SYAH WALIYULLAH


Salah seorang tokoh baru dan ahli sufi terkemuka dari India adalah Syah Waliyullah. Nama sebenarnya adalah Qutubuddin Ahmad Syah Waliyullah bin Abdurrahim ad-Dihlawi. Beliau di lahirkan di Delhi dan digelar ‘Dihlawi’ (orang Delhi). Syah Waliyullah berasal dari keluarga terkenal. Salasilah keluarganya sampai kepada Umar bin Khattab dari garis ayahnya dan Ali bin Abi Talib dari garis ibunya. Beliau memperolehi pendidikan dari ayahnya sendiri, Abdurrahim, seorang sufi dan ulama pendiri Madrasah Rahimiah di Delhi. Di madrasah itulah beliau belajar ilmu keagamaan, termasuk tasawuf.


Syah Waliyullah bermukim di Mekah dan Madinah selama dua tahun. Beliau banyak memperolehi ilmu keagamaan, terutama tentang hadis dan tasawuf, dari ulama-ulama terkemuka di kedua kota suci tersebut. Gurunya yang paling penting di Tanah Suci itu adalah Syekh Abu Tahir al-Madani, seorang ulama Syafi’I dan sufi terkemuka di Hijaz pada saat itu,. Beliau juga menerima ijazah untuk mengajar dan meriwayatkan hadis.


Syah Waliyullah berusaha mendamaikan doktrin wahdatul wujud (kesatuan wujud) Ibnu Arabi dengan doktrin wahdat asy-syuhud (kesatuan kesaksian) oleh Ahmad Sirhind. Beliau meyakini bahawa keduanya benar. Beliau mengatakan bahawa selama ini wahdat al-wujud sering difahai sebagai doktrin yang menghilangkan perbezaan antara Tuhan dan alam. Ini pemahaman yang keliru. Sebenarbnya, wahdat al-wujud tetap mempertahankan perbezaan antara Tuhan dan alam. Oleh hal yang demikian, mempertahankan perbezaan itu bermakna wahdat al-wujud tidak bertentangan dengan wahdat asy-syuhud.


Pemikiran Syah Waliyullah memiliki pengaruh besar di dunia Islam. Di India sendiri, pengaruhnya disebarkan kepada murid-murid dan anak-anaknya, terutama anaknya yang pertama, Syah Abdul Aziz. Melalui Abdul Aziz unsure pemurnian alam ajarannya menjadi lebih domminan, namun tetap tidak menghilangkan sufi ortodoksnya. Gerakan ini semakin kuat di tangan murid-muridnya Syah Abdul Aziz yang kemudian mengubah menjadi sebuah gerakan jihad.


Syah Waliyullah pemnyampaikan pemikirannya melalui karya-karya yang dihasilkannya.Melalui hasil-hasil karya itu, beliau berjuang untuk memperbaiki keadaan umat Islam India yang saat itu sedang dalam krisis politik, sosial, intelektual dan keagamaan. Salah satu karyanya yang terkenal adalah kitab al-Fauz al-Kabir fi Usul at-Tafsir (Kemenangan Besar dalam Usul Tafsir0.

Syah Waliyullah mengemukakan secara berani pendapatnya yang asli dalam bidang ilmu-ilmu Al-Quran.

Catatan : Ibnu Fattah

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com