MENYEMAI ILMU, MENUAI MANFAAT: PENTINGNYA PERTANIAN

Dalam Islam, pertanian dan penternakan amat penting kerana ia merupakan sumber makanan bagi umat manusia. Negara yang memberikan perhatian kepada pertanian tidak akan mengalami kebuluran di kalangan rakyatnya.

Di kalangan ilmuwan Islam tidak kurang juga yang memiliki kepakaran serta mahir dalam bidang tersebut. Beliau ialah Abu Zakaria Yahya bin Muhammad bin al-Awwam al-Isybil atau lebih dikenali sebagai Ibnu Al-Awwam.

Beliau dilahirkan di Seville dan hidup pada zaman kejatuhan peradaban Islam di Andalusia. Walaupun beliau menghadapi kesukaran dan pelbagai rintangan hidup, namun beliau tetap mampu menghasilkan kitab yang berkaitan dengan pertanian dan ternakan. Baginya, kitab mengenai pertanian ini penting bagi umat manusia.

Kitab pertanian yang dihasilkannya itu berjudul Al-Filahah yang mengandungi 34 fasal atau bab. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu pertanian dan penternakan.

Bahagian pertama menceritakan cara memilih tanah dan bagaimana untuk menyuburkannya, memilih baja, menyalurkan air dan cara menanam dan memilih benih pokok sama ada sesuai ditanam atau tidak.

Seterusnya beliau menerangkan cara menguruskan kebun bermula daripada kaedah memilih benih, jenis pokok yang boleh ditanam dan sesuai dengan tanah serta kawasan.

Beliau juga menunjukkan cara bagaimana untuk menyuntik pokok, mengahwinkan pokok, menyembuhkan penyakit pokok, serta cara menyimpan benih dan cara menyimpan buah-buahan yang kering atau basah.

Dalam bahagian kedua kitab Al-Filahah pula, Ibnu Awwam menerangkan mengenai dunia penternakan haiwan. Pada bab ini beliau menerangkan bagaimana menternak haiwan dan merawatnya termasuk cara pembedahan yang patut dilakukan ke atas haiwan sekiranya dihinggapi penyakit.

Kitab tersebut juga mempunyai satu bab khusus mengenai cara-cara memelihara kuda, termasuk pemakanan haiwan, dan rawatan yang harus diberikan.

Selain itu, beliau turut menerangkan cara bagaimana menunggang kuda, sama ada menunggang dengan membawa senjata atau tanpa senjata.

Ketinggian ilmu beliau dalam bidang penternakan tidak dapat dipertikaikan. Beliau turut menerangkan cara untuk memelihara unggas dengan sempurna dan baik malah beliau mampu mengulas secara terperinci.

Oleh kerana bukunya mengenai pertanian dan penternakan itu dianggap sangat berguna, maka ia telah diterjemahkan kepada beberapa bahasa, antaranya bahasa Sepanyol (dicetak di Madrid, 1802), Seville (1878) dan bahasa Perancis (dicetak di Paris 1865).

Dalam bidang tersebut, beliau telah mengkaji terlebih dahulu sebelum menghasilkan resolusi yang berkaitan dalam pertanian dan penternakan. Ibnu Awwam dianggap sebagai tokoh dan ilmuwan yang sangat teliti dalam mengembangkan ilmu yang diketahuinya.

Beliau menulis bukan saja berdasarkan teori semata-mata tetapi berasaskan amalan yang dilakukannya terlebih dahulu dan mempraktikkannya.

Sekiranya sesuatu tumbuhan itu tidak sesuai di sesuatu kawasan, beliau akan menyenaraikan sebab yang terjadi dan menerangkan apa yang harus dilakukan seterusnya. Ini membuktikan bahawa beliau seorang tokoh yang bertanggungjawab dan jujur dalam mengembangkan ilmu pertanian.

Selain itu, Ibnu Awwam juga berjaya mencipta cara menghasilkan pelbagai jenis bunga yang berwarna-warni dan menghasilkan buah epal di luar musim. Kisah tokoh ilmuwan ini telah menjadi kebanggaan umat Islam pada masa kini.

Hasil karya-karya beliau telah banyak diterjemahkan dalam pelbagai bahasa untuk rujukan terutama para petani dan peladang, juga penternak.

Dalam riwayatnya, beliau pernah berkata: “Sesiapa yang menyemai semaian atau terlibat dalam pertanian, lalu hasilnya dimakan oleh manusia, burung atau haiwan, maka ia adalah sedekah bagi dirinya.”

Catatan: Ibnu Al-Jawzi 

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com