raja Romawi. Dalam tugas ini beliau digambarkan menerusi sebuah ‘kata hikmah’: “Jika anda mengutus orang, utuslah orang bijak, dan anda tak perlu berpesan apapun.” Dan Al-Baqillani adalah orang yang dimaksudkan itu. 

Al-Baqillani dikenali amat cerdas orangnya. Sikap ilmiahnya amat jelas kelihatan ketika berdiskusi dan berdebat. 

Ucapan-ucapanya tidak disampaikan dengan emosional. Apa yang dicari Baqillani adalah kebenaran ilmiah.

Suatu ketika beliau ditanya seorang Romawi: “Bagaimana tanggapan anda tentang Aisyah, isteri Nabimu? Baqillani mengatakan: “Begini, anda tahu ada dua orang perempuan: Aisyah, isteri Nabi kami dan Maryam binti Imran. Aisyah tidak melahirkan anak, meski pun dia mempunyai suami. Manakala Maryam melahirkan anak walhal dia tidak bersuami. Allah membebaskan daripada tuduhan seperti yang anda lakukan.” 

Si Romawi diam saja. Meskipun begitu, Al Baqillani tetap menghormatinya. 

Abu Bakar al-Khawarizmi ketika mengulas kepakaran al-Baqillani, mengatakan: “Semua karangan masyarakat Baghdad dikutip daripada buku-buku orang lain. Berbeza dengan Al-Baqallani, di dadanya terhimpun ilmunya dan ilmu semua orang.” 

Abu Hatim Mahmud bin al-Husein al-Qazmaini mengatakan: “Apapun yang ada dalam keperibadian dan fikiran Abu Bakar al-Baqillani jauh lebih besar daripada apa yang kita lihat.” 

Al-Baqillani meninggal dunia tahun 403 Hijrah dan dikebumikan di dalam rumahnya. Beberapa waktu kemudian, dipindahkan ke pemakaman Bab al-Harb di Baghdad. 

Kisah hidup Abu Bakar al -Baqillani memperlihatkan bahawa keunggulan ilmu lahir daripada disiplin dan istiqamah yang tinggi. Ketekunannya menulis setiap malam sepanjang hayat membuktikan bahawa kecemerlangan bukan hasil bakat semata-mata, tetapi buah kepada usaha berterusan. Dalam perbahasan dan pertembungan pemikiran, beliau tidak bersandar kepada emosi, sebaliknya mengutamakan hujah yang tenang, rasional dan ilmiah demi menegakkan kebenaran.

Selain itu, al -Baqillani menjadikan ilmu sebagai alat mempertahankan agama, bukan untuk mencari nama atau memecah-belahkan umat. Kepakarannya merentasi pelbagai disiplin seperti fiqh, hadis dan ilmu kalam menjadikannya seorang ilmuwan yang seimbang serta berpandangan luas. Ketinggian akhlaknya terserlah ketika berdepan dengan lawan, apabila beliau menjawab provokasi dengan hikmah dan kecerdikan tanpa menghina atau merendahkan pihak lain.

Akhirnya, kisah al -Baqillani mengajar bahawa ilmuwan sejati tidak terpisah daripada realiti masyarakat dan urusan umat. Keikhlasan, keteguhan prinsip serta sumbangan berterusan kepada agama dan masyarakat menjadikan namanya dihormati hingga kini. Sesungguhnya, gabungan ilmu, akhlak dan istiqamah merupakan asas kekuatan umat yang sebenar.

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com