KESULTANAN CIREBON

Kerajaan Islam pertama di Jawa barat ini bermula dari abad ke-15. Ketika itu, Cirebon dikuasai oleh Pangeran Walangsungsang (Cakrabumi), Raja Pakuan Pajajaran. Baginda dianggap sebagai pengasas Kesultanan Cirebon. Namun, tokoh paling penting peranannya dalam menjadikan Cirebon sebuah kesultanan (kerajaan Islam) ialah Syarif Hidayatullah. Bagindalah pengasas Kesultanan Raja Cirebon dan kemudian Kesultanan Banten. Keutuhan Kesultanan Cirebon hanya bertahan sehingga zaman Panembahan Ratu II yang bergelar Panembahan Girilaya (1650-1662). Atas kehendak Panembahan Girilaya, Kesultanan Cirebon dibahagi dua: Kesultanan Kasepuhan dan Kanoman. Perpecahan ini melemahkan Kesultanan Cirebon sehingga kedua-dua kesultanan menjadi wilayah naungan Belanda (1681). Walaupun tidak memiliki kuasa mentadbir, Kesultanan Cirebon tetap bertahan dan memelihara pelbagai tradisi peninggalan seni dan sastera Islam dengan baik.

MASJID BESAR KASEPUHAN CIREBON

Masjid ini dibina semasa pemerintahan Sunan Kalijaga dengan arkitek dari Majapahit, Raden Sepat. Masjid yang dikenal dengan nama Sang Cipta Rasa dan Pakungwati ini mempunyai Sembilan pintu gerbang yang melambangkan Wali Songo. Antara ciri khas masjid ini kelihatan pada bumbung bangunan yang berbentuk pyramid dan sebatang tiang yang diperbuat daripada potongan kayu yang diikat antara satu dengan lain sebagai lambang gotong-royong.

KASEPUHAN DAN KANOMAN

Pada awalnya, Kesultanan Cirebon adalah sebuah kerajaan yang utuh. Namun, keutuhan itu hanya bertahan sehingga pemerintahan Penembahan Ratu II (Panembahan Girilaya), cicit Sunan Gunung Jati. Sebelum mangkat (1662), Panembahan Ratu II membahagikan Kesultanan Cirebon kepada dua, iaitu Kesultanan Kasepuhan dan Kanoman, lalu menyerahkan tampuk kekuasaan kepada kedua-dua puteranya. Kesultanan Kasepuhan dipimpin oleh Martawijaya (Panembahan Sepuh yang bergelar Syamsuddin), manakala Kesultanan Kanoman dipimpin oleh Kartawijaya (Panembahan Anom yang bergelar Badruddin).

SUNAN GUNUNG JATI

Sunan Gunung Jati (1448-1570) adalah salah seorang daripada Wali Songo. Baginda menyebarkan Islam di Cirebon lalu menjadikan Jawa Barat daerah pertama yang penduduknya memeluk Islam. Menurut Babad Cirebon, Sunan Gunung Jati dan pengasas kesultanan Cirebon dan Banten, iaitu Syarif Hidayatullah adalah orang yang sama. Disebabkan baginda adalah raja dan ulama, maka baginda digelar Raja Pandita.

PUSAT PERADABAN ISLAM

Cirebon pernah menjadi salah satu pusat peradaban Islam di Nusantara. Kedudukannya di daerah pesisir menyebabkan Cirebon banyak berhubung dengan dunia luar, terutama melalui laluan perdagangan seperti dengan China dan Arab. Hubungan ini tidak hanya mempengaruhi kehidupan masyarakatnya tetapi juga karya seni, sastera dan tradisi Islam yang berkembang pesat di wilayah ini pada abad ke-17 hingga ke-18. Pengaruh budaya luar kelihatan, pada hiasan piring China dan Belanda yang banyak terdapat di dinding istana. Hal ini menunjukkan pengaruh kuat China dan Belanda di Cirebon.

KESULTANAN CIREBON

1450 Pangeran Walangsungsang mendirikan Kerajaan Cirebon 1479 Sunan Gunung Jati menjadi raja pertama Kesultanan Cirebon 1568 Panembahan Ratu atau Pangeran Ratu mula memerintah 1650-1662 Panembahan Ratu II memerintah

1681 Kesultanan Cirebon berada di bawah perlindungan Belanda

1705 Perjanjian Kartasura antara Mataram dan VOC (gabungan perusahaan dagang Belanda di Hindia Timur); Cirebon berada di bawah pengawasan VOC

1800-an Pemberontakan menentang penjajahan Belanda

  • Pintu gerbang Masjid Besar Kasepuhan Cirebon yang diperbuat daripada batu bata Bangunan ini berbentuk seperti candi di Jawa Timur pada abad ke-13 dan ke-14.
  • Pintu gerbang Keraton Kasepuhan Bahagaian melengkunya disebut tanah keras (karang), iaitu lambing keduniaan manakala bahagian mendatarnya disebut mega mendung (langit), iaitu lambing kerohanian.
  • Lukisan kaca wayang Batara Narada di Kaligrafi Islam Cirebon ini sangat istimewa kerana lukisan manusia dan haiwan bukan sesuatu yang lazim dalam seni rupa Islam.

Catatan : Ibnu Hayyan

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com