RIWAYAT HIDUP TOK SELEHOR (BAHAGIAN I)

Tok Selehor atau Tok Selehong, nama lengkapnya ialah Abdur Rahman bin Utsman bin Senik. Ulama’ Kelantan ini lahir di Kampung Lubuk Jong, tahun 1289 H/1872 M, meninggal pada malam Khamis, 18 Zulkaedah 1353 H/20 Februari 1935 M. Beliau diasuh dan dibesarkan di kampung itu dengan suasana asli mandian air Sungai Selehor yang tenang dan masam kelat (sedikit berasid).

Terdapat perselisihan mengenai tahun kelahiran Tok Selehor yang mana ada sesetengah pengkaji menyatakan Tok Selehor dilahirkan pada tahun 1289H/1872M manakala pendapat yang lain mengatakan beliau lahir setahun lebih awal iaitu pada tahun 1871M. Elok kita tinggalkan perselisihan itu, apa yang penting tokoh ternama dan termulia ini wujud serta tersohor di rantau Alam Melayu dan juga di Timur Tengah, khususnya di Makkah Al-Mukarramah.

Sejak kecil hingga dewasa sehingga menjadi seorang ulama termasyhur, Tok Selehor dibesarkan di bawah didikan kedua-dua ibu bapanya sendiri iaitu Haji Uthman bin Muhammad Amin dan emaknya Mek Wei binti Senik Muhamad Amin.  Sementara ibunya bernama Mek Wei binti Senik.

Hasil didikan kedua-dua orang tuanya yang juga merupakan guru Al-Quran begitu tegas sehingga terbina sebagai seorang tokoh ulama yang mempunyai keperibadian yang tinggi, kerana kedua-dua orang orang tuanya sangat mementingkan pendidikan agama, bukan sahaja sekadar ilmu bahkan diambil berat dan diperhatikan amalan agama sehingga menjadi sahsiah hidup harian beliau.

Kemudian dengan motivasi yang diberikan oleh ibu-bapa, lalu beliau menyambung pengajiannya ke Patani dan Makkah al-Mukarramah. Sehinggalah terbina sahsiah dan Tok Selehor menjadi terkenal sebagai seorang yang berani, pemurah, suka beribadat dan tidak suka bercakap perkara yang sia-sia (kecuali perkara yang bermanfaat, termasuk bergurau yang diharuskan), bahkan beliau dikenali ramai sebagai seorang ulama yang sangat zuhud, warak dan tawaduk.

Catatan: Ibnu Majid

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com