SEJARAH DAN ISU BID’AH MIHRAB NABI

Mihrab yang ada di sebahagian besar Masjid itu sebenarnya memiliki sejarah panjang. Al-Qur’an memberi gambaran bahawa mihrab telahpun wujud sejak pada masa Nabi Daud, Nabi Zakariya dan Siti Maryam. Namun mihrab pada masa itu bentuknya seperti bilik atau ruangan (lihat Tafsir Ibn Katsir), bukan seperti yang kita kenali sekarang ini iaitu semacam tempat yang menonjol ke depan tempat Imam berdiri memimpin solat.

Mihrab dalam pengertian yang pertama (bilik atau ruangan tertutup di dalam masjid) dianggap khas tradisi sebelum Islam. Namun mihrab dalam pengertian kedua, adalah mihrab khas dalam tradisi Islam. Akan tetapi, ternyata bentuk mihrab ini pun tidak ada di masjid Nabawi pada zaman Nabi Muhammad SAW. Maka pertanyaannya bid’ah kah membangun mihrab di Masjid untuk imam berdiri memimpin solat?

Seperti biasa, soal per-bid’ah-an ini sebaiknya kita tanya kepada mereka yang suka sekali berbicara soal bid’ah, iaitu kaum Wahabi. Sebutan istilah Wahabi ini merujuk pada ungkapan Syekh Bin Baz, Mufti Saudi Arabia, yang menggunakan istilah Wahabi untuk para pengikut Muhammad bin Abdul Wahab, seperti beliau ungkapkan dalam Majmu’ Fatawa Bin Baz (Jadi, tolong bantah saya apabila saya menggunakan istilah Wahabi!).

Syekh al-Albani, salah satu rujukan terbesar kelompok Wahabi, memfatwakan bahawa mihrab di dalam Masjid itu bid’ah sebab tidak ada riwayat dari Nabi yang memerintahkan membangun mihrab. Bahkan ada riwayat hadis hasan yang melarang membuat mihrab. Selain itu, kewujudan mihrab dianggap sebagai tradisi Yahudi dan Nasrani.

Namun demikian, fatwa Syekh al-Albani ini berbeza dengan fatwa Syekh Bin Baz yang menghukum harus membangun mihrab kerana generasi sebelumnya telah membuat mihrab dan banyak manfaatnya seperti memberi makluman bahawa itu bangunan masjid dan sebagai petunjuk arah kiblat.

Menurut Syekh Utsaimin, seorang ulama besar Wahabi yang lain, berpendapat kalaupun ada larangan Nabi untuk membuat mihrab, itu merujuk kepada pengertian yang pertama, iaitu mihrab tradisi Yahudi dan Nasrani, bukan mihrab dalam bentuk yang sekarang ini.

Perbezaan fatwa di kalangan ulama Wahabi ini menunjukkan bahawa memang satu perkara yang lazim bagi para ulama berbeza pendapat. Hatta, di kalangan yang sama-sama mengaku berpegang teguh pada al-Qur’an dan Hadis pun, para ulamanya berbeza pandangan. Hadis yang dipegang oleh Syekh al-Albani di atas dianggap daif oleh ulama lainnya atau dimaknai secara berbeza. Begitupun juga di kalangan ulama Ahlus Sunnah wal Jama’ah (Aswaja) juga ada yang membid’ahkan mihrab, iaitu Imam Jalaluddin al-Suyuthi.

Jadi, kalau sesama Wahabi berbeza pandangan, dalam isu lain boleh juga berlaku pandangan seorang ulama wahabi bersesuaian dengan pandangan seorang ulama Aswaja. Dan dalam pembahasan lain, boleh jadi mereka semua saling berbeza pandangan. Dalam tradisi ilmiah hal ini dimungkinkan terjadi. Jadi, tidak perlu berdegil menyalahkan pihak lain dan merasa sebagai pihak yang paling sahih berpegang pada Qur’an dan Sunnah.

Namun sejak bilakah mihrab mulai dibina di dunia Islam?

Mihrab dalam pengertian seperti tempat Imam memimpin shalat memang tidak ada pada zaman Nabi. Tapi apakah sesuatu yang tidak ada pada zaman Nabi dan diadakan pada masa kemudian langsung dihukumi bid’ah? Mihrab itu kan hanya salah satu 'alat' beribadah, bukan bahagian dari ibadah itu sendiri. Yang disebut bid’ah itu hanya berkenaan dengan inti ibadah mahdah sahaja. Kalau tidak dapat membezakan yang mana satu ibadah mahdah dan mana yang ghairu mahdah, maka kita terjebak dengan sikap "semua perkara yang tidak terdapat pada zaman Nabi dianggap bid’ah".

Mihrab yang kita kenali sekarang ini dibina pada masa Khalifah Mu’awiyah menurut satu pendapat. Pendapat lain mengatakan mihrab di Masjid Nabawi mula dibina pada masa Umar bin Abdul Azis sebagai Gabenor Madinah pada masa Khalifah al-Walid I (Khalifah keenam  Bani Umayyah). Pembinaan masjid yang melibatkan pembangunan mihrab ternyata diterima oleh para sahabat dan tabi’in pada masa itu.

Diduga kuat, Nabi Muhammad pernah solat di tempat mihrab yang pada saat ini terdapat di Masjid Nabawi, di antara mimbar dan makam Nabi. Di Masjid Nabawi sendiri saat ini ada lima mihrab lainnya, yang tempatnya berlainan: Mihrab Utsmani, Mihrab Sulaiman, Mihrab Tahajud, Mihrab Fatimahdan Mihrab Tarawih. Kalau memang mihrab itu bid’ah, maka terdapat 6 bid’ah di masjid Nabawi sekarang ini. Mujurlah jumhur ulama menganggap mihrab di dalam masjid itu bukan bid’ah. Itulah pula sebabnya masjid di tanah air dan belahan dunia lainnya banyak yang menggunakan mihrab.

Pada mihrab
Ku bersujud Ya Rabb
Meski aku bukan orang Arab
Semoga hati kita terasa akrab

Oleh: Nadirsyah Hosen (nadirhosen.net)

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com