MILIKI BANYAK NAMA

Di antara para ´wali sembilan´ atau Wali Songo, mungkin Sunan Drajat yang mempunyai nama paling banyak. Semasa muda, beliau dikenali sebagai Raden Qasim, Qosim, atau Kasim. Masih banyak nama lain yang digunakannya di dalam berbagai-bagai naskhah kuno. Misalnya, Sunan Mahmud, Sunan Mayang Madu, Sunan Muryapada, Raden Imam, Mahulana Hasyim, Syekh Masakeh, Pangeran Syarifuddin, Pangeran Kadrajat, dan Masaikh Munat.

Dia adalah putera Sunan Ampel daripada perkahwinan dengan Nyi Ageng Manila atau Dewi Condrowati. Empat putera Sunan Ampel lainnya adalah Sunan Bonang, Siti Muntosiyah, yang dinikahi Sunan Giri, Nyi Ageng Maloka, yang diperisterikan oleh Raden Patah, dan seorang puteri yang disunting oleh Sunan Kalijaga. Mengenai Sunan Drajat sendiri, tidak banyak naskhah yang mengungkapkan jejaknya.

Ada diceritakan, Raden Qasim menghabiskan masa kanak-kanak dan remajanya di kampung halamannya di Ampeldenta, Surabaya. Setelah dewasa, beliau disuruhn ayahnya, Sunan Ampel, untuk berdakwah di pesisir barat Gresik. Perjalanan ke Gresik ini merangkumkan sebuah cerita, yang kemudiannya berkembang menjadi legenda.

Maka, belayarlah Raden Qasim dari Surabaya, dengan menumpang perahu nelayan. Di tengah-tengah pelayaran, perahunya dilanda badai, dan pecah dipukul ombak di daerah Lamongan, sebelah barat Gresik. Raden Qasim selamat dengan berpegang pada dayung perahu. Kemudian, dia ditolong ikan cucut dan ikan talang – ada juga yang menyebut ikan cakalang.

Dengan menaiki kedua-dua ikan itu, Raden Qasim berjaya mendarat di sebuah tempat yang kemudian dikenali sebagai Kampung Jelak, Banjarwati. Menurut sejarah, peristiwa ini terjadi pada sekitar tahun 1485 Masihi. Di sana, Raden Qasim disambut baik oleh ketua kampung bernama Mbah Mayang Madu dan Mbah Banjar.

Kononnya, kedua-dua tokoh itu sudah diislamkan oleh pendakwah asal Surabaya, yang juga terdampar di sana beberapa tahun sebelumnya. Raden Qasim kemudian menetap di Jelak, dan menikahi seorang gadis bernama Kemuning, puteri Mbah Mayang Madu. Di Jelak, Raden Qasim mendirikan sebuah surau, dan akhirnya menjadi pesantren, tempat mengaji ratusan penduduk.

Jelak, yang pada mulanya cuma dusun kecil dan terpencil, lama kelamaan berkembang menjadi kampung besar yang mempunyai penghuni yang ramai. Namanya berubah menjadi Banjaranyar. Selang tiga tahun, Raden Qasim berpindah ke selatan, sekitar satu kilometer dari Jelak, ke tempat yang lebih tinggi dan bebas daripada banjir pada musim hujan. Tempat itu dinamakan Desa Drajat.

Bagaimanapun, Raden Qasim, yang mulai dipanggil Sunan Drajat oleh para pengikutnya, masih menganggap tempat itu belum strategik sebagai pusat dakwah Islam. Beliau lantas diberi izin oleh Sultan Demak, penguasa Lamongan ketika itu, untuk membuka lokasi baru (dipanggil lahan baru) di daerah perbukitan di selatan. Lokasi berupa hutan belantara itu dikenali penduduk sebagai daerah yang ‘keras’.

Menurut sahibul kisah, banyak makhluk halus yang marah berikutan pembukaan lahan tersebut. Mereka merasuk penduduk pada malam hari, dan menyebarkan penyakit. Bagaimanapun, Sunan Drajat mampu mengatasinya. Setelah pembukaan lahan selesai, Sunan Drajat bersama para pengikutnya membina permukiman baru, seluas kira-kira sembilan hektar.

Dengan petunjuk Sunan Giri, melalui mimpi, Sunan Drajat menghuni di pinggir perbukitan selatan, yang sekarang ini menjadi kompleks pemakaman, dan dinamakan Ndalem Duwur. Sunan Drajat mendirikan masjid agak jauh di barat daripada tempat tinggalnya. Masjid itulah yang menjadi tempat berdakwah, menyampaikan ajaran Islam kepada penduduk.

Sunan Drajat menghabiskan sisa hidupnya di Ndalem Duwur sehingga meninggal dunia pada tahun 1522. Di tempat itu kini dibina sebuah muzium bagi menyimpan barang-barang peninggalan Sunan Drajat – termasuk dayung perahu yang dulu pernah menyelamatkannya. Sedangkan lahan bekas tempat tinggal Sunan kini dibiarkan kosong.

Sunan Drajat terkenal dengan kearifan dan sifat kedermawanannya. Dia menurunkan kepada para pengikutnya kaedah atau perilaku yang tidak saling menyakiti, baik melalui perkataan mahupun perbuatan. “Bapang den simpangi, ana catur mungkur,” demikian petuanya. Maksudnya: “Jangan mendengar pembicaraan yang memburuk-burukkan orang lain, lebih-lebih lagi melakukan perbuatan itu.”

Sunan Drajat memperkenalkan Islam melalui konsep dakwah ‘bil-hikmah’, dengan cara-cara bijak, tanpa memaksa. Dalam menyampaikan ajarannya, Sunan Drajat mengaplikasikan lima cara, iaitu melalui pengajian secara langsung di masjid atau langgar, melalui penyelenggaraan pendidikan di pesantren, memberi fatwa atau petua dalam menyelesaikan sesuatu masalah, dan melalui kesenian tradisional.

Sunan Drajat kerap berdakwah melalui ‘tembang pangkur’ dengan iringan gendang. Terakhir, beliau juga menyampaikan ajaran agama melalui ritual adat tradisional selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Empat asas ajaran Sunan Drajat adalah:
1. Paring teken marang kang kalunyon lan wuta;
2. Paring pangan marang kang kaliren;
3. Paring sandang marang kang kawudan;
4. Paring payung kang kodanan.

Maknanya:
1. Berikan tongkat kepada orang buta;
2. Berikan makan kepada yang kelaparan;
3. Berikan pakaian kepada yang telanjang;
4. Berikan payung kepada yang kehujanan.

Sunan Drajat begitu prihatin terhadap masyarakat. Dia kerap berjalan mengelilingi kampung pada malam hari. Penduduk berasa aman dan terlindung daripada gangguan makhluk halus yang kononnya bermaharajalela sepanjang kerja-kerja pembukaan dan masa selepas kerja-kerja tersebut. Selalunya, selesai mengerjakan solat Asar, Sunan Drajat juga mengelilingi kampung sambil berzikir, mengingatkan penduduk untuk mengerjakan solat Maghrib.

“Berhentilah bekerja, jangan lupa solat,” katanya dengan nada memujuk. Dia selalu melawat penduduk kampung yang sakit, dengan mengubatinya menggunakan ramuan tradisional dan doa. Sebagaimana para wali yang lain, Sunan Drajat terkenal dengan kekeramatannya. Sumur (perigi) Lengsanga (leng sanga, maknanya lubang sembilan) di kawasan Sumenggah, misalnya, digali oleh Sunan Drajat ketika dia berasa letih dalam suatu perjalanan. Ketika itu, Sunan Drajat meminta pengikutnya mencabut ‘wilus’, sejenis ubi hutan.

Ketika kehausan, dia berdoa. Maka, daripada sembilan lubang bekas ubi itu memancar air bening – yang kemudian menjadi perigi. Dalam beberapa naskhah, Sunan Drajat dikatakan menikahi tiga perempuan. Setelah menikahi Kemuning, ketika menetap di Desa Drajat, dia mengahwini Retnayu Condrosekar, puteri Adipati Kediri, Raden Suryadilaga.

Peristiwa itu didikatakan berlaku pada tahun 1465 Masihi. Menurut Babad Tjerbon, isteri pertama Sunan Drajat adalah Dewi Sufiyah, puteri Sunan Gunung Jati. Dikisahkan juga, sebelum sampai di Lamongan, Raden Qasim sempat dihantar ayahnya berguru mengaji kepada Sunan Gunung Jati. Padahal, Syarif Hidayatullah itu bekas murid Sunan Ampel.

Di kalangan ulama di Pulau Jawa, bahkan hingga kini, memang terdapat tradisi ‘saling memuridkan.’ Dalam ‘Babad Tjerbon’ diceritakan, setelah menikahi Dewi Sufiyah, Raden Qasim tinggal di Kadrajat. Dia juga biasa dipanggil dengan panggilan Pangeran Kadrajat, atau Pangeran Drajat. Ada juga yang memanggilnya Syeikh Syarifuddin.

Bekas tempat tinggal Dunan Drajat sekarang ini dijadikan kawasan perkuburan, terletak di Kelurahan Drajat, Kecamatan Kesambi. Di situ, dibina sebuah masjid besar yang diberi nama Masjid Nur Drajat. Naskhah Badu Wanar dan naskhah Drajat mengisahkan bahawa daripada pernikahannya dengan Dewi Sufiyah, Sunan Drajat dikurniai tiga orang putera. Anak sulungnya bernama Pangeran Rekyana atau Pangeran Tranggana. Anak kedua, Pangeran Sandi, dan anak ketiga, Dewi Wuryan. Terdapat juga juga kisah yang menyebutkan bahawa Sunan Drajat pernah menikahi Nyai Manten di Cirebon, dan dikurniai empat orang putera. Bagaimanapun, kisah ini agak kabur, tanpa meninggalkan jejak yang meyakinkan.

Tidak jelas, apakah Sunan Drajat berhijrah di Jelak setelah berkeluarga atau belum. Bagaimanapun, kitab Wali Sanga Babadipun Para Wali mencatatkan: “Duk samana anglaksanani, mangkat sakulawarga…” Sewaktu disuruh oleh Sunan Ampel, Raden Qasim sekeluarga kononnya berangkat ke Gresik. Jika benar, di manakah keluarganya ketika perahu nelayan itu karam? Para ahli sejarah masih terus meneliti dan menyelidiki naskhah-naskhah kuno untuk mencari jawapannya.

Catatan : Ibnu Haura

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com