MAHMUD SYALTUT

Antara ulama dan pemikir Islam yang terkemuka dan berkaliber di peringkat antarabangsa dari Universiti al-Azhar, Kaherah ialah Mahmud Syaltut. Beliau yakin bahawa ijtihad tetap terbuka dan gigih memperjuangkan cita-cita pembaharuan Islam secara umumnya dan pembaikan al-Azhar secara khususnya.

Syaltut lahir pada 23 April 1893 di Maniyah Bani Mansur, Itai al-Bairud, Bukhairah, Mesir. Semasa berusia 13 tahun, beliau telah menghafal al-Quran dan pada usia 25 tahun, beliau tamat sebagai lulusan terbaik dalam bidang ilmu keislaman di al-Azhar.

Beliau seterusnya mengajar di sana. Beliau juga menulis karya dalam bidang syariat, tafsir, hadis dan bahasa Arab yang menjadikan namanya terkenal di seluruh dunia Islam.

Mahmud Syaltut menghabiskan banyak waktunya untuk berbakti kepada al-Azhar. Pada 1927, beliau dilantik sebagai pengajar peringkat takhasus (pakar). Rektor pada waktu itu ialah Syeikh Mustafar al-Maraghi. Beliau kerap kali menulis risalah yang menyokong program al-Maraghi bagi memajukan al-Azhar. Namun ramai ulama di kalangan al-Azhar tidak dapat menerima pandangannya.

Akibatnya, pada 1931 beliau disingkirkan dari al-Azhar. Meskipun demikian, beliau terus melontarkan kritikan, baik secara lisan mahupun tulisan, demi kebaikan al-Azhar. Kemudian beliau dilantik semula sebagai pengajar al-Azhar, bahkan sebagai Timbalan Dekan Fakulti Syariah.

Pada 1958 beliau terpilih sebagai rektor ke-41. Pada 1961, Syaltut mengeluarkan undang-undang baru (nombor 103) tentang pembaharuan al-Azhar, terutama dari segi organisasi dan kurikulumnya.

Hal ini juga berkaitan dengan penubuhan fakulti baru (Pertanian, Kejuruteraan dan Perubatan) untuk melengkapi fakulti yang sedia ada: Syariah, Usuluddin dan Sastera. Melalui usaha ini, beliau berhasrat melaksanakan cita-citanya untuk melahirkan ulama yang bukan sahaja menguasai ilmu agama, tetapi juga ilmu perubatan, matematik dan sebagainya.

Pada 1937, Syaltut mewakili al-Azhar dalam Kongres Antarabangsa tentang Undang-Undang di The Hague, Belanda. Pada masa itu beliau menyajikan risalah ilmiah tentang undang-undang Islam. Berkat penyertaannya itu, kongres membuat kesimpulan bahawa syariat islam ialah hukum yang berdiri sendiri dan layak dijadikan sumber perundangan bagi manusia untuk setiap zaman dan tempat.

Sejak itu, namanya semakin terkenal di dunia antarabangsa. Nama Mahmud Syaltut sering dikaitkan dengan dengan al-Azhar. Beliau menghabiskan banyak masa untuk institusi pendidikan itu.

Sebagai ulama dan pemikir yang berpandangan jauh, Mahmud Syaltut berusaha menentang kejumudan dan berfikir dan fanatisme bermazhab yang membawa perpecahan di kalangan umat Islam. Beliau juga menetang pendapat bahawa ijtihad sudah tertutup.

Beliau menyeru ulama supaya  bersedia melakukan ijtihad berdasarkan al-Quran. Menurutnya, berbagai-bagai pentafsiran yang wujud di kalangan umat Islam merupakan sesuatu yang wajar, kerana banyak ayat al-Quran yang tidak menetapkan hukum dengan tegas sehingga ijtihad selalu terbuka.

Pada 1958, Mahmud Syaltut terpilih sebagai rektor ke-41 Universiti al-Azhar. Sebagai rektor, beliau berpeluang melaksanakan cita-cita dan pemikirannya.

Pada 1960, beliau memindahkan Institut Pembacaan al-Quran ke Masjid al-Azhar untuk mengembalikan fungsi al-Azhar kepada kajian al-Quran.

Catatan: Ibnu Fayyad

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com