IBU ZAIN

Tan Sri Hajjah Zainon binti Munshi Sulaiman (22 Januari 1903 – 2 April 1989) atau lebih dikenali sebagai Ibu Zain merupakan tokoh pendidik dan politik wanita terkenal.

Ibu Zain dilahirkan di Nyalas, Melaka. Beliau merupakan anak keenam dari lapan orang adik beradik. Ayahnya, Munshi Sulaiman berasal dari Tanjung Pinang, Riau. Ibu Zain bertuah kerana Munshi Sulaiman mempunyai kesedaran yang tinggi akan pentingnya pendidikan dalam kalangan kalangan anak-anaknya samada lelaki atau perempuan.

Ayahnya sanggup melanggar tradisi masyarakat Melayu ketika itu yang melarang anak perempuan daripada belajar di sekolah walaupun belajar mengaji al-Quran. Munshi Sulaiman adalah seorang guru agama Islam dan Bahasa Melayu sesuai dengan gelaran Munshi yang diterimanya. Ibu Zain mendapat pendidikan tidak formal dari ayahnya sendiri.

Sejak dari kecil lagi, Zainun seorang anak yang gigih menimba ilmu. Sewaktu mengikut ayahnya menetap di Melaka, beliau belajar di Methodist Girls School, Tengkera (1909-1912) kemudian di Tengkera School (1913-1915) sehingga lulus Junior Cambridge. Pada ketika itu, tidak ramai yang dapat sampai ke tahap itu teruitamanya dari kalangan anak gadis seusianya. Asas agama yang diterima beliau sejak kecil lagi telah menyebabkan beliau menolak tawaran sebagai mubaligh Kristian.

Ibu Zain tidak sanggup melihat anak gadis Melayu ketinggalan dalam pendidikan apatah lagi ramai anak gadis waktu itu yang tidak tahu membaca dan menulis. Semuda usia 17 tahun, Ibu Zain telah menubuhkan sebuah sekolah di Pasuh Jaya, Negeri Sembilan bagi membasmi buta huruf. Beliau tidak mahu hanya dirinya sahaja yang mendapat peluang pendidikan yang baik tetapi kejayaannya itu ingin turut dikongsi bersama masyarakat.

Sejak dari itu, nama Ibu Zain semakin mendapat perhatian masyarakat. Pada tahun 1921, beliau berhijrah ke Muar untuk berkhidmat di Sekolah Perempuan Bandar Maharani dan pada tahun 1924, beliau telah dilantik sebagai Guru Besar di sekolah yang sama. Khidmatnya yang cemerlang menyebabkan beliau dilantik menjadi Guru Pelawat/Penyelia bagi sekolah perempuan Daerah Muar dan Batu Pahat dan bintang beliau semakin bersinar bila dilantik bagi menyelia sekolah-sekolah seluruh negeri Johor.

Di situlah, beliau mengasaskan sekolah agama petang dan turut menjadi penyelia kegiatan tersebut. Sekolah tersebut turut menjadi sekolah agama perempuan yang pertama di Negeri Johor.

Ibu Zain juga aktif dalam persatuan. Beliau adalah antara pejuang yang bertanggungjawab menubuhkan Persatuan Guru-Guru Sekolah Melayu dan Sekolah Agama Negeri Johor. Kewibawaan beliau menambat keyakinan ahli hingga beliau diberi kepercayaan sebagai Presiden pertama persatuan tersebut.

Jawatan Yang Dipertua Persekutuan Guru-Guru Perempuan Melayu disandang oleh beliau selama 19 tahun sejak tahun 1930 lagi.

Di antara tahun 1929-1941, Ibu Zain menghasilkan majalah untuk wanita, diberi nama “Bulan Melayu”. Semangat juang yang tinggi menjadikan beliau sebagai salah seorang perintis UMNO dan memegang jawatan Ketua Kaum Ibu UMNO (sekarang disebut Ketua Wanita UMNO).

Penglibatan Ibu Zain dalam bidang politik menambah jasa dan khidmat bakti beliau kepada masyarakat. Pada tahun 1948,beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Johor mewakili parti UMNO. Berbeza dengan kebanyakan ahli politik yang lain, Ibu Zain lebih suka bercakap soal pendidikan. Pada tahun 1959, beliau dipilih sebagai wakil rakyat bagi kawasan Pontian Selatan.

Jasa Ibu Zain tambah bermakna selepas pendudukan Jepun di bumi Malaya. Beliau menjalankan kegiatan dakwah bagi membantu memulihkan akhlak golongan wanita yang terpengaruh dengan tentera Jepun, selain membantu memulihkan semangat mereka yang dianiaya oleh askar tersebut. Lebih mengejutkan, beliau mampu menguasai bahasa Jepun dalam tempoh sebulan sahaja.

Dalam usaha mencapai kemerdekaan negara, Ibu Zain turut menyumbang bakti. Beliau berjaya menyatukan kaum ibu untuk turut serta menyokong usaha tersebut. Sewaktu zaman konfrontasi dengan komunis, wanita berani ini mendaftar diri sebagai tentera sukarela dan meredah hutan seorang diri. Beliau bergerak dari satu kampung ke kampung yang lain bagi menangkis dakyah komunis daripada menular dalam kalangan masyarakat. Ternyata usaha beliau membuahkan hasil.

Pada 10 Mac 1963, beliau dilantik sebagai Pengetua Kolej Puteri Tuanku Ampuan Mariam.

Ibu Zain turut memainkan peranan dalam mendaulatkan bahasa Melayu. Beliau terlibat dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu pada tahun 1956, sehingga tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1958.

Di atas jasa dan sumbangan beliau yang tidak terbalas itu, beliau telah diberikan beberapa penghormatan dari dalam dan luar negara. Antaranya Pingat Sultan Ibrahim (1947), anugerah Johan Mangku Negara (1958), pingat Lady of Myanmar dari Kerajaan Myanmar dan pingat Tun Fatimah (1974), Tokoh Guru Kebangsaan Pertama dan Ijazah Kehormat Sarjana Muda Sastera Universiti Malaya (1975), anugerah Darjah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri (1979) dan anugerah Suluh Budiman (1980) oleh MPSI.

Ibu Zain meninggal dunia pada 2 April 1989 di Muar akibat penyakit barah dalam perut dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru.

Catatan : Ibnu Qayyum

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com