APABILA NILAI KEMANUSIAAN SEMAKIN TERHAKIS

Oleh: Ibnu Majid

Hakikatnya pada hari ini, kita masih sering disajikan dengan pelbagai insiden yang mencerminkan kemerosotan nilai kemanusiaan. Kes penderaan kanak-kanak, keganasan rumah tangga, pengabaian warga emas, jenayah siber seperti penipuan dalam talian, buli termasuk buli siber, serta pelbagai bentuk jenayah dan penganiayaan semakin membimbangkan.

Dalam institusi keluarga pula, hubungan yang sepatutnya dibina atas asas kasih sayang dan saling menghormati semakin rapuh. Nilai yang digambarkan oleh al-Quran sebagai sakinah (ketenangan), mawaddah (kasih sayang) dan rahmah (belas ihsan) semakin terhakis. Semua ini mencerminkan lunturnya nilai-nilai kemanusiaan yang sepatutnya menjadi pegangan dan amalan setiap Muslim.

Begitu juga dengan konsep kejiranan yang dianjurkan oleh Islam telah jauh diabaikan sehingga jiran sebelah rumah pun tidak kenal dan kalau kenal pun tidak bertegur sapa kerana perbezaan aliran politik. Sedangkan dalam Islam kesempurnaan iman seseorang itu diukur sejauh mana ia dapat menghormati jirannya.
Cinta adalah akar daripada segala kebaikan dan keutamaan hidup manusia. Justeru, Rasulullah s.a.w dalam satu hadisnya memberi panduan yang bermaksud:

“Tidak beriman seorang di antara kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” (Riwayat Tabrani)

Namun ketika peradaban manusia semakin memilih materialistik, sombong serta tamak haloba, masih adakah telinga yang mahu mendengar pesan-pesan agung para Nabi? Daripada hakikat ini juga nabi Isa a.s dikatakan pernah berpesan Cintailah jiranmu.

Malah dalam satu hadis riwayat Abu Daud, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Tidak beriman seseorang itu jika dia tidur dengan perut yang kenyang di malam hari sedangkan jirannya berlapar.” (Riwayat Abu Daud)

Demikian juga hari ini dalam hubungan antara saudara dengan saudara kandungnya, antara kerabat dan saudara dekatnya tidak ada lagi rasa kasih yang mengikat anggota keluarga yang satu, apatah lagi terhadap hubungan dengan sesama manusia di luar ikatan keluarga.

Orang yang memutuskan tali silaturahim dilaknat oleh Allah S.W.T. Kehadiran orang yang memutuskan silaturahim di tengah-tengah di antara kita, ia akan menularkan laknat itu kepada manusia di sekitarnya. Sebab itulah ketika nabi berada di Arafah pada waktu lsyak, di tengah-tengah para sahabatnya, tiba-tiba Nabi bersabda yang bermaksud:

“Aku tidak menghalalkan siapa pun yang pada petang hari ini dalam keadaan memutuskan tali silaturahim kecuali dia harus meninggalkan kami” 

Pada waktu itu seorang pemuda segera meninggalkan majlis Rasullah s.a.w, dan tidak lama kemudian dia kembali menemui Nabi. Ketika Nabi bertanya apa yang terjadi kepadanya, pemuda itu menjawab bahawa sudah lama dia bertengkar dengan ibu saudaranya, tidak saling menegur, dan tidak saling bertanya.

Ringkasnya, mereka memutuskan silaturahim. Apabila pemuda tersebut tahu Rasulullah benci kepada orang yang memutuskan tali silaturahim, dia pun segera menemui ibu saudaranya dan menjalin kembali persaudaraannya yang terputus.
Rasulullah bersabda kepada pemuda itu yang bermaksud:

Duduklah engkau, engkau telah berbuat baik, kerana rahmat Allah tidak akan turun di suatu kaum yang di situ ada orang yang memutuskan silaturahim.” 

Hal ini bererti bahawa jika dalam sesebuah keluarga terdapat ahli yang memutuskan silaturahim, misalnya seorang anak bertengkar dengan ibu bapanya lalu enggan berdamai, manakala ibu atau bapanya pula enggan memaafkan, dan si anak tidak berusaha memohon maaf, keadaan tersebut akan mengundang kemurkaan Allah. Akibatnya, bukan sahaja hubungan kekeluargaan menjadi renggang, malah kehadiran orang yang terus-menerus memutuskan silaturahim itu boleh menjadi sebab terhalangnya keberkatan dan rahmat Allah kepada mereka yang berada di sekelilingnya.

Keluarga itu kemudian tidak memperoleh rahmat Allah S.W.T. kerana rahmat Allah tidak turun kepada satu kaum yang di sana terdapat orang yang memutuskan silaturahim. Oleh kerana itu, al-Qur’an berkali-kali mengingatkan kepada kita memelihara silaturahim. Begitulah anjuran al-Qur’an apabila anda perhatikan ayat al-Qur’an berikut ini yang bermaksud:

“Takwalah kepada Allah, tempat kamu saling bermohon dan hendaknya kamu memelihara silaturahim” (QS 4:1)

“Sesungguhnya orang yang beriman adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua-dua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapatkan rahmat” (QS 49:10)

Kalau orang yang memutuskan persaudaraan mendapat laknat, maka orang yang menghubungkan silaturahim mendatangkan barkah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Siapa yang ingin dibanyakkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, hendaklah dia menyambungkan silaturahim.” 

Dengan kata lain, menyambungkan silaturahim dapat mendatangkan banyak rezeki dan memanjangkan usia. Sayidina Ali Abi Talib k.w.j. pernah berdoa: “Ya Allah, ampunilah dosa-dosa yang mempercepat bencana.” Ketika sahabat Saidina Ali bertanya: “Siapa yang mendatangkan bencana, dan dosa apa yang mendatangkan bencana itu?” Saidina Ali menjawab: “ialah orang-orang yang memutuskan silaturahim.”
Benarlah sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“Janganlah kamu menjadi orang yang melupakan Allah, kemudian Allah menyebabkan mereka lupa pada diri mereka sendiri.” (QS 9: 67) 

Kerana jika kita lupa kepada Allah, kita juga boleh lupa kepada kemanusiaan kita. Allah sudah melihat hati kita yang sudah gelap kerana maksiat, tangan-tangan berlumuran dosa, dan tubuh-tubuh kotor yang penuh noda. Maksudnya:

“Berbahagialah orang yang menyucikan dirinya dan mengingat nama Tuhannya serta melakukan solat” (QS 87:14)

Seluruh ajaran Islam dimaksudkan untuk menyucikan manusia; iaitu menampilkan kembali sifat kemanusiaan mereka.

Tidak dinafikan bahawa peradaban yang menguasai arus globalisasi, berkat ilmu dan teknologi moden, adalah peradaban yang lahir daripada keadaan hati yang sedang membeku. Akibat kebekuan hati manusia akan lenyapnya kepekaan terhadap nilai baik dan buruk. Baik dan buruk telah dijadikan barang perniagaan tanpa moral.
Hati yang beku dan tertutup inilah yang dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam itu banyak jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya, dan yang mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar ajaran dan nasihat.”
(Surah al-Araf: 179)

Hati mereka sudah buta dan sudah tidak berfungsi lagi sebagaimana semestinya. Akibat kebekuan hati ialah hubungan persaudaraan hanya didasarkan semata-mata atas kekuatan benda dan kepentingan-kepentingan duniawi lain.

Akibatnya suasana persaudaraan umat manusia di dunia terasa begitu kering dan tandus. Umat Islam berpecah belah dan berperang sesama sendiri dan ajaran persaudaraan sejati seperti yang ditekan dalam al-Qur’an sudah tidak dihirau lagi semata-mata kerana tarikan kepentingan benda lain dan bangsa yang lebih diutamakan. Malah yang lebih malang, umat Islam semakin gemar untuk bernafsi-nafsi.

Akibat kebekuan hati manusia, kita dapat lihat dalam bentuk tindakannya yang rakus, baik terhadap benda mahupun terhadap kekuasaan. Benda dan kekuasaan sesungguhnya apabila jatuh ke tangan hati yang beku akan membawa malapetaka. Kerakusan itu sebenarnya adalah simbol dan struktur batin yang sakit dan tidak bermaya.

Malangnya hari ini banyak sekali manusia tidak mampu melihat bencana yang mungkin ditimbulkan oleh watak manusia yang rakus ini kerana ia ditutupi dengan kekayaan dan kemewahan yang dirangkulnya.

Tujuh abad yang lalu, Jalaludin Rumi, penyair sufi besar pernah mengungkapkan:

“Jika tiada cinta dunia akan membeku.”

Cinta baginya adalah ibarat lautan luas dan dalam, seluas dan sedalam daya jelajah nurani manusia itu sendiri. Cinta yang semestinya menjadi penghubung atau kunci utama bagi hubungan antara manusia, antara kebudayaan dan antara sistem hidup yang berbeza. Jelas sekali hari ini, akibat corak hubungan manusia yang terlepas daripada panduan cinta dan pertimbangan yang rasional telah membawa manusia kepada kebinasaan dan kehancuran.

Akibat terhakisnya nilai-nilai kemanusiaan, lahirlah generasi yang semakin tebal dengan sifat individualistik. Sebahagian generasi muda pula cenderung bersikap tidak menghiraukan pandangan, nasihat atau kebajikan orang lain, seolah-olah mengamalkan sikap "peduli apa orang lain kata" dalam kehidupan seharian.

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com