TOK SELEHOR MEMBUKA PONDOK DAN MENGAJAR KITAB "HIKAM" (VI)

Memulai perjuangan di bidang ilmu, Tok Selehor membuka pusat pengajian pondoknya di atas tanah milik ayahnya di tepi sungai Selehor, merupakan satu tempat yang pada masa dahulu sebagai munasabah, kerana jalan utama orang ketika itu ialah melalui jalan sungai. Ertinya, kalau mengikut keadaan hari ini, sungai dahulu merupakan jalan raya atau lebuhraya yang menjadi laluan utama pengangkutan awam. Tok Selehor telah membina pondoknya pada tahun 1340 Hijrah / 1921 Masehi di situ.

Pembinaan dan pembukaan pondok pengajian sekali gus di kelilingi oleh binaan penempatan para pelajar dan penduduk kampung Sehehor menjadikan kampung tersebut masyhur. Sehingga nama beliau pun dipanggil dengan sempena kampung tersebut (Tok Selehor).

Pendorong kuat yang membina semangat Tok Selehor ialah hadis bahawa, tiada seorang ALIM yang keluar untuk menuntut ilmu dan diikuti mengajarnya serta melakukan usaha-usaha lain bagi mempertahankan ilmu daripada pupus, melainkan orang bertindak demikian dianggap sebagai pejuang (mujahid) yang pergi berjuang di jalan Allah (fisabilillah).

Hadis riwayat Imam at-Tabrani, dari Abu Ar-Rudain RA meriwayat bahawa Rasulullah SAW bersabda; Tiada suatu kaum yang berkumpul mengadap (mempelajari) kitab Allah (Al-Quran atau hadis atau kitab-kitab agama) dan saling mempelajarinya, nescaya mereka itu menjadi tetamu Allah dan diliputi (dipayungi) oleh para malaikat sehingga mereka berdiri (usai dari majlis itu) atau mereka berbual-bual (bercakap-cakap) hal-hal lain (selain daripada topik ilmu yang sedang dipelajari). Tiada seorang yang keluar untuk menuntut ilmu kerana khuatir ilmu itu akan musnah (dengan kematian ulama) atau dia membukukannya (mencatit atau mencetak kitab) kerana khuatir ilmu akan hilang (jika tidak dibukukan), melainkan (orang bertindak demikian) dianggap sebagai pejuang (mujahid) yang pergi berjuang di jalan Allah (fisabilillah)

Dalam hal ini, Tok Selehor dianggap salah seorang ulama yang memainkan peranan penting dalam memperkembangkan ilmu pengajian Islam melalui penubuhan pondok. Inilah antara hasil daripada beliau menuntut ilmu tidak kurang daripada 30 tahun.

Dalam pengajarannya, selain ilmu tauhid dan fiqh, beliau lebih menekankan ilmu Tasawuf dengan menjadikan kitab Hikam Syeikh Ibnu Atha'illah al-Sakandari sebagai rujukan utama dan juga kitab-kitab karangan Imam Al-Gahzali. Selepas beberapa tahun, pondok tersebut semakin dikenali dan berkembang sehingga ramai yang datang menuntut ilmu di situ. Pelajar-pelajar pondok Tok Selehor bukan sahaja terdiri dari masyarakat tempatan, bahkan ada yang datang dari Johor, Melaka, Pulau Pinang, Pahang, Palembang, Jawa, Siak dan sebagainya.

Pelajaran (ilmu) yang diajar oleh Tok Selehor kepada murid-muridnya sama seperti tok-tok guru pondok yang lain juga seperti feqah, tauhid, tasawuf, hadith, tafsir, nahu, sorof, usul fiqh, ilmu mustolahul hadith dan sebagainya. Tetapi yang paling diminati dan menjadi fokus pengajarannya dan pengamalannya ialah di bidang ilmu tasauf, iaitu kitab Hikam karangan Ibnu Athoillah yang telah dijawikan (diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu) oleh Tok Ku Pulau Manis, Terengganu, dan juga kitab karangan Imam Al-Ghazali.

Mengikut cerita Tuan Guru Haji Abdul Kadir Pondok Gaal yang merupakan murid kepada Tok Selehor, sesiapa yang mendengar pengajaran dan kuliah Tok Selehor berasa tidak jemu-jemu sekali walaupun diulang berkali-kali. Kisah ini diceritakan oleh Ustaz  Haji Zakaria Awang, Mudir Madrasah Diniah Ahmadiah, Batu 10, Cheras, beliau murid kepada Tuan Guru Haji Abdul Kadir, yang dipetik daripada cerita gurunya itu.

Kecenderungan Tok Selehor terhadap ilmu tasawwuf dalam sistem pengajian pondok yang didirikannya adalah kerana beliau sangat menekankan penyucian hati atau tazkiyyah al-nafs. Hal ini terbukti apabila beliau membina sebuah tempat beribadah kepada Allah yang khusus di dalam kawasan perkuburan berhampiran pondoknya yang kini dikenali sebagai Tanah Perkuburan Kok Pasir.

Ia merupakan tempat suluk dan dibina sama saiz dengan kubur untuk memastikan hatinya tidak menjadi sombong dan riak dengan kemasyhurannya serta untuk sentiasa mengingatkan mati. Mengingati mati bagi Tok Selehor bukan suatu yang membawa kepada jumud sehingga meninggalkan segala keperluan dunia (sebagai alat) dan menjauhi masyarakat. Sebaliknya, dengan mengingati mati, Tok Selehor makin prograsif dan dinamik dan melayari kehidupan di dunia.

Catatan: Ibnu Majid

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com