IBNU MASKAWAIH

NAMA sebenarnya ialah Abu Ali Ahmad bin Muhammad bin Yaakub bin Maskawaih (330-421 H / 941 – 16 Februari 1030). Ada yang menyebut bahawa nama tokoh ini “Maskawaih” sahaja, tanpa “Ibnu”, kerana belum dapat dipastikan apakah Maskawaih adalah namanya sendiri atau nama anak lelaki (Ibnu) kepada Maskawaih.

Ibnu Maskawaih terkenal sebagai ahli sejarah dan falsafah. Di samping itu, beliau juga seorang moralis, penyair, serta banyak mempelajari ilmu kimia. Beliau belajar sejarah, terutamanya Tarikh at-Tabari (sejarah yang ditulis at-Tabari), daripada Abu Bakar Ahmad bin Kamil al-Qadi pada tahun 350 H / 960 M, sementara beliau mempelajari ilmu falsafah melalui guru yang bernama Ibnu Khamar, seorang mufasir (juru tafsir) kenamaan yang banyak ‘mentafsir’ karya-karya Aristotle. Manakala Abu at-Tayyib ar-Razi adalah guru Ibnu Maskawaih dalam bidang kimia.

Ibnu Maskawaih mempunyai hubungan yang baik dengan orang-orang penting dan penguasa pada zamannya. Beliau pernah bekerja dengan Abu Fadl al-Amid sebagai pustakawan. Setelah Abu Fadl al-Amid meninggal dunia, Ibnu Maskawaih bekerja pula dengan putera al-Amid, iaitu Abu al-Fath Ali bin Muhammad al-Amid. Kedua-dua penguasa tersebut adalah menteri pada masa Dinasti Bawaihi (945-1055 M). Selain itu, Ibnu Maskawaih juga pernah bertugas dengan Adud ad-Daulah, yang juga salah seorang penguasa Buwaihi. Ibnu Maskawaih mempunyai pengaruh besar di daerah Rayy.

Ibnu Maskawaih terkenal sebagai pemikir Muslim yang produktif. Beliau telah menghasilkan banyak karya dalam bidang penulisan tetapi hanya sebahagian kecil yang sekarang ini masih ada, antara lainnya ialah Al-Fauz al-Akbar (Kemenangan Besar), Al- Fauz al-Asgar (Kemenangan Kecil), dan Tajarib al-Umam (Pengalaman Bangsa-bangsa).

Bahagian terpenting daripada pemikiran ahli falsafah Ibnu Maskawaih ditujukan pada etika dan moral. Beliau seorang moralis dalam erti sesungguhnya. Masalah moral dibicarakan dalam tiga bukunya, iaitu Tartib as-Sa’adah, Tahzib al-Akhlaq, dan Jawidan Khirad.

Di dalam bukunya, Al-Fauz al-Asgar, Ibnu Maskawaih membicarakan tentang pembuktian adanya Tuhan, tentang roh serta kerahsiaannya, dan tentang kenabian. Ketika berbicara mengenai Tuhan, Ibnu Maskawaih menggunakan istilah “Penggerak Pertama”, dengan sifat dasar esa dan abadi.

Konsep moral Ibnu Maskawaih pula sangat berhubungan erat dengan masalah roh. Beliau membuat hipotesis bahawa pembawaan roh dengan kebajikan-kebajikan yang mempunyai tiga jenis pembawaaan: rasional, keberanian, dan hasrat. Di samping itu, roh juga mempunyai tiga kebajikan yang saling berkaitan iaitu: kebijaksanaan, keberanian, dan kesederhanaan. Mengenai fitrah manusia, Ibnu Maskawaih berpendapat bahawa adanya manusia bergantung pada kehendak Tuhan, tetapi baik dan buruknya manusia diserahkan kepada manusia sendiri dan bergantung pada kemahuannya sendiri.

Mengenai sejarah, pandangan dan analisis Ibnu Maskawaih yang dimuatkan di dalam buku Tajarib al-Umam begitu berfalsafah, ilmiah, dan kritis. Beliau berpendapat bahawa sejarah merupakan rakaman tentang turun-naiknya suatu peradaban, bangsa-bangsa, dan negara-negara. Maka ahli sejarah harus menghindarkan diri daripada kecenderungan umum mencampuradukkan kenyataan dengan rekaan atau kejadian-kejadian palsu. Ia harus bergantung kepada fakta, kritis dalam mengumpulkan data, menyertakan pandangan- pandangan ahli falsafah, dan mentafsirkannya dalam lingkup kepentingan manusia.

Sejarah bukanlah kumpulan kenyataan terpisah dan statik, tetapi merupakan proses kreatif dan dinamik daripada harapan dan aspirasi manusia yang hidup dan berkembang. Strukturnya ditentukan oleh cita-cita dasar dan cita-cita kebangsaan serta negara. Sejarah tidak hanya mengumpulkan kenyataan masa lampau menjadi suatu kesatuan organik, melainkan juga menentukan bentuk sesuatu yang akan datang.

Catatan : Abu Fattah

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com