IBNU QAYYIM AL JAUZIAH

Salah seorang ahli fiqh tersohor dalam Mazhab Hanbali adalah Ibnu Qayyim al-Jauziah (1292-1350). Ia seorang ulama besar yang menguasai bahasa Arab, tafsir, hadis, sejarah, tasawuf, ilmu kalam dan falsafah. Nama aslinya adalah Syamsuddin Abi Abdillah Muhammad bin Abi Bakar. Nama Ibnu Qayyim al-Jauziah berasal dari nama jabatan ayahnya (qayyim/pengelola) di Madrasah al-Jauziah. Sebagaimana guru dan sekaligus sahabatnya, Ibnu Taimiyah (1263-1328), Ibnu Qayyim mengkritik para falsafah dan sufi serta kaum Muktazilah, Jahmiyah dan Murji’ah, yang di anggap membawa ajaran sesat. Ia sefahaman dengan kaum Salaf dalam masalah akidah, kepercayaan dan kalam. Murid- muridnya yang terkenal, antara lain, adalah Ibnu Rajab (tokoh fiqh Mazhab Hanbali) serta Ibnu Kasir (mufasir dan ahli ilmu hadis) dan kedua anaknya, al-Burhan dan Syarifuddin (keduanya ahli fiqh).

Ibnu Qayyim di lahirkan dari keluarga pencipta ilmu. Ia memulai pendidikan formalnya di Madrasah al-Jauziah yang dikelola ayahnya, Abi Bakr bin Ayyub az-Zar’i. Ibnu Qayyim banyak belajar dari berbagai ahli, baik di Damaskus, Mesir mahupun Mekah. Gurunya dalam bidang fiqh antara lain asy-Syirazi (1236-1311) dan Isma’il Majduddin al-Farra al- Harrani (w.1329). Ilmu tauhid dan usul fiqh dipelajarinya dari Muhammad Syafiuddin bin Abdurrahman bin Muhammad al-Armawi asy-Syafi’I (w.1315). Sementara Ibnu Taimiyah, sejak kembali dari Mesir (1312), menjadi guru tetapnya di bidang tafsir, hadis, fiqh, faraid dan ilmu kalam.

Ibnu Qayyim berpendapat bahawa ijtihad harus berkembang sesuai dengan perkembangan dan kondisi di berbagai tempat dan zaman. Pemikiran ini merupakan rekleksi dan reaksi dari pendapat umum yang menanggap pintu ijtihad telah tertutup. Ia menyeru agar ijtihad lebih diaktifkan kerana hukum yang ada saat itu tidak sesuai lagi. Ia mengecam keras sikap taklid ulama di zamannya. Menurutnya, ulama harus menggunakan akal semaksima mungkin dalam berijtihad. Penggunaan akal tersebut harus dilandasi dengan niat dan tujuan yang lurus dan ikhlas, tanpa disertai kecenderungan peribadi atau golongan. Ibnu Qayyim juga mengemukakan beberapa metode ijtihad. Ia berpendapat bahawa metode yang dapat di gunakan dalam berijtihad adalah ijmak, kias, al-Maslahah al-Mursalah (kemaslahatan yang tidak didukung dalil syarak secara terperinci, tetapi didukung makna sejumlah nas), istishab (tetap berlakunya suatu hukum kerana tidak adanya hukum baru),’urf (kebiasaan yang berlaku di tengah masyarakat dan berjalan dengan baik), dan az-zariah (sesuatu yang membawa pada sesuatu yang di larang kerana mengandungi kemudaratan).

Ibnu Qayyim mengecam pemikiran tasawuf yang mencampur adukkan Tuhan dan alam atau manusia, di antaranya fahaman hulul al-Hallaj, ittihad Abu Yazid al-Bustami, dan wahdatul wujud Ibnu Arabi. Ia juga mengecam para sufi yang meniadakan taklif (kewajipan keagamaan), memisahkan syariat dari hakikat dan berlebih-lebihan dalam beribadah. Ia menjadikan Al Quran dan Hadis sebagai pedoman tasawuf. Menurutnya, bertasawuf dengan sesungguhnya adalah meniru perilaku hidup Nabi Muhammad s.a.w. Bersama dengan Ibnu Taimiyah, ia berupaya memadukan syariat dan tasawuf. Ia juga mengajarkannya maqam (tahapan sufi) yang harus di lalui oleh para pengikut tarekat agar berada sedekat mungkin dengan Allah s.w.t seperti zuhud, taubat, warak, kefakiran, sabar, tawakal dan redha.

Mari kita renungi sepotong hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud:

Kelebihan seorang alim (ilmuan) terhadap seorang ‘abid (ahli ibadah) ibarat bulan purnama terhadap seluruh bintang.( Hadis riwayat Abu Dawud).

Susunan : Mariah Mahmud

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com