CARA TANGANI KETAGIHAN TIKTOK

Oleh Nazrina Mohamad Nazry

TikTok bukan lagi nama asing bagi rakyat digital di Malaysia. Umum mengetahui bahawa aplikasi ini telah mendominasi kehidupan pelajar-pelajar sekolah di negara kita, dengan pantas menjadi lebih daripada satu platform untuk tren menari dan cabaran-cabaran yang kononnya viral, yang kononnya terkini. Pada tahun 2023, dilaporkan TikTok di Malaysia mempunyai seramai 14 juta pengguna dan kebanyakannya adalah anak remaja kita, generasi masa depan negara.

Ini dapat disimpulkan bahawa pengaruh platform ini telah menguasai minda anak-anak muda yang kita kasihi. Walaupun aplikasi ini memberi ruang kepada kita untuk berkarya kreatif, meluahkan idea dan perasaan sendiri, ataupun menghasilkan kandungan pendidikan, ia juga tidak lari daripada isu-isu berkait rapat dengan kesejahteraan digital, fokus akademik dan juga literasi media atau digital.

Pada dua tahun lepas juga, tahun 2023, satu kajian mengenai penggunaan media sosial di kalangan pengguna muda telah dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC). Salah satu dapatan kajian ini menunjukkan 42.7% pengguna Internet adalah yang berusia sekitar 10–17 tahun, iaitu anak-anak muda kita di mana mereka melayari media sosial setiap hari. Di samping itu, kajian MCMC ini mendedahkan bahawa TikTok merupakan platform yang paling kerap dikunjungi, selain Facebook, Instagram, dan WhatsApp.

Tidak dinafikan, algoritma atau set arahan komputer bagi aplikasi ini, yang terkenal dengan pemaparan kandungan yang ketagih dan bersifat peribadi yang tinggi, menyebabkan anak-anak muda kita senang terlupa, leka dengan pergerakan masa. Natijahnya, kesan ketagihan ini dilihat memberi impak yang signifikan kepada pembelajaran dan juga kualiti tidur anak-anak yang masih bersekolah.

Walaubagaimanapun, bukanlah setiap keterlibatan dengan TikTok itu negatif atau merosakkan. Sekiranya diaplikasikan dengan baik dan teratur, platform ini menghidangkan banyak peluang pembelajaran kepada anak-anak, malahan kepada para pendidik.

Contohnya, sesetengah guru dan pelajar di Malaysia telah mula menghasilkan video-video pendek yang menerangkan konsep STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics atau Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik), video-video yang berfokuskan kepada topik-topik dalam peperiksaan besar seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan video-video refleksi berkenaan pengalaman pembelajaran dalam sesuatu bilik darjah. TikTok, dengan sifatnya yang membenarkan penghasilan video ringkas, amat sesuai digunakan dalam pendekatan pembelajaran mikro. Penyampaian maklumat yang ringkas lagi pantas ini memudahkan sesuatu kandungan itu difahami dengan lebih baik dan berkesan.

Profesor Dr Sameer Hinduja dari Florida Atlantic University, yang merupakan Pengarah Bersama, Pusat Penyelidikan Buli Siber, menekankan betapa pentingnya keterlibatan manusia dalam dunia digital secara kritikal. Berikut merupakan sedikit ringkasan bicara beliau dalam versi Bahasa Inggeris berkenaan TikTok: “It’s not about banning platforms like TikTok, but about teaching youth how to use them responsibly – to consume, create, and critique content effectively.”

Jelaslah di sini, idea dan strategi ini selari dengan agenda Malaysia yang diterjemahkan dalam Dasar Pendidikan Digital (2021–2025), untuk mempromosi dan melahirkan rakyat digital yang kreatif, literasi media yang bersepadu dan penggunaan teknologi yang bertanggungjawab di sekolah-sekolah di negara kita.

Sudah tentulah, ibu bapa dan para guru mempunyai idea dan perasaan yang bercampur baur apabila membincangkan perkara atau aktiviti digital yang menjadi ikutan ramai ini. Ada yang berkata, “Eh, TikTok bagus! Anak-anak yang pemalu boleh bersuara di situ”, ada pula yang melahirkan kebimbangan di mana anak-anak terlalu dekat dengan kandungan digital yang tidak sesuai atau terdedah kepada buli siber.

Merujuk kepada laporan daripada UNICEF Malaysia 2023 (United Nations Children’s Fund atau Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu), satu daripada lima pelajar sekolah terdedah kepada bahaya atas talian, termasuklah gangguan dan pendedahan kepada maklumat yang tidak betul, kebanyakannya bersumberkan platform seperti TikTok.

Justeru, apa yang kita boleh dan perlu lakukan?

Pertama, literasi digital atau maksudnya keupayaan mencari, menapis, menilai dan mengurus maklumat kandungan digital, haruslah diketengahkan dalam kurikulum kebangsaan — bukan setakat sebagai subjek, malah pelaksanaannya merentasi semua disiplin yang ada. Mendidik para pelajar untuk mengenal pasti sumber sahih, mengurus waktu layar dengan teliti dan memahami privasi siber boleh membantu mereka dalam penggunaan TikTok dan juga ruang siber yang lebih besar, melayarinya dengan selamat dan pintar.

Seterusnya, pendidik dan pentadbir di sekolah boleh mengintegrasikan penghasilan video TikTok dengan pentaksiran. Misalnya, ia boleh dijadikan sebagai aktiviti dalam pembelajaran berasaskan projek. Apabila pelajar-pelajar didedahkan kepada penghasilan kandungan media yang bermakna dan berkait rapat dengan apa yang dipelajari di sekolah, usaha ini dapat mengubah mereka daripada pengguna pasif kepada pencipta bahan digital yang aktif dan beretika.

Yang terakhir, tidak dilupakan, panduan dan bantuan daripada ibu bapa di rumah atau di mana sahaja sangatlah penting dalam menyelesaikan isu ini. Walaupun ibu bapa berhak mewujudkan larangan digital yang jelas dan berterusan, tetapi sebenarnya mengajak anak untuk bersembang mengenai tabiat di ruang siber dilihat sebagai pendekatan yang lebih efektif dan bermakna. Mungkin juga, ibu bapa boleh meluangkan masa untuk menonton bersama kandungan digital supaya kita dapat memahami lebih baik dunia mereka dalam ruang siber ini.

Sebagai penghias bicara akhir, TikTok bukanlah boleh disimpulkan sebagai baik atau buruk. Seperti teknologi yang lain, yang kita pernah gunakan sebelum ini, nilai asalnya terletak kepada bagaimana kita menggunakan aplikasi ini dalam kehidupan seharian.

Apabila kita melengkapkan anak-anak di sekolah dengan pemikiran dan kemahiran yang betul, sebenarnya kita boleh bergerak seiring dengan transformasi teknologi digital, selari dengan Dasar Pendidikan Digital, mengubah gangguan yang wujud dalam dunia siber kepada satu alat yang selamat dan kukuh untuk ekspresi, pembelajaran dan perkembangan digital anak-anak muda kita, modal insan negara kita.

*Dr Nor Nazrina Mohamad Nazry ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Kurikulum dan Teknologi Pengajaran, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, dan boleh dihubungi di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

(Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak mewakili BebasNews.)

Sumber: bebasnews.my

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com