IMAM ITU PEMIMPIN

Secara harafiah, “imam” bererti “pemimpin”. Pada mulanya, pengertian imam lazimnya dikaitkan dengan ibadat solat.

Berbeza halnya daripada khalifah yang mempunyai dimensi politik, imam pula mempunyai dimensi keagamaan. Namun pada hakikatnya, di samping sebagai pemimpin Islam dalam pemerintahan, seseorang khalifah juga merupakan pemimpin agama, terutama pemimpin solat di masjid.

Oleh kerana itu, khalifah juga ialah imam. Namun demikian, pengertian imam pada zaman Khulafa al-Rasyidin tetap bersandarkan keagamaan. Imam baru yang mengandungi makna politik wujud selepas zaman kepimpinan Khulafa al-Rasyidin berakhir, terutama  setelah muncul golongan Khawarij.

Golongan itu terus-menerus melakukan bantahan terhadap pemerintah Islam yang berkuasa. Mereka menganggap pemerintah pada saat itu tidak berpegang teguh pada ajaran Islam.

Dari segi agama, pengertian imam dapat dilihat dalam solat berjemaah. Dalam solat itu, lazimnya ada seorang yang menjadi pemimpin dan berada di hadapan. Dialah yang disebut imam dan pengikut di belakangnya disebut makmum.

GELARAN KEHORMAT

Dalam sejarah pemikiran Islam, istilah “imam” juga digunakan sebagai gelaran kehormat. Seseorang yang mempunyai kebolehan menguasai ilmu tertentu dinamakan imam, termasuklah Imam Bukhari, Imam Juwaini, Imam al- Tabari, dan Imam al- Ghazali.

IMAM DI DALAM AL-QURAN

Di dalam al-Quran, imam mempunyai banyak pengertian. Dalam surah al-Isra’ ayat 71, imam bererti “catatan amal yang telah dihitung”. Di samping itu, imam juga boleh membawa maksud “jalan“.

Hal itu diungkapkan dalam surah al-Hijrah ayat 79 yang bermaksud: “Dan sesungguhnya kedua-duanya itu terletak di jalan yang terang.”

Imam juga boleh bererti “Luh Mahfuz”, seperti terkandung dalam firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu Kami catatkan satu persatu dalam Kitab yang jelas nyata.” (Q.36: 12)

Imam juga boleh bererti “pedoman”. Hal itu termaktub dalam firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Telah ada sebelumnya Kitab Nabi Musa yang menjadi petunjuk dan rahmat (kepada umatnya).” (Q.46: 12)

PANDANGAN GOLONGAN SUNNAH

Golongan Sunnah menganggap bahawa masalah imamah (kepimpinan) merupakan masalah keduniaan. Proses menangani dan membentuk imamah terletak kepada umat. Pemilihan seseorang imam dilakukan oleh kumpulan Ahl- al-Imamah (mereka yang memenuhi syarat dan berhak menjadi imam).

PANDANGAN SYIAH

Konsep imamah bagi golongan Syiah merupakan perkara penting dan merupakan sebahagian daripada rukun iman. Oleh itu, imamah merupakan sebahagian daripada rukun iman. Oleh itu, imamah merupakan tiang agama dan dasar ajaran Islam yang ditentukan oleh Allah s.w.t melalui nas.

Kepemimpinannya tidak ditetapkan berdasarkan pendapat umat. Jawatan ketua pemerintahan merupakan hak Ali bin Abu Talib dan keturunannya. Ajaran agama memberikan hak tersebut kepada Ali dan keturunannya melalui wasi, pelimpahan kekuasaan dengan penuh kepercayaan.

Golongan Syiah percaya bahawa yang berhak menjadi khalifah selepas Nabi Muhammad s.a.w dan Ali Abu Talib ialah Hassan bin Ali bin Abu Talib (cucu kepada Rasulullah s.a.w).

PEMIMPIN SESAT

Di dalam al- Quran, istilah “imam” tidak selama-lamanya merujuk kepada pemimpin yang soleh tetapi juga pemimpin yang sesat.

Oleh sebab itu, istilah imam bersifat neutral. Ertinya, istilah itu boleh juga merujuk kepada pemimpin yang baik, seperti dalam firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami.” (Q. 21: 73)

Namun, dari sudut lain, istilah itu merujuk kepada pemimpin yang sesat, seperti dalam firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua (dalam kesesatan) yang mengajak ke neraka (dengan kekufurannya), dan pada hari kiamat pula mereka tidak mendapat sebarang pertolongan.” (Q. 28: 41)

Catatan: Ibnu Fayyad

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com