MENGIMBAS DAN MEMULIAKAN 10 MUHARAM

SALAH satu antara hari-hari yang bersejarah dalam Islam ialah hari ke-10 bulan Muharam, yang kemudian disebutkan hari asyura. Ia menjadi penting antara lain diundangkannya untuk pertama kali sebagai hari berpuasa dalam sejarah Islam. Sebenarnya ada dua peristiwa bersejarah yang berbeza pada hari tersebut. Peristiwa 10 Muharam juga dikatakan sebagai hari berkabung mengingati peristiwa Karbala di mana Hussin cucu Rasullullah SAW dibunuh oleh kelompok yang mendokong Muawiah bin Abu Sufyan. Dikatakan bahawa bubur merah adalah simbol darah Hussin, sedangkan bubur putih simbol ketulusan Hasan untuk berdamai. Ia juga dikaitkan dengan pelbagai peristiwa yang dialami oleh para nabi.

Pada 10 Muharam ini banyak terjadi peristiwa penting, yang kemudian dipahatkan dalam sejarah. Imam Ghazali dalam bukunya Mukasyayafultul Qulub mencatat bahawa tidak kurang dari 13 peristiwa penting yang terjadi pada 10 Muharam walaupun berbeza-beza tahun atau kurunnya.

Di antaranya ialah hari diciptakan Nabi Adam AS, diciptakan langit, bumi, bulan, dan bintang, hari lahir Nabi Ibrahim AS dan hari terlepasnya dari bahaya unggun api Raja Namrud, hari kemenangan Nabi Musa AS dan tenggelamnya rejim Fira’un, hari kelahiran Nabi Isa AS dan diangkat beliau ke langit, Nabi Idris AS diangkat ke tempat yang mulia, Nabi Nuh AS selamat dari taufan, Nabi Sulaiman AS mendapat kekuasaan luar biasa, Nabi Yunus AS keluar dengan selamat dari dalam perut ikan, Nabi Yakkub AS yang buta dapat melihat, Nabi Yusuf AS bebas dari penjara, Nabi Ayub AS sembuh dari penyakit yang mengancam jiwa dan hari pertama diturunkan hujan.

Peristiwa-peristiwa penting 10 Muharam itu, mengandungi aspek-aspek perjuangan yang menaikkan semangat kepimpinan dan kepahlawanan. Ia mengandungi nilai-nilai pendidikan dan pengaruh kejiwaan dalam kehidupan seseorang atau sesuatu bangsa.

Mengingati persamaan motif dan tujuan perjuangan Rasulullah SAW dengan Nabi-Nabi yang terdahulu, tidak lain adalah untuk sama-sama menegakkan tauhid, maka Nabi Muhammad SAW telah menetapkan tanggal 10 Muharam menjadi salah satu rangkaian Sunah Nabi, yang dilakukan dengan tata cara yang sesuai dengan ajaran Islam. Umat Islam digalakkan banyak beribadah, bermuhasabah diri dan memohon keampunan di samping menperbaharui tekad melaksanakan keadilan di atas muka bumi ini. Dan berusaha untuk terus menegakkan risalah Ilahi Walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai rintangan.

Justeru semua itu adalah satu pertanggungjawaban yang tidak mungkin diingkari. Jangan kita jadi seperti kaum Saba yang diberi berkat yang banyak, namun kerana ingkar (tidak bertakwa-bererti melakukan kezaliman) maka Allah SWT memberi musibah (maksud surah Saba 15-16). Kezaliman bukan setakat kepada manusia lain tetapi kepada diri sendiri. Kezaliman itulah yang menghancurkan kebahagiaan kita sebagaimana pesan Allah SWT dalam surah al-Hijr (78-79) bahawa kehancuran penduduk “Aikah” kerana kezaliman sendiri.

Di antara caranya ialah dengan melahirkan sikap atau jiwa dan kehidupan yang tidak dapat memisahkan aspek hubungan manusia dengan Allah; dan hubungan sesama manusia.

Pelaksanaan ibadah kerohanian ini ialah dengan mengerjakan puasa pada hari asyura. Puasa pada hari itu termasuk salah satu puasa sunat yang utama (afdal), seperti dijelaskan dalam hadis yang riwayat Muslim: “Puasa yang paling mulia sesudah puasa Ramadan ialah puasa bulan Muharam.” Nilai puasa asyura ini pada sisi Ilahi digambarkan dalam hadis lain, yang diriwayatkan Muslim: “Puasa pada hari asyura menghapuskan dosa satu tahun lampau.”

Manakala tatacara yang kedua ialah melakukan amal soleh pada hari asyura, iaitu perbuatan kebaikan, seperti membantu mereka yang ditimpa musibah atau malapetaka alam seperti banjir yang melanda negara sekarang, membantu fakir miskin, mereka yang sengsara dan lain-lain pekerjaan yang bersifat sosial dan perikemanusiaan.

Nabi menegaskan dalam satu sabdanya yang bermaksud: Barangsiapa melapangkan (meringankan, memberi) keluarganya dan ahlinya pada hari asyura, maka Allah akan memberikan kelapangan pula kepadanya dalam waktu tahun yang bersangkutan. (riwayat Baihaki).

Jadi cara meraikan hari asyura itu ialah dengan melakukan ibadah (puasa) dan melahirkan kesyukuran atau amaliah. Bukan dengan cara atau amalan bersedih atau menangisi kematian sesiapa terutama dengan perbuatan yang menyeksa dan menyakitkan diri sendiri. Atau pendekatan meraikan dengan kemeriahan yang melalaikan dan melampaui batasan agama, pesta hiburan yang merugikan walaupun Islam tidak pernah melarang hiburan dengan syarat ia membawa kebaikan, pembangunan jiwa yang sihat. Demikanlah cara yang dianjurkan dan dilakukan oleh Rasulullah SAW. yang harus dijadikan panduan umat Islam.

Jika kita perhatikan perkembangan tatacara memperingati atau membesarkan hari asyura itu sesudah zaman Rasulullah dan para sahabat, kita dapati banyak telah mengalami perubahan bahkan menyimpang, dan tidak sesuai dengan ketentuan-ketentuan Sunah Nabi.

Perkembangan-perkembangan itu ada kalanya dicelup dengan kepentingan-kepentingan satu golongan atau unsur-unsur lainnya yang bersifat tradisional.

Sebagai contoh, perayaan asyura dalam kalangan kaum Syiah. Mereka menghubungkan 10 Muharam dengan peristiwa terbunuhnya tokoh kaum Syiah, Hussin, putera Ali bin Abi Thalib. Dalam peperangan yang terjadi antara dua dinasti iaitu Muawiah di satu pihak, di suatu medan petempuran di padang Karbala (Iraq), Hussin tewas dan jenazahnya diperlakukan dengan cara yang sangat kejam. Peristiwa itu terjadi pada 10 Muharam, 61 H. (10 Oktober 680 M).

Untuk mengembalikan kenangan-kenangan syiah kepada peristiwa pahit yang menyedihkan itu, maka pada 10 Muharam mereka tetapkan sebagai hari berkabung yang diperingati dengan melakukan pelbagai upacara. Di dunia moden, kisah Hussin diceritakan kembali termasuk melalui kemudahan rakaman kaset atau video. Dengan cara ini, wacana tentang Karbala dapat didengar oleh jutaan orang. Peristiwa Karbala dilihat sebagai paradigma penindasan orang-orang yang tidak berdosa oleh mereka yang zalim, kenangannya mampu menjadi sumber kekuatan politik Syiah.

Jelas di sini bahawa cara yang ditetapkan oleh sunah ialah merayakan atau membesarkan hari asyura dengan berpuasa dan melakukan perkara-perkara kebaikan atau amalan bersifat sosial yang diredai Allah.

Catatan : Ibnu Majid

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com