BALA KERANA MAKSIAT MELAMPAU?

Islam tidak anti seni, namun perlu di ingat bahawa pengisian kehidupan ini bukan semata-mata untuk hiburan. Kemewahan serta limpahan rezeki yang diberikan oleh Allah swt sepatutnya dimanafatkan pada jalan menegakan amar makruf dan mencegah kemungkaran. “Dan Allah telah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram,rezekinya datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi (penduduk)nya mengingkari nikmat-nikmat Allah, kerana itu Allah merasakan kepada ,mereka pakaian kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang selalu mereka perbuat” (An-Nahl:112)

Kita bimbang perkembangan pesat dunia hiburan kita hari ini akan bertukar kepada amalan maksiat dan perilaku sumbang sehingga melanggar batasan dan hukum Allah. Ini kerana bila  amalan durjana  banyak berleluasa dan melebihi kebaikan maka akan  muncullah huru- hara, kerosakan serta bala bencana seperti gempa bumi, banjir pembunuhan  dan kezaliman dimana- mana tanpa hadnya.Justeru itu Allah pernah menegaskan dalam surah  Isra ayat 16 yang bermaksud “Dan bila sampai tempuh Kami hendak membinasakan penduduk  sesuatu tempat dan negeri  itu, akan Kami arahkan  mereka yang melampau dalam semua perkara, lalu mereka melakukan kerosakan dalamnya(kampong dan negeri itu), maka berhaklah Negara itu untuk dibinasakan, lalu Kami hancurkannya dengan sehancur- hancurnya”

Semuanya terjadi kerana kita selalu membuat maksiat, jauh dari tunduk dan taat kepada Allah swt. Kerana kita harus akui bahawa Allah swt tidak akan menimpakan kita musibah kecuali kerana adanya maksiat. Dan tidak akan mencabutnya kembali kecuali dengan adanya taubat dan istighfar.

Kalau bukan kerana maksiat kenapa iblis dilaknat Allah swt? Dijauhkan dari rahmat-Nya, diusir dari syurga dan alam malakut-Nya, dijadikan lemah dan hina. Firman Allah swt dalam surah Al-Hijr ayat 34-35:

“Keluarlah dari syurga, kerana sesungguhnya kamu terkutuk dan sesungguhnya kutukan itu tetap menimpamu sampai hari kiamat”.

Kalau bukan kerana maksiat apa sebabnya Allah swt menumpahkan air dari langit, memuntahkannya ke bumi. Hingga mereka umat Nabi Nuh as yang kafir dan derhaka itu tenggelam dan binasa. Mati terkubur di dalam lumpur.

Kalau bukan kerana maksiat apa yang menyebabkan Allah swt menghancurkan kaum Nabi Hud,kaum Tsamud,kaum Nabi Luth,negeri Firaun dan kaum Yahudi. Mereka yang dilaknati ini adalah yang tidak beriman, melakukan perzinaan, homosexsual, curang dalam takaran dan timbangan dan menghalangi orang untuk beriman atau saperti kaum ‘Ad yang disebabkan tidak memurnikan ajaran tauhid dan bersujud kepadaNya, Allah mengirim mereka angin panas yang memusnahkannya.

Hari ini cuba kita duduk 24 jam dihadapan televisyen dan kita kaji berapa peratuskah hiburan yang melalaikan dengan hiburan yang dapat menberi manafat kepada kita. Pengaruh atau resapan media visual dan non-visual  yang lebih banyak berunsur hiburan yang sangat-sangat tidak terkawal dengan dalih seni dan hak-hak manusia.

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang terburok”(Al-Isra:32)

Dan dalam sebuah hadis sahih Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

Barangsiapa diantara kamu yang menemui mereka yang melakukan perbuatan kaum Luth (homoseksual) maka bunuhlah kedua pelakunya”(Riwayat Abu Daud Dan Tarmizi)

Segala sesuatu kini telah  terbalik, yang hak dikatakan dan dianggap batil, yang batil dipertahankan dan tidak malu-malu dihadapan yang hak.

Siapakah yang bertanggungjawab dalam masalah ini?Sudah tentu kita semua bertanggungjawab, kita sebagai umara,ulama mahupun peribadi-peribadi Muslim.

“Jikalau sekiranya penduduk-penduduk negeri beriman dan bertakwa,pastilah kami limpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.”(Al-Araf:96)

Demikian pula Allah menegaskan didalam surat Al-Maidah ayat 78-79, bahawa salah satu sebab dilaknatnya (dijauhi dari rahmat Allah) suatu bangsa apabila bangsa itu meninggalkan kewajipan saling melarang perbuatan mungkar yang berlaku disekitar mereka.

Catatan : Ibnu Majid

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com