KESULTANAN MOGHUL DAN KEGEMILANGAN ISLAM DI INDIA

India merupakan negara demokrasi terbesar dan mempunyai bilangan penduduk kedua tertinggi di dunia. Kira-kira 82 peratus penduduknya menganut agama Hindu dan 11 peratus Islam; selebihnya Kristian, Buddha, Jainisme, Sikh dan Yahudi.

Islam masuk ke India dalam tiga tahap, melalui orang Arab, Turki dan Afghan. Bahasa yang digunakan ialah Hindi dan Inggeris. Negara di Asia Selatan ini membentuk persekutuan dengan ibu kota New Delhi.

Negara ini diapit oleh Teluk Benggala di timur dan Laut Arab di barat. Di timur, India bersempadan dengan Myanmar; di barat laut dengan Pakistan dan Afghanistan; di utara dengan Pergunungan Himalaya, China dan Nepal; di timur laut dengan Bangladesh; dan di selatan dengan Lautan Hindi.

Kesultanan Moghul terbentuk pada 1526.Pada zaman pemerintahan Raja Akbar (1542- 1605), Moghul sudah menguasai India Utara. Pada zaman Moghul inilah Shah Jehan membina Taj Mahal.

Pada 1858, Inggeris menakluk dan menguasai India sehinggalah kemerdekaannya (1947). Selepas kemerdekaan, terjadi konflik antara Hindu dengan Islam yang menyebabkan lahirnya negara Pakistan.

SULTAN BABUR

Babur mendirikan Moghul pada 1526. Setelah meninggal dunia (1530), Babur diganti oleh puteranya (Humayun). Pada tahun 1540, Humayun dikalahkan oleh Bahadur Shah, pemerintah Gujerat.

Humayan kembali berkuasa pada tahun 1556. Kemudian, Moghul dipimpin oleh Akbar selama 49 tahun. Pada zaman inilah Moghul mencapai puncak kejayaan. Akbar berhasrat menyatukan India. Baginda melarang penggunaan huruf Arab, menyuruh rakyat sujud kepadanya dan melarang khatan serta makan daging lembu.

Hal ini dikecam oleh umat Islam. Pada tahun 1605, Akbar meninggal dunia, dan diganti oleh Sultan Salim atau Nuruddin Muhammad Jahangir (mangkat 1627). Shah Jehan (mangkat 1666) menggantikan Sultan Salim.

Pemimpin Moghul berikutnya ialah Aurangzeb (Alamgir I, 1658–1707). Selepas pemerintahannya, Moghul mengalami kemunduran kerana tidak ada lagi raja yang kuat. Sultan Babur, penguasa yang menubuhkan Kesultanan Moghul telah membangunkan empangan mata air Khawajasihyaran di Kabul, Afghanistan.

EKSPEDISI UMAR

Islam telah masuk ke India ketika Khalifah Umar al-Khattab memerintahkan ekspedisi ke sana. Setelah Umar meninggal dunia pada 643, orang Arab menakluki Makran di Baluchistan (Pakistan Barat).

Pada zaman Umaiyah, Islam meneruskan ekspedisi ke sana di bawah Panglima Muhammad bin Qasim yang berjaya menguasai Sind (Pakistan Selatan). Sejak tahun 871, orang Arab telah menetap di sana.

Pada tahun 1020, Mahmud Ghaznawi (pemimpin Kerajaan Ghaznawiyah) berjaya menundukkan raja-raja Hindu di India, lalu mengislamkan mereka. Sesudah Kerajaan Ghaznawiyah, muncul kerajaan kecil seperti Mamluk, Khalji, Tugluq dan Lody yang ditubuhkan oleh Bahlul Khan Lody (m.d 1489). Ketika berlaku kekacauan, beliau menjemput Zahiruddin Muhammad Babur dari Kabul yang kemudian berjaya menubuhkan Kerajaan Moghul.

PENYEBARAN ISLAM

Umat Islam India tersebar ke beberapa wilayah seperti Uttar Pradesh, Bengala Barat, Bihar, Kerala, Assam, Andra Pradesh, Maharashtra, Kashmir, Tamil Nadu, Gujerat, Karnataka dan Madya Pradesh.

Mereka hidup sebagai petani, pekerja kraftangan dan buruh. Di banyak kota bahagian Uttar Pradesh, orang Islam menguasai perdagangan tekstil, sementara di Gujerat dan Maharashtra mereka berkerja sebagai pedagang.

Meskipun berkedudukan minoriti, orang Islam India aktif dalam bidang politik. Islam di India meninggalkan pelbagai kemajuan yang sangat mengagumkan, khususnya dalam bidang senibina sebagaimana yang kelihatan pada monumen Taj Mahal.

PERADABAN INDUS

Peradaban purba telah berkembang di Lembah Indus sekitar 2600 SM dan Lembah Ganges sekitar 1500 SM. Ketika itu, kawasan ini dihuni oleh bangsa Dravidia. Peradaban ini hilang dengan datangnya bangsa Arya yang berbahasa Sanskrit sekitar 1500 SM.

Bangsa Arya menerapkan sistem kasta dalam kehidupan sosial India. Peradaban penting yang lain ialah Maurya yang mencapai kejayaannya pada zaman pemerintahan Raja Asoka (273- 232 SM). Kemudian masuk beberapa pengaruh luar seperti dari Parsi (abad ke-6SM), Iskandar Agung, (327 SM), Arab (abad ke-8 M), Turki (abad ke-12), Afghan dan Moghul (abad ke-16) serta Inggeris (abad ke-19).

KURIKULUM DAVIS-INIZAM

Perkembangan budaya Islam dalam pelbagai bidang di India mencapai kejayaannya pada zaman Kesultanan Moghul. Moghul berjaya menegakkan budaya Islam di wilayah yang menganut budaya Hindu sejak abad ke-5 SM.

Moghul berjaya menguasai kawasan yang sangat luas. Ketika itu, umat Islam dalam Kesultanan Moghul telah mewujudkan hubungan perdagangan antara benua dan mengeksport kain, nila, rempah, opium, gula, garam, serbuk sodium, benang bulu biri-biri dan minyak wangi ke Eropah.

Moghul juga mencapai kemajuan pesat dalam bidang pendidikan dan ilmu. Banyak masjid, madrasah dan perpustakaan dibina. Selain ilmu agama, di madrasah diajarkan juga ilmu logik, falsafah, geometrik, geografi, sejarah, politik dan matematik.

Moghul mengembangkan sistem Pendidikan moden, iaitu “kurikulum Davis-inizami” yang dirintis sejak pertengahan abad ke-17. Aurangzeb (Alamgir 1) berupaya membuat sintesis antara sufisme India dengan ajaran lama Islam. Perpustakaan di Agra memiliki koleksi 24,000 buah buku pada tahun 1641.

Shah Jehan dan Aurangzeb juga mendirikan sekolah tinggi di samping pusat pengajaran di Sucknon. Dalam bidang seni khususnya senibina, prestasi Moghul terserah pada bangunannya yang indah, misalnya Benteng Merah, Masjid Jama, istana di Delhi dan Lahore serta makam yang sangat mengagumkan seperti TajMahal di Agra.

SANATANA DHARMA

Sebahagian besar penduduk India ialah penganut agama Hindu yang menganggap agama mereka sendiri “Sanatana Dharma” (agama abadi, kebenaran abadi, kearifan abadi). Pengasas agama ini tidak diketahui.

Hindu mencakupi bukan sahaja agama, tetapi juga seluruh peradaban dan cara hidup yang wujud serta berkembang sejak 3000 tahun SM di kalangan bangsa Dravidia di Lembah Indus.

JAINISME

Jainisme ialah aliran agama dan falsafah India yang wujud sekitar abad ke-6 SM oleh Vardhamana Mahavira. Jainis merupakan salah satu daripada agama besar awal yang berkembang dalam peradaban India.

Aliran ini tidak mempercayai Allah sebagai Pencipta, namun mereka memiliki doktrin etika ahimsa, iaitu tidak boleh menyakiti atau membunuh makhluk hidup. Cita-cita dan tujuan hidup mereka ialah kudrat sempurna manusia yang dapat dicapai melalui hidup sebagai seorang zuhud atau pertapa.

ISLAM PAKISTAN DAN ISLAM INDIA

Moghul merosot dengan cepat setelah Aurangzeb meninggal dunia (1707). Perang antara gabenor daerah membangkitkan orang Hindu kembali. Sementara itu, orang Inggeris, Portugis, Belanda dan Perancis telah masuk ke India sebagai pedagang.

Selepas pemberontakan 1857, kaum bangsawan Islam bangkit menentang Inggeris, namun kalah. Dengan demikian, era kekuasaan Inggeris pun bermula di India pada tahun 1858.

Pada zaman kekuasaan Inggeris ini, muncul para pemikir Islam yang berjuang demi kemajuan umat Islam dan kebebasan daripada belenggu penjajahan.Tokoh pemikir India yang muncul pada zaman ini ialah Shah Waliyullah (m.d 1726), Syed Ahmad Khan (1817-1898), Syed Amir Ali (1849-1928), Muhammad Iqbal (1873-1938), Mohammad Ali Jinnah (1876-1948) dan Abdul Kalam Azad (1888- 1956).

Ketika Inggeris memberikan kemerdekaan kepada India pada tahun 1947, umat Islam terpecah dua: Islam di negara Islam Pakistan dan Islam di India.

Catatan : Ibnu Battutah

 

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com