SIAPA ABU NAWAS DAN HARUN AL-RASHID DALAM CERITA 1001 MALAM?

Cerita Abu Nawas dan Khaifah Harun Al-Rashid bukan asing bagi masyarakat Malaysia bahkan di Nusantara. Semasa dibangku sekolah kami dihiburkan dengan pelbagai kisah bagaimana orang yang bernama Abu Nawas itu menipu raja dan macam-macam cerita menarik. Hari ini pelbagai cerita yang dipetik dari Kisah 1001 Malam, digarap melalui filem, drama, novel, komik dalam pelbagai bahasa dan pendekatan.

Konon pada zaman Khalifah Harun Al-Rasyid (pemimpin Dawlah Bani Abbasiyyah), hiduplah seorang pujangga atau sasterawan yang bernama Abu Nuwas (Abu Nawas). Khalifah mempunyai hubungan rapat dengan Abu Nuwas ini, sedangkan Abu Nuwas adalah seorang pemabuk, suka menghabiskan masa dengan wanita, mendengarkan muzik, menari serta perbuatan lain sehingga khalifah turut terjebak melakukan perkara yang sama karena bersahabat dengan Abu Nawas.

Kisah ini sangat masyhur di nusantara dan mungkin juga di negara lain di planet bumi ini. Sehingga kalau disebut di kalangan orang banyak tentang Harun Al-Rasyid, maka yang terbayang dalam fikiran mereka bahawa khalifah seorang pemimpin tidak berwibawa suka kepada muzik, wanita diiringi dengan minum khamr (arak). Jarang di antara kaum muslimin mengetahui siapa sebenarnya Khalifah Harun Al-Rasyid?

Cerita 1001 malam

Asal-usul cerita ini bersumber dari sebuah buku dongeng – Alfu Lailatin wa Lailah (cerita seribu satu malam). Buku ini dari lembar pertama sampai terakhir hanyalah berisi dongeng yang berarti ia sebuah cerita khayalan yang tidak berpegang kepada asal-usul sanad yang terpercaya. Cerita khayalan seperti Ali Baba dengan 40 penyamun, Aladdin dengan lampu ajaibnya termasuk kisah Abu Nawas dengan Harun Al-Rasyid.

Abu_Nawas.jpg

Wajah Abu Nawas yang digambarkan oleh Khalil Ghibran.

Buku ini dikatakan berasal dari India dan Parsi. Lalu dialihbahasakan ke dalam bahasa Arab pada sekitar abad ketiga hijrah. Kemudian ada pihak menambah beberapa cerita lain sehingga zaman Dawlah Mamalik. Buku ini sama sekali bukan buku sejarah, dan sama sekali tidak boleh menjadi landasan untuk mengetahui keadaan umat tertentu pada masa itu.

Oleh karena itu, ada ulama sepakat melarang umat Islam membaca dan menjadikannya sebagai buku sejarah. Di antara mereka adalah Al-Ustadz Anwar Al Jundi yang berkata, buku Alfu Lailatin wa Lailah adalah karya yang bercampur baur tanpa penulis. Buku ini disusun dalam perjalanan waktu yang pelbagai. Kebanyakan isinya menggambarkan keadaan sosial masyarakat sebelum kedatangan Islam di Parsi, India, dan berbagai negeri paganis lainnya.

Ibnu Nadim dalam Al-Fahrasat berkata tentang buku ini, – Itu adalah buku yang penuh dengan kedunguan dan kejelekan. Manakala banyak lagi ulama berpendapat sedemikian – Sila lihat karya Syaikh Masyhur Hasan Salman dalam Kutubun Hadzara minha Ulama (2:57).

Seorang tokoh hadis, Syaikh Shalih Al Fauzan pernah ditanya, sebahagian buku sejarah terutama buku Alfu Lailatin wa Lailah menyebutkan bahawa Khalifah Harun Al-Rasyid adalah seorang yang dikenali sebagai pemimpin suka berfoya-foya, suka minum arak dan mencintai wanita. Apakah ini benar?”

Beliau menjawab, “Ini adalah satu pendustaan dan tuduhan yang dihembuskan ke dalam sejarah Islam. Buku Alfu Lailatin wa Lailah adalah sebuah buku yang tidak boleh dijadikan sandaran. Tidak selayaknya seorang muslim menghabiskan waktu untuk menelaah buku tersebut. Khalifah Harun Al-Rasyid, dikenali seorang yang salih dan istiqamah dalam agamanya, bersungguh-sungguh dan bagus dalam mengatur masyarakatnya.

Kisah sebenar Khalifah Harun Al-Rashid diceritakan dalam buku sejarah Islam terkenal Al-Bidayah Wa Al-Nihayah.

Harun Al-Rashid satu tahun menunaikan haji dan tahun berikutnya berjihad. Tuduhan buruk terhadap beliau adalah sebuah pendustaan yang terdapat dalam buku ini. Tidak layak bagi seorang muslim untuk membaca buku ini kecuali buku yang ada faidahnya seperti buku sejarah yang terpercaya, buku tafsir, hadis, fiqih, dan aqidah yang dengannya seorang muslim akan alim dalam urusan agamanya. Adapun buku (alfu lailah wal lailah) tidak berharga, tidak layak seorang muslim terutama penuntut ilmu menghabiskan waktu dengan membaca buku seperti itu.” (Nur Ala Darb, Fatawa Syaikh Shalih Fauzan Hal. 29)

Hakikat Cerita Ini

Dari keterangan di atas, tiada lagi keraguan bahawa kisah tentang Khalifah Harun Al-Rasyid seperti yang digambarkan tadi adalah sebuah pendustaan. Banyak ulama menyatakan bahawa itu adalah satu pembohongan.

Di antara mereka ialah – Syaikh Shalih Fauzan, (sebagaimana nukilan dari beliau di atas), Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin, (Fatawa Islamiyyah, 4:187), Syaikah Salim bin Id Al-Hilali (Al-Jama’at Islamiyyah, Hal. 430). Atas dasar ini, maka alangkah baiknya kalau kita sedikit mengetahui perjalanan hidup kedua orang ini, agar kita dapat mengetahui siapa sebenarnya Abu Nawas dan benarkah tuduhan terhadap Khalifah Harun Al-Rasyid.

Siapakah Abu Abu Nawas

Nama sebenarnya ialah Abu Ali Hasan bin Hani’ al-Hakami, penyair yang sangat masyhur pada zaman Bani Abbasiyyah. Kehebatannya dalam menggubah syair membuat dia sangat terkenal sehingga dianggap sebagai pemimpin penyair di zamannya di Baghdad.

Namun perjalanan hidupnya banyak diwarnai dengan kemaksiatan, dan itu banyak juga mewarnai syair-syairnya. Sehingga dikatakan dia banyak berbicara tentang masalah khamr, sehingga kumpulan syairnya ada yang disebut khamriyyat.

Abu Amr Asy-Syaibani berkata, “Seandainya Abu Nuwas tidak mengotori syairnya dengan kotoran-kotoran ini, nescaya syairnya akan dijadikan hujjah dalam buku-buku kami.”

Bahkan sebahagian orang ada menyebutnya sebagai zindiq meskipun pendapat ini tidak disetujui oleh sebahagian ulama. Di antara yang tidak menyetujui tuduhan zindiq terhadap Abu Nawas ialah Imam Al-Hafizh Ibnu Katsir dalam Al-Bidayah wa An-Nihayah (14:73), ketika menyimpulkan tentang kehidupan Abu Nuwas beliau berkata, kesimpulannya, para ulama banyak menceritakan peristiwa kehidupannya, juga tentang syair-syairnya yang mungkar, penyelewengannya, kisahnya yang berhubungan dengan masalah khamr, kekejian, suka dengan anak-anak kecil yang comel serta kaum wanita sangat banyak dan keji, bahkan ada yang  menuduhnya sebagai penzina. Walau bagaimanapun ada juga disebutkan dalam buku sejarah bahawa Abu Nawas telah bertaubat diakhir hayatnya.

Siapakah Khalifah Harun Al-Rasyid?

Beliau adalah Amirul-Mukminin Harun Al-Rasyid bin Mahdi al-Qurasyi al-Hasyimi. Beliau adalah salah seorang Khalifah Bani Abbasiyyah, bahkan pada masa beliaulah Bani Abbasiyyah mencapai zaman keemasannya.

Beliau dikenal sebagai raja yang dekat dengan ulama, menghormati ilmu, dan banyak beribadah serta berjihad. Disebutkan dalam berbagai buku sejarah yang terpercaya bahawa beliau sering menunaikan haji pada suatu tahun dan tahun berikutnya berjihad, begitulah seterusnya.

Al-Hafizh Ibnu Katsir berkata, perjalanan hidup khalifah itu sangat bagus. Beliau seorang raja paling banyak berjihad dan menunaikan ibadah haji. Setiap hari beliau bersedekah dengan hartanya sendiri sebanyak seribu dirham. Kalau pergi menunaikan haji beliau akan mengajak seratus ulama dan anak-anak mereka, dan semasa tidak menunaikan haji, beliau membiayai tiga ratus orang untuk menunaikan rukun Islam kelima itu. Harun Al-Rasyid sangat mencintai ulama dan pujangga. Cincin beliau berukir kalimat La ilaha ilallah, beliau mengerjakan solat setiap harinya seratus rakaat sehingga meninggal dunia. Hal ini tidak pernah beliau tinggalkan kecuali kalau sedang sakit. – (Al-Bidayah wa Al-Nihayah, 14:28)

Inilah sekilas tentang kehidupan Khalifah Harun Al-Rasyid meskipun kita mengakui sebagai manusia biasa beliau pun banyak memiliki cacat dan kelemahan. Namun keutamaan dan kebaikan beliau jauh melebihi kelemahannya. Syaikh Abu Syauqi Khalil menulis sebuah buku berjudul Harun Al-Rasyid Amirul-Khulafa wa Ajallu Mulukid-Dunya (Harun Al-Rasyid Pemimpin Para Khalifah dan Raja Dunia Teragung) yang mana buku ini banyak dipuji oleh Syaikh Masyhur Salman dalam beberapa tempat di dalam buku Kutubun Hazdzara minha Ulama. – (Lihat kehidupan Harun Al-Rasyid dengan agak terperinci pada Al-Bidayah wa Al-Nihayah, 14:27-48, Siyar A’lamin Nubala, 8:163-188), Wallahu a’lam.

Catatan: Ibnu Fattah

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com