WARIS HIKMAH DAN KASIH ULAMA AL-AZHAR

Bapanya seorang yang alim, warak, berakhlak mulia dan memiliki latar belakang agama yang kukuh. Ditambah cahaya kemuliaan nasab kedua-dua ibu bapanya ini bersambung dengan Saidina Husaain bin Ali.

Tokoh ini, Syeikh al-Islam al-Imam al-Akbar Prof. Dr. Abdul Halim Mahmud dilahirkan pada 12 Mei 1910 bersamaan 2 Jamadilawal 1328 Hijrah di Syarqiyyah, Mesir. Beliau membesar dalam keluarga yang agak senang, dihormati dan disegani oleh masyarakat setempat.

Beliau telah menghafaz al-Quran ketika usianya belum mencecah 10 tahun. Setelah menamatkan pengajian peringkat menengah Maahad al-Azhar, pada 1923, beliau terus melanjutkan pengajian ke Universiti al-Azhar.

Di sana, beliau menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajian Islam sehingga berjaya memperoleh ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Usuluddin.

Pada tahun 1932, beliau mendaftarkan diri sebagai penuntut University Of Sorbonne Paris sehinggalah memperoleh Ijazah Kedoktoran mengenai Tasawuf Islam dari sudut pengkajian tokoh sufi dan salafussoleh yang masyhur, al-Harith bin Asad al-Muhasibi di bawah seliaan Prof. Louis Massignon.

Tesis kajian dalam Bahasa Perancis itu dianugerahkan pangkat cemerlang dan diberi kelulusan untuk dicetak bagi sebaran umum.

Kerjaya terawalnya di Mesir ialah sebagai pensyarah Ilmu Psikologi di Fakulti Bahasa Arab al-Azhar. Kemudian ditukarkan ke Fakulti Usuluddin dan dianugerahkan gelaran profesor dalam ilmu falsafah. Disebabkan kesungguhan dan komitmen yang berterusan dalam bidang ilmu, pada 1951 beliau telah dilantik pula oleh pihak universiti bagi memikul amanah sebagai Dekan Fakulti Usuluddin al-Azhar Kaherah.

Pada 1969 beliau dipertanggungjawabkan memikul amanah sebagai Setiausaha Agung Majma’ al-Buhuth al-Islamiyyah (Akademi Penyelidikan Islam Al-Azhar), kemudian sebagai Menteri Wakaf Mesir.

Dalam tempoh setahun dilantik sebagai Menteri Wakaf, beliau berjaya melaksanakan banyak perubahan dan usaha murni dengan mengurus Kementerian Wakaf sebagaimana fungsi Baitulmal di zaman Nabi s.a.w bagi membela nasib kaum muslimin di Mesir terutama golongan fakir miskin dan penuntut ilmu juga berkaitan dengan hal ehwal Islam yang lain.

Selepas Syeikh al-Azhar al-Imam Muhammad al-Fahham meninggal dunia, Presiden Anwar Saadat telah pergi menemui Syeikh Muhammad Khalil al-Khatib untuk melantiknya sebagai Syeikh al-Azhar. Akan tetapi Syeikh Muhammad Khalil telah menolaknya atas sebab-sebab tertentu yang menghalang beliau daripada menerima jawatan tersebut.

Maka Anwar Saadat pun meminta nasihat dan pandangan beliau mengenai siapakah yang seharus dilantik sebagai Syeikh al-Azhar. Melalui renungan mata hatinya, beliau telah mengusulkan agar melantik Syeikh Abdul Halim sebagai Syeikh al-Azhar yang baru. Maka Syeikh Abdul Halim secara rasminya telah dilantik dan diamanahkan memikul tanggungjawab sebagai Syeikh al-Azhar bermula pada 27 Mac 1973.

Syeikh Abdul Halim telah melakukan kunjungan rasmi dan tidak rasmi ke seluruh pelosok dunia termasuk Malaysia. Kehadirannya ke Malaysia merupakan hadiah terbesar dari al-Azhar buat umat Islam di negara ini.

Kali pertama beliau menjejakkan kaki ke Malaysia ialah ketika diamanahkan sebagai wakil al-Azhar. Pada 1973 setelah dilantik sebagai Syeikh al-Azhar, sekali lagi bumi Malaysia dimuliakan dengan kehadirannya apabila dijemput untuk menghadiri majlis pengisytiharan keislaman 400 keluarga di Sabah.

Beliau turut memainkan peranan dalam melaungkan seruan Islam dan meniup roh jihad ke dalam jiwa tentera Mesir menentang Israel pada 6 Oktober 1973. Beliau adalah antara ulama yang paling banyak memberikan sokongan dan dokongan terhadap perang Oktober 1973.

Beliau menziarahi kem-kem dan markas ketenteraan untuk menyampaikan ucapan dan khutbah meniup semangat jihad yang suci ke dalam jiwa tentera Mesir.

Pada masa yang sama beliau menziarahi tentera-tentera yang mengalami kecederaan dalam pertempuran ini dalam usaha memberi sedikit kekuatan untuk mereka menempuh ujian dengan tabah dan reda.

Diberitakan, sehinggalah pada suatu malam Syeikh Abdul Halim bermimpi melihat Rasulullah s.a.w mengibarkan bendera bertulis kalimah Allahu Akbar, yang menandakan bahawa kemenangan besar bakal menjadi milik tentera Mesir.

Mimpi itu akhirnya menjadi kenyataan apabila tentera Mesir berjaya menembusi serta menghancurkan kubu kuat Israel di Semenanjung Sinai yang telah dijajah oleh mereka.

Syeikh Abdul Halim kembali ke rahmatullah pada pagi Selasa 17 Oktober 1978 Masihi bersamaan 15 Zulkaedah 1397 Hijrah setelah meninggalkan jasa yang amat besar buat Islam dan kaum Muslimin.

Jenazahnya disemadikan di Balbis, Zaqaziq, Mesir.

Catatan: Ibnu Fayyad

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com