UMMUL MUKMININ SITI KHADIJAH

Wanita pertama yang memeluk Islam dan juga isteri kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah Siti Khadijah binti Khuwailid. Ummul Mukminin (ibu orang mukmin) ini lahir di Mekah pada 556 Masihi.

Khadijah al-Kubra adalah seorang wanita terhormat, yang dihormati dan dipandang tinggi serta suka menolong orang yang lemah dan yang memerlukan. Siti Khadijah merupakan seorang janda tatkala bernikah dengan Nabi Muhammad s.a.w.

Baginda s.a.w pada ketika itu yang digelar ‘al-Amin’ memperdagangkan barangan Siti Khadijah serta mendapat keuntungan. Siti Khadijah melamar Rasulullah s.a.w kerana tertarik dengan peribadi baginda.

Usia Siti Khadijah ketika itu ialah 40 tahun dan Rasulullah 25 tahun. Siti Khadijah benar-benar telah jatuh hati dan terpikat terhadap Nabi dan telah menyebabkan hatinya terbuka untuk mendirikan rumah tangga walaupun dengan seorang pemuda yang tidak punya apa-apa itu.

Malah dikatakan perasaan beliau terhadap Nabi Muhammad itu tidak boleh ditahan-tahan atau dihalang-halang lagi sehingga beliau berkata: “Jika segala kenikmatan hidup diserahkan kepadaku, dunia dan kekuasaan para raja Iran (Parsi) dan Romawi diberikan kepadaku, tetapi aku tidak hidup bersama Muhammad, maka semua itu bagiku tidak lebih berharga daripada sebelah sayap seekor nyamuk.”

Siti Khadijah berasal daripada Bani Quraisy, iaitu kaum satu suku yang dipandang tinggi oleh masyarakat Arab ketika itu. Beliau ialah anak perempuan pasangan Khuwailid bin Asad dan Fatimah binti Zaidah berasal daripada kabilah Bani Asad dari suku kaum Quraisy namun dikatakan bapanya itu terbunuh dalam peperangan Fujjar.

Isteri Rasulullah ini adalah wanita Muslim yang patut dicontohi oleh umat Islam. Tugas dan tanggungjawab sebagai isteri dengan memberikan dorongan dan semangat kepada Rasulullah s.a.w dilaksana sebaik mungkin.

Meskipun tanggungjawabnya sebagai pengurus rumah tangga amat besar, namun berjaya membantu ekonomi keluarga, juga masyarakat sekitarnya.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Ketika aku miskin, Khadijah memberiku kekayaan. Ketika orang menganggapku gila, ia tetap percaya kepadaku.”

Siti Khadijah juga yang menenangkan Nabi Muhammad s.a.w dengan penuh kasih sayang selepas pulang daripada menerima wahyu yang pertama di Gua Hira melalui Jibril.

Siti Khadijah memiliki pemikiran tentang keIslaman yang cukup penting. Beliau sering berkata bahawa manusia adalah makhluk yang merupakan sumber penjelmaan daripada kebesaran Allah s.w.t. Allah memerhatikan kelakuan manusia dan memberikan ganjaran.

Menurutnya, Allah menyukai perbuatan yang dilakukan dengan keluhuran hati dan menolong sesama insan terutama kepada golongan lemah.

Siti Khadijah jatuh sakit dan meninggal dunia setelah kaum kafir Quraisy memulaukan Nabi Muhammad dan pengikutnya.

Tekanan daripada kaum Quraisy itu membuatkan Siti Khadijah jatuh sakit dan meninggal dunia. Jasadnya disemadikan di Mekah, lalu dikenali dengan nama al-Hajun.

Perkahwinan Siti Khadijah dengan Rasulullah s.a.w dikurnia dengan dua orang putera dan empat orang puteri; Qasim, Abdullah, Zainab, Ruqaiyah, Ummu Kalthum, dan Fatimah (Fatimah az-Zahra). Fatimah kemudiannya berkahwin dengan Ali bin Abi Talib, manakala Ruqaiyah berkahwin dengan Uthman bin Affan. Setelah Ruqaiyah meninggal dunia, Ummu Kalthum pula diperisterikan oleh Uthman. Manakala Qasim dan Abdullah meninggal dunia semasa masih kecil.

Catatan: Ibnu Hayyan

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com