ABU TALHAH YANG DERMAWAN

Oleh: Luqman Hakim

Abu Talhah adalah seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang akrab dari golongan Ansar. Beliau adalah seorang hartawan Ansar yang dermawan, Abu Talhah mempunyai sebidang  kebun kurma yang paling disayanginya. bernama Bairaha. Letak kebun itu betul-betul berhadapan dengan Masjid Madinah, dan Rasulullah sendiri suka dan sering minum air yang ada dalam kebun itu.

Pada suatu hari Abu Talhah mendengar telah turun satu ayat yang berbunyi lebih kurang demikian maksudnya:

"Kamu tidak akan memperoleh kebajikan hanyalah jika kamu nafkahkan sebahagian dari harta yang kamu sayangi. Apa yang kamu nafkahkan itu, sesungguhnya Allah mengetahuinya.

-Surah Al-Imran: 92.

Setelah mendengar ayat tersebut, Abu Talhah pun terus pergi menemui Baginda Rasul lalu menyatakan maksud-nya untuk menyerahkan harta yang paling disayanginya, iaitu kebun Bairaha bagi kepentingan Islam. Katanya terserahlah kepada Rasulullah s.a.w. kepada siapa dan untuk apa dipergunakan.

Sesudah Rasulullah s.a.w. menghargai maksud Abu Talhah itu, hal mana merupakan satu amal bakti yang akan mendatangkan keuntungan terus-menerus, maka baginda menganjurkan supaya Abu Talhah menyerahkannya kepada keluarganya sendiri yang terdekat.

Akhirnya saranan dan nasihat Rasul itu dijalankan-nya. Kebun yang paling disayanginya itu diserahkannya kepada kaum kerabat dan anak-anak bapa saudaranya.

Demikian contoh yang baik dari seorang yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasulnya, sedikit pun ia tidak teragak-agak untuk memberikan harta yang paling di sayangi bagi menegakkan cita-cita Islam yang murni.

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com