IBNU ARABI

Salah seorang ahli sufi besar dan berpengaruh dalam sejarah perkembangan tasawwuf dalam dunia Islam ialah Ibnu Arabi. Nama lengkapnya ialah Muhiddin Abu Abdullah Muhammad bin Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Abdullah Hatimi al-Ta’i.

Beliau juga dikenali dengan gelaran Muhy ad-Din (Penghidup Agama) dan Syeikh al-Akbar (Guru Terbesar). Ibnu Arabi terkenal dengan doktrinnya tentang Wahdah al-wujud (kesatuan wujud) yang mengakibatkan beliau dikritik dan dikafirkan oleh ulama.

Setelah berkelana ke pelbagai tempat, beliau menetap di Damsyik, Syria sampai akhir hayatnya. Di sana beliau merasakan peringkat terakhir perjalanannya yang juga merupakan peringkat kematangan kerohanian dan intelektualnya sebagai seorang ahli sufi.

Ibu Arabi terkenal denagn Fahaman Wahdah-al-Wujud. Menurutnya tidak ada sesuatu pun yang wujud kecuali Tuhan. Hanya ada satu kewujudan hakiki, iaitu Tuhan. Segala yang ada selain Tuhan hanyalah tempakan lahiriah daripada-Nya. Kewujudan makhluk bergantung kepada kewujudan Tuhan, atau berasal daripada kewujudan Tuhan. Manusia yang sempurna (insan kamil) merupakan pusat tampakan diri Tuhan yang paling sempurna. Oleh sebab konsepnya ini, Ibnu Arabi dianggap kafir oleh ulama lain.

Pengaruh Ibnu Arabi terhadap perkembangan tasawwuf, khususnya tasawwuf filosofi sangat luar biasa. Gagasan kesufian Ibnu Arabi tersebar ke seluruh dunia Islam dan mendapat pengikut yang tidak terhitung jumlahnya.

Di Indonesia, pemikiran Ibnu Arabi juga tersebar luas. Hal ini terbukti dengan banyaknya ulama yang membawa fahaman Wahdah al-wujud, seperti Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumatrani, dan Abdus Samad al-Palimbani.

Ada sekitar 300 judul buku yang dihasilkan oleh Ibnu Arabi. Sebahagian besar ditulis semasa berkelana untuk menuntut ilmu. Antara karyanya yang terkenal ialah Futuhat al Makkiyyah (Penaklukan Makkah). Dalam karyanya itu, Ibnu Arabi menulis bahawa Allah s.w.t melalui malaikat yang menyampaikan ilham kepadanya. Kitab ini mengandungi huraian tentang prinsip metafizik, ilmu keagamaan dan pengalaman kerohanian Ibnu Arabi sendiri.

Fusus al-Hikam (Permata Hikmah) ialah karya Ibnu Arabi yang ditulis 10 tahun sebelum beliau meninggal dunia. Menurut pengakuan Ibnu Arabi, karya ini diiterimanya daripada Nabi Muhammad s.a.w dalam mimpinya, yang menyuruh beliau menyebarkannya kepada seluruh umat manusia agar mereka dapat mengambil manfaat daripada karya itu. Kitab tersebut bertujuan memaparkan aspek tertentu kebijaksanaa Ilahi dalam konteks kehidupan 25 orang nabi dan rasul.

1165 – Lahir di Andalusia, Sepanyol (28 Julai)

1173 – Pindah bersama keluarganya ke Sevilla

1195 – Mula berkelana menuntut ilmu

1198 – Pergi ke Fez, Maghribi

1201 – Ke Mekah untuk menunaikan haji

1205 – Pergi ke Konya, Turki

1211 – Pergi ke Baghdad, Iraq

1223 – Menetap di Damsyik, Syria

1240 – Meniggal dunia di Damsyik (16 November)

Catatan: Ibnu Fayyad

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com