ULAMA BUMI KENYALANG

ulama_bumi_kenyalang.jpg

Tokoh ini lahir di Kampung Sinjan, Sarawak pada 10 Muharam 1281 Hijrah/15 Jun 1864 Masihi. Berasal daripada golongan bangsawan di Jawa.

Nama lengkapnya Syeikh Usman bin Abdul Wahhab bin Ahmad bin Abdullah bin Petinggi Amir bin Datuk Akbar bin Datuk Qaim bin Petinggi Betung bin Bandar Tanduk bin Petinggi Kuntum bin Patih Malang bin Patih Mengadi bin Patih Jipang.

Syeikh Usman mulai belajar di Mekah pada tahun 1299 Hijrah/1881 Masihi. Para gurunya ketika belajar di Mekah sangat ramai, di antaranya ialah  Syeikh Muhammad Bin Sulaiman Hasbullah Al-Makki, Syeikh Mustofa bin Muhammad al-’Afifi, Syeikh Abdul Karim Daghistani, Syeikh Umar Ba Junaid dan ramai lagi.

Guru-guru beliau di Madinah pula ialah Sayyid Falih bin Muhammad az-Zhahiri, Sayyid Muhammad Ali bin Zhahir al-Witri dan Saiyid Muhammad Amin bin Ahmad Ridhwan.

Guru-gurunya di Mekah yang merupakan ulama-ulama yang terkenal yang berasal dari dunia melayu pula ialah: Syeikh Abdul Karim al-Bantani (meninggal dunia pada 18 Safar 1315 Hijrah/19 Julai 1897 Masihi) Syeikh Muhammad Zainuddin al-Badawi as-Sumbawi (meninggal dunia pada bulan Zulkaedah 1312 Hijrah/1895 Masihi) Syeikh Ahmad bin Muhammad Yunus Lingga, Syeikh Ahmad al-Fathani dan ramai lagi.

Di dalam Nafahatul Ridhwan karya Syeikh Muhammad Zainuddin bin Syeikh Uthman Sarawak, menyebut beberapa orang ulama nusantara sebagai guru Usman, katanya. “Dan setengah daripada mereka itu, daripada orang jawi, orang yang telah naik ia pada segala ilmu agama, dan melebih atas lainnya daripada guru-guru yang sempurna mereka itu, Asy-Syeikh Zainuddin al-Badawi, asal Sumbawa.

Selanjutnya, Usman adalah anak murid Syeikh Ahmad Lingga yang disebut oleh Syeikh Muhammad Zainuddin bin Syeikh Usman Sarawak dalam Nafahatur Ridhwan, katanya: “Dan setengah daripada mereka itu, asy-Syeikh yang alim, yang sampai kepada kepandaiannya, ialah seperti “Qus” pada masanya tentang bahasa Melayu, iaitu seorang cerdik pada orang-orang Arab, yang memegang tali lagam segala ilmu adab;(se)orang adalah ia atas me(ng)khidmat akan Tuhannya terlampau cermat dan jaga,iaitu asy-Syeikh Ahmad orang Lingga…”

Syeikh Muhammad Zainuddin juga menyebut tentang Syeikh Abdul Karim al-Bantani, katanya. “Dan setengah daripada mereka itu, gurunya, pada ilmu tarikat dan ilmu hakikat, ialah yang mempunyai pangkat yang tinggi, Al-Marhoum asy-Syeikh Abdul Karim orang Bantan….” Katanya lagi, “Anak murid orang yang mengenal ia akan Tuhannya lagi yang Wali, asy-Syeikh Ahmad Khatib orang Sambas…”

Tiga ulama berasal dari Nusantara yang disebut perlu dihuraikan, bahawa Syeikh Muhammad Zainuddin bin Muhammad Badawi as-Sumbawi, menghasilkan penulisan bahasa Arab dan Melayu. Dalam bahasa Arab ialah Tuhfatul Qudsiyah. Penulisan dalam bahasa Melayu pula masih diajar di kebanyakan tempat di Nusantara, iaitu Sirajul Huda tentang akidah dan Minhajus Salam mengenai fikah Mazhab Syafie.

Ulama Sumbawa ini mempelajari Sahih Hadis Bukhari daripada Syeikh Abdul Karim al-Bantani, sedang Sahih Hadis Muslim dipelajarinya daripada Syeikh Nawawi al-Bantani. Usman dikatakan mempelajari kedua-dua kitab hadis sahih yang terkenal itu daripada ulama yang berasal dari Sumbawa itu.

Walau bagaimanapun, Sahih Bukhari secara lebih mendalam dipelajarinya daripada Syeikh Ahmad Lingga. Seorang ulama yang terkenal dari Johor yang bernama Haji Abu Bakar Muar, yang umurnya lebih muda sedikit daripada Usman, juga mendalami Sahih Bukhari daripada ulama yang berasal dari Lingga itu.

Syeikh Muhammad Zainuddin al-Badawi as-Sumbawi juga adalah seorang Khalifah Tarikat Qodiriyyah. Beliau menerimanya daripada Sayyid Muhammad Mukrim Mufti Hammad, Benua Syam. Syeikh Usman Sarawak dikatakan adalah murid Syeikh Abdul Karim al-Bantani dalam bidang khusus ilmu tarekat dan ilmu hakikat. Hingga artikel ini ditulis, belum terdapat maklumat bahawa ulama Sarawak itu menerima tarikat daripada Syeikh Muhammad Zainuddin as-Sumbawi itu.

Selain itu Syeikh Usman juga menerima talqin atau bai’ah ataupun tawajjuh Tarikat Qodiriyyah-Naqsyabandiyah daripada dua orang mursyidnya, Sheikh Ahmad Lingga dan Sheikh Haji Abdul Lathif bin Haji Abdul Qodir as-Sarawaqi. Kedua-duanya menerima Thariqat Qodiriyah-Naqsyabandiyah daripada Syeikh Ahmad Khatib Sambas. Ini bermakna Syeikh Usman adalah cucu murid kepada Syeikh Ahmad Khatib Sambas.

Di sini dicatatkan para alim ulama Nusantara yang lebih muda daripada Syeikh Usman. Mereka ialah Imam Haji Wan Abdur Rahman bin Wan Abu Bakar Bunguran yang meninggal dunia di Pulau Midai pada hari Isnin, 22 Rejab 1344 Hijrah/18 Februari 1926 Masihi, Imam Syeikh Haji Abdur Rahman bin Muhammad Nur Ambon, meninggal dunia di Pulau Midai pada hari khamis 24 Jamadilakhir 1355/ Hijrah/10 September 1936 Masihi, Abdur Rahman Shiddiq al-Banjari,lahir pada 1284 Hijrah/1867 Masihi dan meninggal dunia pada 1358 Hijrah/18 September 1939 Masihi, Syeikh Muhammad Mahfuz bin Abdullah at-Tarmasi, lahir pada tahun 1285 Hijrah/1868 Masihi, meninggal dunia 1385 Hijrah/1965 Masihi, Syeikh Tahir Jalaluddin al-Minangkabaw, lahir pada 4 Ramadan 1286 Hijrah/4 Disember 1869 Masihi dan meninggal dunia 22 Rabiulawwal Hijrah/26 October 1956 Masihi, Kiyai Haji Hashim Asy’ari lahir 24 Zulkaedah 1287 Hijrah/15 Februari 1871 Masihi dan meninggal dunia 1366 Hijrah/25 Julai 1947 Masihi, Waliyullah Kelantan Syeikh Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali Tok Kenali lahir 1287 Hijrah/1871 Masihi dan meninggal dunia pada hari Ahad 2 Syaaban 1352 Hijrah/19 November 1933 Masihi dan ramai lagi.

Ulama-ulama sahabat Syeikh Usman tersebut perlu diberi keterangan, bahawa ada dua orang yang kediamannya berdekatan dengan Sarawak. Mereka ialah Imam Haji Wan Abdur Rahman bin Wan Abu Bakar Bunguran dan Imam Syeikh Haji Abdur Rahman bin Muhammad Nur Ambon. Hubungan Imam Haji Wan Abdur Rahman Bunguran dengan Syeikh Usman ditinjau dari segi ikwanut thariqoh, kedudukannya lebih di atas kerana beliau sempat menerima talkin Tharikat Qodiriyah-Naqsyabandiyah langsung daripada Syeikh Ahmad Khatib Sambas. Sedangkan Syeikh Usman menerima talkin Thariqat Qodiriyah-Naqsyabandiyah daripada tiga orang murid Syeikh Ahmad Khatib Sambas.

Hubungan Syeikh Haji Abdur Rahman Ambon dengan Syeikh Usman ditinjau dari segi ikhwanut thariqah adalah saudara sepupu. Ulama yang berasal dari Ambon tersebut menerima talkin Thariqat Qodiriyah-Naqsyabandiyah melalui Syeikh Muhammad bin Ismail bin Abdur Rahim al-Bali. Beliau adalah murid Syeikh Ahmad Khatib Sambas. Imam Haji Wan Abdur Rahman Bunguran dan Syeikh Abdur Rahman Ambon kedua-duanya meninggal dunia di Pulau Midai, Kabupaten Natuna, Syeikh Usman pula pernah sampai ke Pulau Midai, pernah memiliki sebidang dusun di sana.

Oleh sebab Syeikh Usman bin Abdul Wahhad Sarawak mengajar di Masjidil Haram, Mekah, maka jumlah muridnya sangat ramai. Mereka berasal dari Nusantara yang kemudiannya menjadi ulama atau pun tokoh terkenal di antaranya ialah Dr. Abdul Karim Amrullah (ayah kepada Prof. Dr. Hamka), Datuk Petinggi Abang Haji Abdullah Sarawak, Datuk Imam Haji Mursyidi bin Nuruddin Sarawak (lahir 1294 Hijrah/1877 Masihi wafat 1357 Hijrah/1939 Masihi), Syeikh Muhammad Zainuddin bin Syeikh Usman Sarawak dan ramai lagi.

Beberapa orang ulama sahabat Syeikh Usman Sarawak yang agak muda umurnya, pada satu ketika sama-sama belajar dengan ulama yang lebih tua, tetapi pada waktu yang lain beliau adalah sebagai ketua telaah. Misalnya, Haji Abdullah Fahim, beliau ini lebih muda daripada Syeikh Usman Sarawak. Kedua-duanya pada mulanya bersahabat tetapi selanjutnya dalam beberapa bidang ilmu, Haji Abdullah Fahim belajar pula kepada Syeikh Usman Sarawak.

Tokoh Sarawak pula, Datuk Imam Haji Mursyidi bin Nuruddin tersebut adalah pengasas Madrasah Mursyidiyah yang kemudian ditukar namanya kepada Madrasah Al-Islamiah. Madrasah tersebut ramai melahirkan ulama dan cendekiawan Sarawak, di antaranya ialah Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, yang ketika hidupnya pernah menjadi Mufti Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Haji Mohd. Mortadza Haji Daud (bekas Mufti Kerajaan Sarawak) dan ramai lagi.

Catatan: Ibnu Fayyad

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com