KEBENARAN YANG DITEMUI DALAM KESUNYIAN

Dalam karyanya yang berjudul Hayy Ibn Yaqzan, Ibnu Tufail menyatakan bahawa seseorang yang hidup di pulau terpencil dapat menemui kebenaran. Kebenaran yang ditemui melalui berfikir itu sama dengan kebenaran yang diperoleh melalui wahyu. Novel ini mengisahkan seorang tokoh falsafah yang bernama Hayy. Beliau sejak kecil hidup di sebuah pulau terpencil. Dengan mengasingkan dirinya, beliau menemui kebenaran dengan cara berfikir.

Dalam novelnya, Ibnu Tufail ingin memaparkan kekuatan akal manusia dan manfaat falsafah melalui watak Hayy. Ibnu Tufail ingin menunjukkan peranan akal manusia sebagai satu kebolehan dan pentingnya berfikir berdasarkan falsafah untuk memahami agama secara lebih mendalam. Novel Hayy Ibn Yaqzan pernah diterjemahkan oleh Peacocke ke dalam bahasa Latin dengan judul Philisophicus Autodidactus. Novel ini juga menjadi sumber inspirasi bagi Daniel Defoe untuk menghasilkan karyanya yang berjudul Robinson Crusoe.

NOVEL HAYY IBN YAQZAN

Novel ini mengisahkan seorang bayi yang dibuang ke pulau terpencil. Pulau itu terletak di kawasan penganut Hindu di garisan khatulistiwa. Walaupun hidup bersama-sama binatang, namun kanak-kanak itu tetap membesar seperti manusia. Akalnya yang semakin berkembang itu tidak hanya mampu berfikir tentang hal konkrit tetapi juga abstrak. Dengan akalnya, kanak-kanak yang semakin dewasa itu dapat memahami kewujudan Tuhan sebagai Maha Pencipta. Bahkan, melalui gerak hatinya, beliau berasa dekat dengan Tuhan.

ABSAL DAN SALAMAN

Novel Hayy Ibn Yaqzan juga mengisahkan masyarakat yang mendiami sebuah pulau yang terletak berdekatan dengan pulau yang didiami Hayy. Antara yang hidup dalam masyarakat itu ialah Absal dan Salaman. Mereka menganut agama yang sama, iaitu agama wahyu, namun kedua-duanya memahami teks keagamaan secara berbeza. Absal memahaminya secara kiasan (memahami teks agama tidak secara harfiah) sedangkan Salaman memahaminya secara harfiah seperti masyarakat di pulau itu.

PENYEBERANGAN ABSAL

Bahagian lain dalam novel Hayy Ibn Yaqzan mengisahkan penyeberangan Absal ke pulau yang didiami Hayy. Walaupun kedua-duanya memperoleh pemahaman keagamaan melalui cara yang berbeza, ternyata mereka mempunyai pemahaman yang sama tentang keagamaan, seperti Tuhan, syurga, neraka dan hari kebangkitan.

IBNU SINA

Ibnu Sina, ahli falsafah Islam, pernah menulis novel dengan tajuk dan tema yang sama seperti Hayy Ibn Yaqzan. Dalam novelnya itu, Ibnu Sina menulis tentang seorang Syeikh tua yang mengembara ke seluruh dunia. Ibnu Sina dan rakannya juga disebutkan dalam novel itu. Mereka dikatakan bertemu dan berdialog dengan Syeikh tua itu. Banyak pengetahuan yang disampaikannya kepada Ibnu Sina dan rakannya.

IBNU TUFAIL

Nama penuh pengarang Hayy Ibn Yaqzan ialah Abu Bakar Muhammad bin Abdul Malik bin Muhammad bin Tufail (m.d. 1185). Di Barat, ahli falsafah Arab ini dikenali dengan nama Abu Bacer. Beliau lahir pada dekad pertama abad ke-6 H/12 M di Wadi-Ash, Sepanyol. Novel karangannya yang berjudul Hayy Ibn Yaqzan merupakan salah satu buku yang unggul dibandingkan dengan buku lain yang beredar pada abad pertengahan. Di samping menjadi pengarang, Ibnu Tufail juga pernah menjadi doktor dan ketua pemerintah wilayah.

  • Novel Hayy Ibn Yaqzan mengisahkan seorang kanak-kanak yang dapat hidup di pulau terpencil kerana disusui oleh seekor
  • Ketika Absal menyeberang ke pulau yang didiami Hayy, mereka bertemu dan berdialog tentang Syeikh tua membawa pengetahuan yang diwarisi daripada bapanya.

Catatan: Ibnu Hibban

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com