LAUTAN ILMU YANG MENGUBAH DUNIA KEDOKTORAN

Alauddin Abu Al-Ala Ali bin Abi Al-Hazam Al-Qurasyi Al-Syafie Al-Misri dilahirkan di Damsyik, Syria pada tahun 607 H / 1210 M. Beliau dibesarkan di Damsyik dan telah mempelajari ilmu kedoktoran daripada Al-Dahkwar dan Imran Al-Israili.

Apabila usianya meningkat belia, beliau telah berhijrah ke Kaherah pada zaman Raja Al Ayubi Al Kamil dan mula bekerja di situ sehingga dilantik menjadi ketua di Hospital Al-Mansuri. Beliau lebih dikenali dengan nama Ibnu Nafis.

Kehidupan Ibnu Nafis begitu ‘istimewa’ kerana sepenuh waktunya beliau lebih mempelajari ilmu kedoktoran sehingga beliau tidak berkahwin.

Sebagaimana para ulama yang lain, beliau tidak sahaja mempelajari bidang kedoktoran, bahkan mengkaji ilmu di dalam bidang mantik, falsafah, bahasa, ilmu bayan, hadis, dan usul fiqh.

Beliau juga merupakan tokoh yang begitu kognitif kerana keaslian dan kebebasan pemikirannya, serta kajiannya yang bersandarkan kepada pemerhatian, penelitian dan membuat ujikaji. Di antara contoh eksperimennya adalah dengan menganalisis perjalanan darah di dalam tubuh badan.

Kajiannya begitu terperinci apabila beliau telah menemui peredaran darah ke paru-paru yang merupakan asas penemuan Harvey di dalam peredaran darah yang lain, iaitu tiga kurun selepas kematiannya.

Dalam bidang kedoktoran, beliau amat mementingkan sudut penganalisisan anggota luar dan faktor-faktor yang memberi akibat pada tubuh badan (asbab) berbanding mementingkan sudut rawatan. Ini menjadikan beliau merupakan orang pertama yang menghasilkan karya dalam bidang usul ilmu kedoktoran.

Selain itu, beliau juga merupakan seorang yang sangat tawaduk di dalam berilmu, malah selalu mengadakan perhimpunan bersama ulama-ulama dan ahli-ahli atau pakar kedoktoran di rumahnya.

Ibnu Nafis juga menganalisis dan telah menghuraikan buku Tasrihu al Qanun karya Ibnu Sina yang mana di dalamnya terkandung penemuan beliau terhadap proses peredaran darah ke paru-paru. Beliau meneruskan usaha menganalisis dan menghuraikan karya ulama-ulama yang lain sehingga huraian tersebut disusun menjadi beberapa buah buku.

Kecintaan beliau terhadap ilmu juga telah membuatkannya mentafsir buku Al Adawiyah karya Hippocrate dan buku karya Galinous. Beliau kemudiannya telah menyusun buku Syarah Mufradatu al Qanun, Tafsiru al-lal wa Asbabu al Amrad, Syarhu al Hidayah fi al Tib dan Al Syamil fi al Tib yang menyentuh tentang keseluruhan penyakit mata.

Ibnu Nafis mengakhiri penulisannya dalam bidang kedoktoran dengan menulis ensiklopedia Al Syamil fi al Tib. Beliau juga telah bercadang untuk membukukan karya tersebut di dalam 300 jilid, tetapi hanya sempat menyiapkan sebanyak 80 jilid sahaja kerana meninggal dunia. Antara karya beliau yang lain ialah dalam bidang falsafah, iaitu buku yang berjudul Fadil Natiq.

Di dalam laras agama pula, beliau menghasilkan buku Al Risalatu al Kamil fi al Sirah Al Nabawiyyah dan Mukhtasar Ilmi al Hadis. Di dalam bidang bahasa, beliau menghasilkan buku Toriqu al Fasahah, dan bidang perundangan pula, beliau menghasilkan buku Syarah Kitabu al Tanbih ila Furui al Syafi’iyyah.

Ibnu Nafis meninggal dunia di Kaherah, Mesir pada 687 H / 1288 M.

Catatan: Ibnu Fattah

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com