INJIL

Himpunan wahyu Allah s.w.t kepada Nabi Isa a.s disebut Injil. Pandangan Islam tentang Injil berdasar pada ayat al- Quran bahawa Injil – seperti dengan kitab Turat dan al- Quran – ialah wahyu Tuhan yang kemudian disampaikan kepada umat-Nya. Firman Allah yang bermaksud: “Dia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan Dia juga menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil.” (Q. 3:3).

Ada juga firman lain yang bermaksud: “Dan Kami utuskan Nabi Isa ibni Maryam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israel), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya; dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk hidayah dan cahaya yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa yang telah ada di hadapannya daripada Kitab Taurat.” (Q.5: 46).

Oleh sebab itu, Islam berpendapat bahawa Injil mesti mempunyai satu versi sahaja (seperti al-Quran), dan juga satu bahasa, iaitu Arameah kerana Nabi Isa dan kaumnya berbahasa Arameah. Al-Quran membenarkan Injil dalam pengertian bahawa Allah s.w.t menurunkan Injil kepada Nabi Isa a.s sebagaimana Allah s.w.t menurunkan Taurat kepada Nabi Musa a.s.

EMPAT VERSI INJIL

Pada abad ke-4, gereja menetapkan hanya empat versi Injil yang sah dan menamainya sesuai dengan nama penulisnya; Injil Matthew, Injil Mark, Injil Luke dan Injil John. Keempat-empat kitab orang itu atas bimbingan Roh Kudus sehingga dianggap sebagai hasil karangan manusia sekali gus karangan Tuhan atau firman Tuhan yang tertulis. Dengan adanya ketetapan itu, versi lain dianggap batal, misalnya Injil Thomas dan Injil Barnabas. Injil Barnabas dipercayai ditulis oleh orang Islam kerana isinya lebih sesuai dengan al- Quran. Luke ialah seorang pengikut Nabi Isa yang merakamkan kisah kehidupan, kata-kata yang diucapkan dan perbuatan Nabi Isa dalam bukunya:Injil Luke. Mark ialah salah seorang penulis Injil. Kitabnya disebut Injil Mark. Lukisan Mark terdapat dalam sebuah manuskrip Injil dari abad ke-9 di Jerman.

KHABAR GEMBIRA

Walaupun berbeza daripada al-Quran, Injil tetap menjadi kitab suci Kristian. Di dalam Injil terkandung ajaran tentang kebenaran dan kisah tentang hal ghaib, iaitu mukjizat Nabi Isa a.s. Injil sendiri berasal daripada kata Yunani euangelion yang bererti “khabar gembira”. Kemudian kata tersebut melalui bahasa Ethiopia (wangel), terserap masuk ke dalam bahasa Arab: injil. Di dalam al-Quran, kata injil disebut sebanyak 12 kali.

AHLI KITAB

Al-Quran menyebut penganut Kristian sebagai “ahli kitab” kerana Tuhan memberi mereka kitab (Injil) melalui Nabi a.s. Sebutan itu merupakan suatu penghormatan yang menidakkan  kenyataan bahawa orang Kristian tidak berpegang pada Injil yang dimaksudkan dalam al- Quran tetapi pada empat versi Injil yang ditetapkan oleh gereja. Menurut pandangan Islam, kewujudan Injil seperti yang dimaksudkan al-Quran belum dapat dibuktikan, mungkin kerana hilang atau tidak terpelihara dengan baik. Bagaimanapun, Ibnu Taimiyah (611 H/1263 M – 728 H/ 1328 M), pemikir Islam klasik, mengatakan bahawa sebahagian besar isi Injil itu adalah asli.

ANALOGI HADIS

Menurut ahli perbandingan agama, kedudukan Injil pada orang Kristian dapat dianologikan dengan kedudukan hadis pada orang Islam. Kedua-duanya merupakan catatan kisah kehidupan, kata-kata, perbuatan dan tradisi di sekitar kehidupan nabi. Injil memiliki banyak versi, begitu juga hadis. Menurut ketetapan gereja, ada empat versi Injil yang dianggap sah. Hadis pun memiliki versi sahih yang memiliki riwayat autentik yang dapat dipertanggungjawabkan.

Susunan Noriah Saleh

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com