MISTERI LUBANG SULUK  TOK SELEHOR (XII)

Selepas dibina lebih 100 tahun lalu, lubang suluk Tok Selehor masih utuh dan dipelihara dengan baik oleh keturunan beliau sehingga kini. Suluk ini telah  digazet sebagai tempat pelancongan negeri kelantan.

Menurut cicit Tok Selehor, Mohd. Shauki Abd Majid, Tok Selehor selalunya menghabiskan masa sehingga 3 hari berturut-turut di dalam kubur buatannya itu tanpa menyalin pakaian atau bertemu sesiapa dengan menghabiskan masa bertafakur.

Ia adalah landasan untuknya mendekatkan diri kepada Pencipta (Allah), sekali gus menghilangkan sifat-sifat mazmumah dalam dirinya.

Inilah bisikkan (rasa glamor) yang dihapuskan melalui suluk, bermujahadah dengan kaedah takhali, tahali dan tajali (singkir/buang mazmumah, isi mahmudah dan rasakan keagungan Allah), yang merupakan kaedah mujahadatunnafs oleh Imam Al-Ghazali.

Kubur tersebut yang pada asalnya hanya berdindingkan tanah dan dibiar terbuka, kini telah diubahsuai dengan dibina sebuah bilik kecil pada tapak kubur suluk Tok Selehor. Terdapat satu Liang lahad didalamnya.

“Tujuannya untuk mengekalkan tapak bersuluk peninggalan Tok Selehor daripada hilang tertimbus dan sebagainya. Kubur suluk ini juga dibuka kepada orang ramai yang ingin memuhasabah diri dengan merasai gambaran mati di dalam kubur.”

Bagaimanapun ia terpaksa dipantau dan dikunci bagi mengelakkan perbuatan khurafat dan syirik berlaku. Idea membina tempat suluk ini bermula semasa Tok Selehor menuntut di Mekah. Seorang daripada gurunya pernah bertanya mengenai cita-citanya.

Antara jawapan Tok Selehor adalah beliau ingin menjadi penghulu bagi semua orang mati. Selepas tamat pengajian dan pulang ke tanah air, Tok Selehor menggali sebuah kubur berhampiran rumahnya untuk dijadikan tempat beliau bersolat dan mendekati Allah SWT.

Tujuan lain Tok Selehor menggali lubang itu supaya hati menjadi kecut (gerun dengan Allah) dan sentiasa mengingati mati (sebagai perantaraan untuk bertemu Allah yang dicintai dan dirindui).”

Catatan: Ibnu Majid

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com