SYEIKH MUHAMMAD ABDUH

Biodata Syeikh Muhammad Abduh
1. Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Abduh bin Hasan Khairullah.
2. Dilahirkan dalam keluarga petani di Tanta Mesir pada tahun 1265 hijrah bersamaan dengan tahun 1849 Masihi.
3. Pada tahun 1882, Syeikh Muhammad Abduh dibuang negeri kerana tertuduh terlibat dengan pemberontakan Urabi.
4. Semasa menjalani hukuman tersebut beliau pergi ke Perancis.
5. Di Perancis beliau menerbitkan majalah Al-Urwatul Wusqa bersama gurunya Sayyid Jamaluddin Al-Afgani.
6. Antara jawatan yang pernah disandang oelh Syeikh Muhammad Abduh ialah:
    (a) Guru di Masjid Al-Husaini di Mesir.
    (b) Pensyarah di Darul Ulum Mesir.
    (c) Guru di sekolah Al-Sultaniah, Beirut;
    (d) Ketua editor akhbar Al-Waqai’ Al-Misriyyah di Mesir.
    (e) Ketua Hakim Mahkamah Rayuan Mesir.
    (f) Mufti Kerajaan Mesir.
7. Syeikh Muhammad Abduh meninggal dunia pada tahun 1314 Hijrah bersamaan dengan tahun 1905 Masihi di Iskandariah, Mesir.

Keperibadian Syeikh Muhammad Abduh
1. Beliau memiliki sifat keperibadian yang tinggi. Beliau berani menyatakan idea-idea islahnya walaupun terpaksa berhadapan dengan rintangan yang besar.
2. Beliau seorang yang tegas tetapi penyayang kepada anak-anak muridnya. Beliau menubuhkan Al-Jamiah Al-Khairiah Al-Islamiah untuk membantu murid-muridnya yang menghadapi msalah kewangan.
3. Belaiu merupakan seorang tokoh ulama berketrampilan. Beliau diberi kepercayaan untuk menyandang beberapa jawatan penting negara seperti hakim Mahkamah Rayuan Mesir, ahli Majlis Perguruan Universiti Al-Azhar Mesir, dan Mufti Kerajaan mesir.
4. Berdaya kreatif dalam menghasilkan tulisan-tulisan yang bernas sehingga dapat mempengaruhi pemikiran umat islam.

Pendidikan Syeikh Muhammad Abduh
1. Semasa kecil, Syeikh Muhammad Abduh belajar membaca dan menulis daripada bapanya Abduh.
2. Beliau mempelajari serta menghafaz Al-Quran dalam masa 2 tahun.
3. Seterusnya beliau mempelajari ilmu bahasa Arab di Masjid Al-Ahmadi.
4. Beliau mempelajari ilmu tasawuf dan tatabahasa Arab dari Syeikh Darwisy Khudr dan Syeikh Darwisy.
5. Semasa di Universiti Al-Azhar, beliau mempelajari pelbagai ilmu termasuk matematik dan falsafah dengan Syeikh Hasan Al-Tawil.
6. Beliau memperoleh ijazah dari Universiti Al-Azhar pada 1877 Masihi.
7. Pada tahun 1896 Masihi, beliau berkesempatan bertemu dengan Sayyid Jamaluddin Al-Afghani yang mengunjungi Mesir. Pada kesempatan itu, beliau sempat mendalami bidang akademik dan pemikiran islam.

Faktor Syeikh Muhammad Abduh melakukan islah dalam sistem pendidikan.
1. Inspirasi gerakan islah Sayyid Jamaluddin Al-Afghani yang menjurus ke arah mewujudkan integrasi ilmu.
2. Kesedaran Syeikh Muhammad Abduh terhadap keperluan kepada islah dalam kurikulum sekolah dan Universiti yang sudah ketinggalan zaman.
3. Sistem pendidikan semasa itu yang menjurus ke arah taklid buta dan pasif (jumud).
4. Kekurangan prasarana pendidikan serta bentuan dari kerajaan Mesir kepada golongan miskin.
5. Kadar gaji guru yang rendah.

Metode islah Syeikh Muhammad Abduh
1. Disebabkan proses islah memakan masa yang panjang dan dengan strategi yang baik, Syeikh Muhammad Abduh menggunakan pelbagai metode untuk menyalurkan idea-idea islahnya.
2. Antara idea-idea islah beliau ialah:
    A. Melalui proses pengajaran di Masjid Al-Husain, Darul Ulum, dan Universiti Al-Azhar.
    B. Melalui media massa seperti majalah Al-Urwatul Wusqa, akhbar Al-Waqai’ Al-Misriyyah dan Al-Ahram.
    C. Melalui karya ilmiah beliau seperti risalah Al-Tauhid,Tafsir Juz Amma, Al-Tahrir Fi islah Al-Mahakim Al-Syariah, Al-Islam Wa Al-Rad Ala Muntaqidih, dan Al-Islam Wal Nasraniah Ma’al-‘Ilm Wal Madaniah.
    D. Melalui jawatan-jawatan yang disandangnya seperti hakim Mahkamah Rayuan Mesir, ahli Majlis Perguruan Universiti Al-Azhar Mesir,dan Mufti kerajaan Mesir.

Sumbangan Syeikh Muhammad Abduh dalam pendidikan
1. Idea-idea yang dibawa oleh beliau telah mengubah pandangan umat islam yang sering terikut-ikut dengan sebahagian sarjana Muslim yang jumud dan pasif.
2. Beliau berjaya memberi gambaran jelas tentang keperluan umat islam kepada islah khususnya dalam bidang pendidikan.
3. Idea islah beliau dalam bidang pendidikan khususnya di Universiti Al-Azhar telah memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan ilmu pengetahuan umat Islam. Antara idea tersebut ialah:
    A. mewujudkan mata pelajaran matematik, geografi, algebra, sejarah dan seni khat.
    B. mewujudkan piawaian dalam penganugerahan sijil.
    C. Mewujudkan farmasi khususnya untuk pelajar universiti Al-Azhar.
    D. Menyediakan peruntukan untuk gaji guru dari perbendaharaan nagara dan wakaf nagara.
    E. Memperbaiki asrama pelajar dengan menekankan aspek-aspek keselamatan dan kesihatan.
4. Beliau meninggalkan beberapa buah karya yang bermutu dan menjadi sumber rujukan utama dalam dunia islam seperti:
   A. Risalah Al-Tauhid
   B. Tafsir Juz Amma
   C. Tafsir Surah Al-Asr
   D. Risalah al-Rad Ala Al-Dahriyyin (terjemahan karya Sayyid Jamaluddin Al-Afghani dalam bahasa parsi)
   E. Syarhu nahjil balaghah
   F. Al-Tahrir Fi Islah Al-Mahakim Al-Syariah
   G. Al-Islam Wal-Rad Ala-Muntaqidih
   H. Al-Islam Wal Nasraniah Ma’al-‘Ilm Wal Madaniah.

RUMUSAN
1. Syeikh Muhammad Abduh adalah mujaddid yang telah memberi sumbangan yang besar terhadap kemajuan pemikiran umat Islam.
2. Idea Islah yang dibawa oleh Syeikh Muhammad Abduh telah berjaya membuat perubahan yang besar dalam pemikiran umat Islam.
3. Syeikh Muhammad Abduh telah berjaya memperbaiki sistem pendidikan dan kehakiman syariah.
4. Syeikh Muhammad Abduh menggunakan pelbagai saluran yang ada untuk menyampaikan idea Islahnya kepada masyarakat.
5. Syeikh Muhammad Abduh banyak menghasilkan karya yang menjerumus kearah pemikiran Islam dan pengislahan.
6. Sebagai seorang muslim, kita diwajibkan bermuhasabah. Setiap muhasabah hendaklah disusuli dengan Islah. Tanpa Islah kita tidak akan mecapai kejayaan dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Catatan: Ibnu Fattah

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com