TOK SELEHOR DAN TOK KENALI DI MEKAH (XXI)

Tok Kenali pulang ke Kelantan pada tahun 1909 selepas kematian Syeikh Wan Ahmad al-Fathani. Ini bermakna, ketika masih belajar di Mekah, Tok Kenali sudah pun berkawan dengan Tok Selehor walaupun kehadiran mereka pada peringkat awal adalah pada tarikh yang berbeza.

Tok Kenali berada di Mekah selama 22 tahun, bererti beliau mula tiba di sana ialah sekitar tahun 1887M manakala Tok Selehor berada di Mekah hampir 18 tahun dan pulang ke Kelantan pada tahun 1921M.

Ertinya, Tok Selehor mula tiba di Mekah sekitar tahun 1903 atau 1904M, (terlewat enam atau tujuh tahun) tapi masih mempunyai sekurang-kurangnya lima tahun berkawan dengan Tok Kenali.

Atas alasan itu jugalah Tok Kenali dan Tok Selehor berkemungkinan sama-sama seperguruan dengan Syeikh Wan Ahmad al-Fathani dalam beberapa perkara.

Mereka bersahabat baik dan pernah dikatakan atas kelebihan Tok Selehor yang suka mencatatkan apa yang dipelajarinya, Tok Kenali seringkali berbincang dan meminjam nota terutama mengenai pemahaman dan syarah kitab Minyatul Musoli karangan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani.

Mungkin kerana itulah juga Tok Kenali (1870-1933M) dan Tok Selehor (1872-1935M) dikategorikan sebagai ulama lima serangkai bersama-sama Tok Kemuning (1885-1934M), Tok Padang Jelapang (1872-1935M) dan Tok Seridik (1881-1935M).

Selain usia kelima-lima mereka adalah dalam kategori ‘seangkatan’, mereka juga aktif memondok dalam tempoh awal Abad ke-20M, yakni boleh dikatakan sezaman.

Begitu juga dengan tahun kematian mereka, Tok Kenali yang lebih tua meninggal pada tahun 1933M, diikuti ‘yang paling bongsu’ Tok Kemuning (1934M) dan tiga orang lagi pada tahun 1935M –Tok Seridik, Tok Padang Jelapang dan Tok Selehor.

Catatan: Ibnu Majid

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com