SUKU KURDI

Bangsa Keturunan Indo- Eropah yang menduduki wilayah Kurdistyan (tanah orang Kurdi) disebut suku Kurdi. Wilayah yang sebahagian besar terdiri daripada kawasan pergunungan itu kini meliputi bahagian utara Iraq, bahagian timur Turki, bahagian barat daya Iran dan sebahagian kecil Syria. Ada juga orang Kurdi yang mendiami wilayah Kaukasus. Jumlah mereka dianggarkan sekitar 15 juta orang. Bahasa Kurdi hamper sama dengan bahasa Parsi, walaupun asal usul bangsa mereka tidak diketahui secara pasti. Sebahagian besar orang Kurdi sudah memeluk agama Islam sejak abad ke- 17. Meskipun telah lama berusaha mendapatkan kemerdekaan, hingga kini bangsa Kurdi masih belum mempunyai Negara sendiri.

Kurdistan Raya

Kurdi ialah sebuah bangsa tanpa Negara. Orang Kurdi telah berusaha berkali- kali untuk mencapai kemerdekaan dan membentuk Negara sendiri, namun hingga kini usaha itu belum berjaya. Akhirnya, sejumlah orang Kurdi mula meninggalkan cita- cita mereka dan menubuhkan sebuah “Kurdistan Raya” kerana mereka terus mengalami kegagalan. Mereka mula bersikap realistic dan menerima tawaran pemberian autonomi dari Negara tempat tinggal mereka dan mula menyesuaikan diri serta berintegrasi dengan Negara baru mereka itu. Wanita suku Kurdi dengan pakaian tradisional mereka. Sejak dahulu, orang Kurdi hidup berpindah- randah (nomad). Namun selepas Perang Dunia 1, ketika banyak Negara menetapkan sempadannya, suku Kurdi mula terdesak dan terpaksa menetap di kawasan mereka bermukim. Meskipun merupakan komuniti besar, mempunyai bahasa serta kebudayaan sendiri, bahkan menduduki wilayah tertentu, orang Kurdi hingga kini belum mempunyai negara sendiri.

Cara Hidup

Sejak zaman prasejarah, orang Kurdi berburu di wilayah pergunungan yang telah dikuasai mereka. Kini, masih ada beberapa suku Kurdi yang mempertahankan cara hidup berpindah- randah, sementara yang lain sudah mula duduk tetap. Mereka yang menetap di kawasan tertentu hidup bertani, manakala yang lainnya mencari bahan makanan di pergunungan pada masa panas dan kembali ke kampong mereka di lembah pada musim dingin.

Agama

Sebahagian besar orang Kurdi memeluk agama Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sebahagian mereka adalah pengikut Tarekat Qadiriyah dan Naqsyabandiah, yang mula berpengaruh kuat di wilayah Kurdistan sejak abad ke- 19. Sementara itu, orang Kurdi yang tinggal di sebelah selatan Iran dan tenggara Iraq menganut Islam Syiah. Yang selebihnya, iaitu sebahagian kecil orang Kurdi merupakan penganut agama Kristian, Ortodoks dan Yahudi.

Syeikh Ibrahim

Banyak tokoh terkenal bangsa Kurdi yang berperanan besar dalam Islam. Salahuddin Yusuf al- Ayubbi, panglima Islam terkenal dalam Perang Salib, ialah orang Kurdi, Ja’far bin Hasan bin Abdul Karim (1690 – 1766), penulis kitab ‘Iqd al- Jawahir (Rantai Pertama) atau Barzanji, merupakan keturunan Kurdi dari daerah Barzinji. Selain itu, banyak ulama di tanah suci Makkah, seperti Syeikh Ibrahim (1615- 1690) yang pernah menjadi guru kepada beberapa ulama dari Asia Tenggara.

Oleh: Marina Sufian

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com