PERKAHWINAN TOK SELEHOR (XV)

Haji Abdul Rahman bin Haji Uthman bin Senik atau lebih dikenali dengan panggilan atau gelaran Tok Selehor  dilahirkan di Kampung Lubuk Jong di pinggir Sungai Selehor oleh ibunya Mek Wi binti Muhammad Amin. 

Pasangan Haji Uthman bin Senik dan Mek Wi binti Muhamad Amin begitu gembira menyambut kelahiran anak mereka pada suatu hari yang cerah dalam tahun 1871M.

Bayi lelaki yang berkulit putih itu diberi  nama Abdul Rahman. Kelahirannya disambut penuh tradisi masyarakat Melayu-Islam.

Sebaik sahaja dilahirkan selamat (anak dan ibu), Uthman memanjat doa kesyukuran diatas anugerah tersebut.

Selesai alunan seruan azan, guru al-Qur’an yang berasal dari Kok Keli yang beberapa tahun sudah berpindah ke Lubuk Jong (kini dikenali sebagai Kampung Kok Pasir) meniti harapan besar agar Abdul Rahman ‘menjadi orang yang berguna’.

Beliau diasuh dan dibesarkan di kampung itu dengan mandian air sungai Selehor yang tenang dan masam kelat.

 Sebagai seorang guru al-Qur’an yang terkenal, Haji Uthman sentiasa mempersiapkan Abdul Rahman dengan pendidikan secara tidak formal terutama bacaan ayat-ayat suci al-Qur’an sepanjang hari.

Abdul Rahman dibesarkan dalam suasana tersebut di samping beberapa nasihat dan motivasi mengenai kepentingan menjadi ‘orang yang berguna’, iaitu memahami dan menguasai ilmu.

 Memahami dan menguasai ilmu itu bukan sekadar mempunyai pengetahuan. Ia adalah suatu hakikat kehidupan yang mampu menjadikan seseorang memahami apa menjadi ajaran terbesar dalam Islam, yakni memahami dan mengamalkan prinsip ‘amar makruf, nahi mungkar’

Pada zaman itu, di Kelantan pengajian al-Quran dipandang sesuatu perkara yang amat penting.

Muda-mudi yang tidak menghabiskan al-Quran 30 juzuk itu dipandang dengan suatu pandangan hina dan sukar untuk mendapat pasangan.  

Bagi Tok Selehor beliau beruntung besar kerana bapanya seorang guru al-Quran yang menyebabkan beliau dapat menghabiskan pengajian al-Quran dengan bapanya sendiri.

Perkahwinan Tok Selehor

Tok Selehor berkahwin ketika usia masih remaja dengan isteri pertama, Wan Halimah bin Dollah dan dikurniakan tiga cahayamata, iaitu Haji Mohamad, Kalsum dan Abu Bakar.

Semasa belajar di Mekah, Tok Selehor berkahwin dengan Hajah Aishah binti Haji Mahmud yang berasal dari Penambang Kota Bharu, tetapi berpisah selepas kembali ke Kelantan. Dengan isteri kedua, mereka tidak dikurniakan zuriat.

Perkahwinan Tok Selehor dengan Che Chik binti Man dan dikurniakan seorang anak perempuan (Aisyah).

Sekembalinya Tok Selehor ke tanah air selepas 18 tahun belajar di Mekah, beliau berkahwin pula dengan Hajjah Mek binti Mat Saman dari Lambor, Wakaf Bharu. Dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Hajjah Khadijah dan Hajjah Maimunah. Allahyarhamah Hajjah Khadijah ini merupakan Ibu kepada Dato Dasuki Haji Ahmad

Perkahwinannya dengan beberapa orang wanita lainnya tidak dianugerahkan zuriat, dan ini bermakna dari  11 perkahwinan yang dilaluinya, Tok Selehor memperoleh 6 orang anak, iaitu dua orang lelaki dan empat perempuan.

Catatan: Ibnu Majid

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com