KEBERANIAN YANG KIAN HILANG

Melihat kekerapan dan ketajaman penghinaan terhadap agama dan umat Islam mutakhir ini, kita amat terasa kehilangan Sheikh Ahmad Deedat, yang pernah menggegar dunia suatu Ketika dulu kerana keberanian dan kehandalannya berdebat dengan mubaligh Kristian dan penghina Islam selama lebih 40 tahun sejak 1960-an.

Digelar ‘Salahuddin Ayubi abad ke-20’, beliau terkedepan mempertahankan kedaulatan agama dan maruah umat Islam di pentas debat, syarahan dan melalui penulisannya. Penerbitan buku, video, rancangan televisyen dan cakera padatnya dimiliki puluhan juta muslimin di seluruh dunia hingga ke hari ini.

Walaupun berasal daripada keluarga India miskin dan bekerja sebagai jurujual di Afrika Selatan, beliau akhirnya menjadi pendakwah hebat, meyakinkan dan berkesan. Ketajaman hujah, ilmu yang mantap, persediaan rapi, kepetahan berdebat dan penguasaan bahasa Inggeris yang baik membolehkan Sheikh Ahmad Deedat ‘mengalahkan’ seterunya, termasuk Dr Flyod E Clark (1985), Dr Anis Shorrosh di hadapan 12,000 hadirin di Birmingham (1985 dan 1988), paderi Stanley Sjoberg di Sweden (1991) dan Erich Bock di Denmark.

Sheikh Ahmad Deedat pernah mengajak mubaligh Kristian terhebat di zamannya seperti Pat Robertson, Billy Graham, Jerry Falwell dan Jim Bakker – malah Pope John Paul II – untuk berdebat, namun mereka semua tidak berani.

Paling mengesankan ialah debatnya dengan mubaligh Amerika terkenal, Jimmy Swaggart di Baton Rouge, Louisiana pada 1985. Swaggart, ketika itu memimpin Assemblies of God yang memperoleh pendapatan RM500 juta setiap tahun melalui rancangan televisyennya, dimalukan di depan jutaan penonton. Swaggart, yang pernah menghina Nabi Muhammad dan al-Quran, gagal mempertahan kenyataannya dan tidak mampu menangkis hujah Sheikh Ahmad Deedat bahawa Bible adalah kitab palsu dan lucah.

Untuk menutup malu, dia mengajak berdebat sekali lagi, yakni di Mekah tapi tidak pernah ditunaikan. Swaggart akhirnya mengaku berdosa setelah terbongkar skandal seksnya dengan pelacur pada 1988.

Antara yang terkesan dengan debat Sheikh Ahmad Deedat-Swaggart ialah Dr Kenneth Jenkins, paderi Pentecostal Assemblies of the World di Indiana, yang memeluk Islam dengan nama Abdullah Muhammad al-Furuque. Beliau antara lebih 6,000 orang yang memeluk Islam kerana dakwah Sheikh Ahmad Deedat.

Seorang lagi yang terkesan ialah Dr Zakir Naik, yang mengaku memperoleh semangat dan keberanian melaksanakan tanggungjawab berdakwah daripada Sheikh Ahmad Deedat.Berani dan tanpa apologetik, Sheikh Ahmad Deedat berhujah bahawa Jesus bukan Tuhan, konsep Tri-Tunggal adalah syirik, Jesus sekadar pengsan dan tidak mati di tiang salib, justeru tidak berlaku Resurrection dan pasti tiada Salvation bagi penganut Kristian.

Banyak pihak Kristian (dan Islam) tidak setuju cara agresif Sheikh Ahmad Deedat kerana boleh merosakkan hubungan antara agama. Namun, tindakan beliau perlu dilihat dalam konteks dan suasana zamannya. Serangan, penghinaan dan aktiviti kristianisasi terhadap orang Islam memerlukan orang seperti Sheikh Ahmad Deedat dan kaedah yang beliau guna.

Semasa hidupnya, Sheikh Ahmad Deedat pernah menyediakan Combat Kit: Against Bible Thumpers (1992) untuk melatih orang Islam mempertahankan maruah agama berhubung pelbagai isu.

Kematian beliau pada 2005 meninggalkan ruang yang belum benar-benar terisi. Dunia Islam memerlukan lebih ramai orang berkaliber, hebat dan berani berdebat seperti Sheikh Ahmad Deedat. Beliau pernah ditanya Zakir Naik, yang ketika itu pelajar perubatan di Universiti Mumbai, pada satu majlis di India pada 1987.

Jawabnya: My son, there are two ways of fighting the battle, either with holy water or with fire. I have chosen to fight with fire. If you fight with holy water you are most welcome, but I have chosen the fire.

Andainya beliau masih hidup, pasti isu seperti kalimah Allah akan beliau debatkan dengan paderi Andrew Lawrence, mubaligh Kristian dan penghina Islam. Bergantung harap kepada parti politik Islam pun mengecewakan. Ulama dalam PAS, misalnya, kebingungan dan berpecah dua dalam soal seperti ini: ada yang sokong dan setuju, ada yang bantah. Justeru ramai bertanya: akan adakah Sheikh Ahmad Deedat dalam kalangan ulama kita?

Catatan : Ibnu Kathir 

 

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com