KEADILAN SAIYIDINA UMAR IBNU KHATTAB
Oleh: Luqman Hakim
Saiyidina Umar Ibnu Khattab adalah seorang tokoh sahabat yang terbilang namanya yang namanya hingga kini dikagumi oleh sekalian umat Islam. Satu-satunya sifat peribadinya yang terpuji ialah keadilannya memerintah, sifat tawadhuk serta rendah hatinya dalam pergaulan hidup. Tatka-la baginda menjadi Khalifah Islam, maka banyaklah negeri-negeri telah jatuh ke dalam kekuasaan Islam. Ketika Kota Baitulmaqdis jatuh ke tangan Islam, penduduk-penduduk. nya yang beragama Kristian yang diketuai oleh Paderi Besarnya enggan membuat sebarang perjanjian kecuali dengan Saiyidina Umar Al Khattab sahaja.
Oleh yang demikian maka Saiyidina Umar r.a. pun pergilah berangkat dari kota Madinah, menuju ke Baitulmaqdis. Saiyidina Umar r.a. diiringi oleh seorang pengiring dan mereka bergilir-gilir menunggang seekor unta. Pada mulanya Saiyidina Umar r.a. menunggang unta itu kemudian giliran pengiringnya pula, dan demikianlah seterusnya.
Tetapi kebetulan setelah hampir dipintu masuk ke kota suci Baitulmaqdis itu, tibalah giliran pengiringnya untuk menunggang unta tersebut.
Dia enggan menunggangnya kerana dilihatnya ramai pe-duduk kota itu telah menanti kedatangan Khalifah umat Is-lam. Jika ia yang menunggang unta itu bukan sahaja kurang pantas pada fikirannya bahkan boleh mengelirukan sangkaan penduduk yang menanti itu pula. Mereka tentunya akan menyangka yang menunggang unta itulah Khalifah, sedang yang sebenarnya berjalan kaki. Tetapi Saiyidina Umar r.a. yang rendah hati itu berkeras enggan menunggang unta itu. Dengan kata-kata yang agak keras baginda memerintahkan supaya pengiringnya itu menuruti gilirannya menunggang unta itu sedang baginda berjalan kaki memasuki kota Baitulmaqdis. Paderi Besar Kristian serta sekalian penduduk kota itu yang kebanyakannya beragama Kristian merasa kagum melihat kerendahan hati Khalifah Islam yang berjaya menakluki kota mereka dari kekuasaan Kerajaan Rom yang kejam lagi dibenci mereka itu.
Carilah dalam riwayat sejarah akan kisah kerendahan hati seperti yang diperlihatkan oleh Amirul Mukminin Umar Ibnu Khattab r.a. pasti kita tidak akan menemuinya. Sungguh memanglah baginda manusia agung yang pernah hidup di kalangan masyarakat manusia.
