MAJALAH DAN AKHBAR SEBAHAGIAN DUNIANYA

Syeikh Tahir Jalaluddin seorang tokoh pejuang pembaharuan yang jarang diperkatakan orang. Bahkan ramai genarasi kini tidak mengenalinya. Muhammad Tahir Jalaluddin al-Azhari al-Falaki dilahirkan di Kota Gedang, Sumatera (sesetengah pengkaji mengatakan Bukit Tinggi, Sumatera atau Kota Tua Ampek Angkek, Bukit Tinggi), pada bulan Ramadan 1286 Hijrah, sekitar 9 Disember 1869 Masihi.

Beliau pernah belajar di Mekah dan Mesir sewaktu remaja. Di Mekah, Syeikh Tahir belajar ilmu mantik dan kemudian memberi penekanan kepada nahu. Setelah itu beliau mendalami ilmu fiqh dan seterusnya sirah. Beliau dapat menguasai bahasa Arab serta boleh bertutur dalam bahasa Belanda dan Inggeris.

Semasa di Mekah, beliau dilantik oleh Syeikh Ahmad Khatib sebagai guru pembantu dan mengajar jemaah haji dari Nusantara. Setelah 13 tahun di Mekah beliau tergerak hati hendak pulang ke tanah air. Tetapi niatnya tidak tercapai apabila mengenangkan kekejaman Belanda. Beliau singgah di Pulau Pinang sahaja.

Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Al-Azhar Mesir. Beliau tinggal di Mesir selama lebih kurang empat tahun untuk menamatkan pengajian ijazahnya. Di sana beliau diperkenalkan dengan pemikiran Muhammad Abduh dan turut berkawan dengan Muhammad Rashid Ridha, pengikut Abduh yang menerbitkan al-Manar pada tahun 1898 di Mesir.

Beliau kembali ke Singapura dalam usia 20 tahun (1899), dan kali ini masih keberatan untuk pulang ke kampung halamannya. Di sinilah beliau bersama dua temannya memulakan menerbitkan majalah al-Imam (1906) iaitu Syed Syeikh al-Hadi dan Haji Abas Mohd Taha.

Sebelum itu beliau kembali Makkah untuk bertemu dengan sepupunya. Kemudian pulang ke tanah air menuju ke Pulau Pinang. Di sana dia bertemu jodoh dan berkahwin dengan gadis Kuala Kangsar. Akhirnya beliau menetap di Kuala Kangsar serta mendapat enam orang anak.

Dengan penerbitan al-Imam, beliau cuba membuat membawa pembaharuan. Pemikiran Islam ala Muhamad Abduh menjadi wadah perjuangannya. Walau bagaimanapun, beliau tidak disukai oleh golongan konservatif agama di Perak yang melihatnya sebagai berpandangan moden. Oleh sebab beliau berpindah ke Johor Bahru dan bertugas sebagai guru agama sehingga akhir 1918.

Kemudian beliau kembali ke Kuala Kangsar dan mengajar di Pulau Pinang, iaitu di Madrasah al-Masyhur. Ketika di al-Masyhur dia ditawarkan sebagai mudir Madrasah Muhammad Thaib, Parti Jamil, Muar. Walaupun bagaimanapun, setelah tugasnya selesai di al-Masyhur barulah tawaran tersebut diterima. Kehadiran Syeikh Tahir tersebut telah mengubah pendekatan pengajaran tradisi kepada kaedah moden yang dikaitkan dengan gerakan Kaum Muda, bahkan bahasa Inggeris dijadikan sebahagian daripada kurikulum madrasah.

Kemudian dalam tahun 1934, Syeikh Tahir dilantik sebagai editor bersama akhbar Saudara dan al-Ikhwan. Walau bagaimanapun, beliau hanya bertugas beberapa bulan sahaja. Hal demikian kerana beliau tidak bersetuju dengan dasar penerbitan tersebut.

Pada usia yang ada itu beliau masih mengambil peluang mempelajari ilmu falak, untuk menentukan waktu sembahyang dan penentuan bulan serta penetapan kalendar muslim. Ketokohannya menyebabkan Sultan Idris, Sultan Perak mengarahnya membetulkan arah kiblat masjid seluruh negeri. Bukan itu sahaja, baginda melantiknya menjadi Hakim Besar Syariah di Mahkamah Tinggi Taiping dan Ipoh.

Walaupun di Malaya ketika itu, pemikiran yang dibawa oleh Syeikh Tahir Jalaluddin mendapat tentangan ulama-ulama tradisional, tetapi berbeza sambutannya di Sumatera. Syeikh Tahir Jalaluddin mendapat sokongan daripada kawan-kawan dan murid-muridnya ketika beliau masih belajar di Mesir. Antara yang terkenal ialah Syeikh Muhammad Jamil Jambek, Syeikh Abdullah Ahmad, dan Syeikh Abdul Karim Amrullah.

Syeikh Abdullah Ahmad yang menetap di Kota Padang, Sumatera Barat ialah seorang wartawan dan pengarang yang aktif. Beliau telah menerbitkan majalah al-Munir untuk melanjutkan cita-cita dan perjuangan selepas majalah al-Imam dihentikan penerbitannya pada tahun 1908, kerana masalah kewangan. Manakala Syeikh Abdul Karim Amrullah yang mendirikan madrasah di Padang Panjang mengeluarkan pandangan-pandangan tentang kepentingan ijtihad serta menyebarkan pembaharuan pemikiran pemodenan dalam masyarakat Islam.

Sebaliknya ulama-ulama yang menamakan diri mereka Kaum Tua, menerbitkan majalah al-Mizan, untuk mengimbangi pemikiran dalam al-Munir. Mereka berusaha keras untuk melenyapkan pengaruh Kaum Muda di Sumatera. Walau bagaimanapun, usaha mereka tidak berhasil kerana kekuatan pemikiran Kaum Muda yang lebih berpengaruh. Manakala Kaum Tua di Malaya, didapati lebih kuat kerana mereka diwakili oleh mufti dan kadhi yang mempunyai kuasa penuh terhadap pentadbiran agama negeri serta mempunyai hubungan baik dengan pemerintah atau majlis agama negeri. Merekalah yang lebih berhak untuk mengeluarkan fatwa terhadap perkembangan sesuatu pemikiran yang bertentangan dengan pegangan tradisional.

Wadah perjuangan pembaharuan mereka amat jelas, iaitu orang Islam perlu kembali berpegang kepada al-Quran dan hadis tetapi dalam masa yang sama tidak menolak pemodenan, sains dan teknologi. Mereka menerima falsafah Barat yang berlandaskan rasionalisme sebagai alat untuk memperkukuhkan kebenaran agama Islam. Tetapi idea radikal sebegini telah disalahmengertikan oleh golongan tua lalu melabelkan mereka sebagai Kaum Muda.

Syeikh Tahir telah mengabadikan dirinya untuk menyebarkan cita-cita islah di kalangan ummah Islam, sama ada di Tanah Melayu atau seluruh Nusantara. Kemunduran masyarakat Islam di Nusantara meyakinkan beliau bahawa jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah itu ialah dengan cara mengemukakan pandangan Islah, mengungkai segala kekeliruan.

Idea ini pernah ditegaskan dalam rencananya berjudul “Surat Terbuka Kepada Segala Ulama”, disiarkan oleh al-Imam, pada Bil. 1, Jil. 1, 23 Julai 1906. Beliau menganggap bahawa umat Islam di rantau ini memerlukan pimpinan sebagaimana saudara Islam di Asia Barat.

Beliau pernah menulis bagaimana sikap orang Melayu yang terlalu terikut-ikut dengan adat orang Arab, sering memandang rendah terhadap sesetengah pekerjaan, dan percaya kepada hari-hari tertentu dalam bulan safar yang boleh mendatangkan bala. Selain itu beliau juga menulis berkaitan dengan sikap kolot orang Melayu ialah “Risalah Penebas Bidaah-bidaah di Kepala Batas”, diterbitkan di Pulau Pinang oleh Persama Press, 1953.

Manakala rencananya mengenai “Qada dan Qadar” yang ditulis dalam al-Imam, Bil. 3, Jil. 1, 19 September 1906; menerangkan bahawa kejayaan manusia dalam dunia sebenarnya berpunca daripada usaha dan ikhtiarnya dan tidak ada kaitan sekali dengan faktor qada dan qadar. Malah ditegaskan seseorang Islam itu hendaklah sentiasa menjalankan kegiatan sebagaimana yang dikehendaki oleh Tuhan. Manusia sebenarnya bertanggungjawab kepada segala perbuatannya dan juga kepada segala perkara yang memberi kepentingan kepada masyarakat. Jika kegagalan yang dihadapi maka kegagalan itu seharusnya dianggap sebagai kegagalan dirinya sendiri. Tuhan tidak mengubah nasib manusia tetapi manusia sendiri yang mengubahnya.

Qada dan qadar sepatutnya diertikan bahawa segala perkara yang berlaku dalam dunia ini sebenarnya berlaku atas faktor sebab dan akibat. Tuhan dalam proses ini cuma menjadi tenaga penggeraknya sahaja. Keputusan manusia sebenarnya penting dalam hal ini. Sebagai individu, manusia bebas melakukan sesuatu dan Tuhan memberi mereka pemikiran serta Rasul untuk memimpin dan memberi petunjuk, bagaimana sesuatu perkara itu patut dilaksanakan.

Syeikh Tahir membawa pembaharuan dalam semua hal walaupun dalam pengajaran bahasa Arab. Beliau yang menjadi guru bahasa Arab kepada Za’aba sekitar 1916-1919 mendapat pujian daripada Za’aba sendiri. Katanya, cara pengajarannya yang dianggap moden begitu berkesan bahkan mudah difahami oleh pelajar.

Catatan: Medina Haura Muhammad Qasim

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com