PENUKANG GURINDAM DUA BELAS

Tokoh ini terkenal sebagai ulama serta sasterawan, juga intelektual Melayu terkemuka pada abad-19. Raja Ali Haji adalah keturunan bangsawan Bugis yang mendiami Pulau Penyengat, tidak jauh dari Tanjung Pinang (Pulau Bintan).

Ayahnya bernama Raja Ahmad. Manakala datuknya bernama Raja Haji, seorang pahlawan Bugis terkenal. Beliau tercatat juga pernah menjawat jawatan sebagai Yamtuan Muda (Yang Dipertuan Muda – setaraf Perdana Menteri) ke-4 dalam Kesultanan Johor-Riau.

Orang-orang Bugis tiba di kawasan tersebut sekitar abad ke-18. Pada ketika itu sedang berlaku perebutan kuasa antara para pewaris Kesultanan Johor setelah terbunuhnya Sultan Mahmud Syah II. Mereka ´bangga´ dengan asal-usul, hubungan kekerabatan dan tetap merasa sebagai golongan Melayu-Bugis.

Raja Haji (datuk kepada Raja Ali Haji) adalah Yamtuan Muda yang berjaya menjadikan kesultanan Johor-Riau sebagai pusat dagangan dan budaya paling penting di kawasan itu. Beliau meninggal dunia ketika bertempur melawan Belanda pada tahun 1784. Raja Haji meninggalkan dua orang putera, iaitu Raja Ahmad dan Raja Jaafar. Raja Ahmad (ayah Raja Ali Haji) adalah pengeran pertama dari Riau yang menunaikan fardu haji.

Beliau sangat menyukai bidang sejarah. Salah satu karyanya Syair Perang Johor menghuraikan tentang perang antara Kesultanan Johor dengan Kesultanan Aceh pada abad ke-17. Selain itu, Raja Ahmad juga orang pertama yang menyusun sebuah ´epos´ tentang sejarah orang Bugis di Kepulauan Melayu dan hubungan dengan raka-raja Melayu.

Bakat menulisnya itu turun kepada puteranya, Raja Ali Haji. Sejak masih remaja, Raja Ali sering mengikut ayahnya mengembara ke beberapa wilayah, termasuk ke Betawi, pelayaran perdagangan serta menunaikan fardu haji ke Tanah Suci. Pengalaman pengembaraan ini secara langsung memberikan wawasan serta pengetahuan yang luas kepada Raja Ali Haji.

Menginjak usia 20 tahun, beliau sudah diberi tanggungjawab melaksanakan tugas-tugas kenegaraan penting. Hingga usianya 32 tahun, Raja Ali bersama sepupunya, Raja Ali bin Raja Jaafar, diberi kepercayaan memerintah di daerah Lingga, mewakili Sultan Mahmud Muzaffar Syah yang masih berusia muda.

Memang sejak belia Raja Ali Haji dikenal sebagai ulama dan sering fatwanya terhadap sesuatu perkara diminta oleh kerabat kerajaan. Pengetahuannya dalam bidang agama begitu menonjol dan dimanfaatkan bagi membimbing para guru agama di Riau ketika itu. Pada waktu Raja Ali bin Raja Jaafar diangkat menjadi Yamtuan Muda pada tahun 1845, kedudukan Raja Ali Haji juga telah kukuh sebagai penasihat keagamaan negara.

Komitmen dan sumbangannya dalam bidang intelektual dapat ditelusuri daripada terhasilnya beberapa karyanya mengenai masalah agama, sastera, politik, sejarah, filsafat serta undang-undang atau hukum. Beliau memiliki kedudukan yang tinggi di kalangan para sahabatnya meskipun pada waktu itu terdapat ramai para intelektual lain.

Di bidang sastera, sebuah karyanya berjudul Hikayat Abdul Muluk merupakan karya sasterawan Riau yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1846. Sejak itu, banyak karya Raja Ali Haji diterbitkani. Dalam beberapa buah karyanya, beliau selalu menekankan bahawa satu-satunya jalan untuk membendung hawa nafsu dan mencegah terjadinya konflik adalah dengan taat kepada hukum Allah s.w.t yang telah digariskan kitab suci al-Quran.

Selain itu setiap individu harus menjaga nama baik, ilmu dan akalnya. Pada setiap pesan yang disampaikannya, Raja Ali kerap menyisipkan lukisan peristiwa nyata yang terjadi pada zamannya. Raja Ali juga tidak lupa menyoroti akhlak para pemimpin. Menurutnya, seorang raja yang tidak menghiraukan tugasnya dan menderhakai Tuhan tidak dapat diterima sebagai penguasa lagi.

Jawatannya itu harus diserahkan kepada orang lain yang lebih berwibawa. Adapun pemimpin yang baik, hurai Raja Ali, adalah pemimpin yang ´pantang´ melihat kemungkaran. Sebaliknya raja yang buruk pekertinya adalah raja yang bersifat sombong, boros, dan tidak mempedulikan kepentingan pendidikan.

Daripada sedemikian banyak hasil karya Raja Ali Haji, kelihatan tidak pernah meninggalkan ciri khasnya, iaitu mengakar pada tradisi kesusasteraan Islam serta Melayu, juga kesungguhannya dalam menyajikan sejarah masa lalu disesuaikan dengan tuntutan keadaan pada zamannya. Di samping itu, karyanya berjudul Gurindam Dua Belas (1847) menjadi karya begitu berharga bahkan paling menonjol di antara karyanya yang lain.

Menerusi karya-karyanya, membuktikan bahawa Raja Ali tidak hanya sekadar sejarawan dalam pengertian yang sempit. Beliau juga adalah guru memiliki komitmen memelihara nilai keislaman serta rasa tanggungjawab terhadap masyarakatnya, sehingga bagi mengabadikan karya-karyanya, pada awal tahun 1890, seluruh sanak saudaranya mendirikan perkumpulan bernama “Rusdyiah Club” yang bergerak dalam bidang pembinaan ummah serta penerbitan buku bersifat Islami. Raja Ali Haji dimakamkan di Pulau Penyengat yang memiliki nilai sejarah yang tinggi. Di pulau ini terdapat banyak peninggalan Kerajaan Melayu. Ketika pusat kerajan Riau dipindahkan ke Pulau Penyengat pada tahun 1900, di situ telah dibina sebuah istana yang diberi nama Kedaton.

Di kompleks pemakaman Engku Putri Raja Hamida terdapat makam Raja Ali Haji. Makam Raja Ali Haji terletak di luar bangunan utama Makam Engku Putri. Karyanya Gurindam Dua Belas diabadikan di sepanjang dinding bangunan makam tersebut. Setiap pengunjung dapat membaca atau mencatat karya besarnya yang luar biasa indahnya itu.

Gurindam Dua Belas merupakan karya besar Raja Ali Haji (1809-1872). Beliau dikenal sebagai seorang budayawan, dan penulis dengan karya-karya ´beraliran Riau´. Lahir sekitar tahun 1809 di Pulau Penyengat, sebuah pusat keilmuan Melayu-Islam yang penting pada abad ke-19. Beliau meninggal dunia pada usia 63 tahun dan dimakamkan di Pulau Penyengat pada tahun 1872.

Gurindam termasuk dalam bentuk puisi lama yang banyak terdapat dalam masyarakat Melayu. Gurindam yang terkenal ialah Gurindam Dua Belas karya Raja Ali Haji. Ini bukan bermaksud gurindam yang berjumlah dua belas buah. Ia adalah gurindam yang mengandungi dua belas fasal yang menyentuh persoalan ibadah, individu, tanggungjawab pemerintah, tanggungjawab anak terhadap ibu bapa, tanggungjawab ibu bapa terhadap anak, sifat-sifat bermasyarakat dan sebagainya.

Gurindam biasanya terdiri daripada sebuah kalimat majmuk yang dibahagi menjadi dua baris. Setiap baris itu merupakan sebuah kalimat dan perhubungan antara kedua-dua kalimat biasanya antara ´anak kalimat´ dengan ´induk kalimat´. Jumlah suku kata setiap baris tidak ditentukan, demikian juga iramanya tidak tetap. Gurindam adalah untuk menyatakan sesuatu yang benar melalui pepatah atau peribahasa.

Raja Ali Haji menerangkan guridam sebagai berikut: “adapun maksud gurindam itu, iaitu perkataan yang bersajak pada akhir pasangannya, tetapi sempurna perkataannya dengan satu pasangannya saja, jadilah seperti sajak yang pertama itu syarat dan sajak yang kedua itu jadi seperti jawab.”

Sebahagian petikan Gurindam Dua Belas:

… Barang siapa mengenal Yang Tersebut, tahulah ia makna takut

Barang siapa meninggalkan sembahyang, seperti rumah tiada bertiang

Barang siapa meninggalkan puasa, tidaklah mendapat dua termasa

Barang siapa meninggalkan zakat, tiadalah hartanya beroleh berkat

Barang siapa meninggalkan haji, tiadalah ia menyempurnakan janji …

Itulah gurindam daripada fasal kedua. Masih ada sebelas fasal yang semuanya penuh berisi pesan bermanfaat bagi semua.

Catatan : Ibnu Hayyan

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com