KESULTANAN BUTON

Oleh: Yassir Sumud

Kesultanan Buton adalah sebuah kerajaan Islam di Pulau Buton, pulau yang terletak di sebelah tenggara Sulawesi. Islam masuk ke Buton pada abad ke-16. Sebelum kedatangan Islam, kerajaan Buton telah pun berusia kira-kira dua abad dan diperintah oleh raja beragama Hindu-Buddha yang mempunyai hubungan yang cukup erat dengan kerajaan Majapahit. Buton memiliki kedudukan strategik dalam laluan pelayaran dari Jawa dan Makassar menuju ke Kepulauan Maluku yang pada masa itu terkenal di seluruh dunia sebagai pusat penghasilan rempah. Namun, wilayah kekuasaan Kesultanan Buton itu tidak begitu besar, sehingga kedudukannya sering terumbang-ambing antara tiga kuasa politik dan tentera yang besar pada zaman itu, yakni Kerajaan Makassar, Ternate dan VOC.

HALU OLEO

Buton menjadi kerajaan Islam atau kesultanan setelah rajanya yang ke-6, Timbang Timbangan atau Halu Oleo, memeluk agama Islam. Setelah Halu Oleo masuk Islam, baginda dilantik menjadi sultan oleh Syeikh Abdul Wahid pada tahun 1938. Pelantikan ini merupakan peringkat awal pengislaman Kerajaan Buton. Selain bergelar sultan, Halu Oleo juga dikenali sebagai al-amr (pemerintah) dan Qa’im ad-Din (penegak agama).

SYEIKH ABDUL WAHID

Tokoh terkenal pembawa Islam ke Buton ialah Syeikh Abdul Wahid bin Syarif Sulaiman al-Patani. Ketika beliau singgah di Pulau Batu Atas, dekat Pulau Buton untuk kembali ke Johor bersama isterinya, beliau bertemu dengan Imam Pasai yang mengajaknya ke Kerajaan Buton. Syeikh Abdul Wahid memenuhi ajakan Imam Pasai tersebut. Di sana, dengan dakwahnya Syeikh Abdul Wahid berjaya mengislamkan Raja Buton ke-6 dan diikuti oleh rakyatnya. Hingga kini, masyarakat menyanjungi tinggi syeikh tersebut.

VOC

Kedudukan Buton yang sering diserang negara jirannya menyebabkan Sultan La Elangi perlu bijak berdiplomasi. Jika baginda menjalin hubungan baik dengan Ternate dan VOC, bererti baginda mengundang ancaman dari Makassar dan sebaliknya. Selama dua abad, Kesultanan Buton berjaya melindungi kedaulatannya melalui diplomasi yang bijak. Setelah Makassar dikalahkan VOC pada 1667, barulah Buton bebas daripada pertikaian tiga kuasa itu. Namun pada tahun itu pula, VOC campur tangan lebih jauh dalam pemerintahan Kesultanan Buton.

PERJANJIAN DENGAN VOC

Kerana kerap menjadi rebutan kerajaan besar di sekitarnya seperti Makassar dan Ternate, Kesultanan Buton berasa perlu untuk melindungi diri dengan bekerjasama dengan kuasa lain. Sultan Buton lalu mengadakan perjanjian persahabatan dengan VOC pada 1613.

MARTABAT TUJUH

Undang-undang Kesultanan Buton berlandaskan ajaran Islam yang terdapat dalam kitab Martabat Tujuh. Kitab ini disusun oleh Sultan La Elangi pada awal abad ke-17. Ajaran Martabat Tujuh diterapkan pula dalam undang-undang berikutnya, yakni kitab Sarana Wolio yang disusun oleh Sultan Muhammad Idrus (1824-1851). Kesultanan Buton merupakan rangkaian penyebaran Islam dan tasawuf yang pada masa itu berkembang pesat di Nusantara kerana ajaran Martabat Tujuh juga sudah dikenali di Kesultanan Aceh seabad sebelumnya.

v  Ada yang mengatakan Islam masuk ke Buton dari Ternate yang memeluk Islam seabad lebih awal melalui pedagang Islam yang belayar dari dan ke Maluku yang singgah di Buton serta mendakwahkan Islam kepada penduduknya.

v  Kubu Kesultanan Buton merupakan salah satu bukti sejarah tentang kewujudan kesultanan itu di Pulau Buton. Kubu yang mengelilingi pusat pemerintahan ini masih dapat kita saksikan hingga sekarang.

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com