FAKIR MISKIN

Dalam kamus, kata “FAKIR” bererti orang yang serba kekurangan. Sementara itu, kata “miskin” bererti keadaan seseorang yang tidak berharta benda atau kekurang harta benda (berpendapatan rendah). Dalam bahasa asalnya (Arab), kata “miskin” diambil daripada kata sakana yang bererti diam atau tenang; sedangkan kata “fakir” yang berasal daripada kata al-faqr, pada mulanya bererti tulang punggung. Fakir bererti orang yang patah tulang punggungnya, yang bermaksud bahawa bebannya sedemikian berat sehingga “mematahkan” tulang punggungnya. Dala al-Quran kata “al-faqr” disebut sebanyak 12 kali dan kata “miskin” disebut sebanyak 25 kali. Satu kali kedua-duanya disebut serentak (QS.9:60). Hal ini menunjukkan bahawa miskin adalah sebahagian daripada fakir atau orang miskin pada hakikatnya adalah juga fakir, tetapi memiliki ciri tersendiri.

MEMBANTU ORANG MISKIN

Setiap orang Islam wajib turut sama mengatasi kemiskinan. Memberi perhatian kepada orang miskin merupakan sebahagian daripada kehidupan beragama. Apabila tidak melakukannya, maka orang tersebut dapat dikategorikan sebagai pendusta agama. Allah S.W.T. berfirman, “Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas dan berlaku zalim kepada anak yatim; Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin” (Q.107:1-3). Membantu orang miskin, selain merupakan tanggungjawab sosial bagi orang yang mampu, misalnya melalui zakat dan sedekah, juga merupakan tanggungjawab agama. Memberi nafkah orang yang tidak mampu merupakan ciri orang yang bertaqwa untuk mencari keredaan dan kedudukan mulia di sisi Allah S.W.T.

BATASAN FAKIR MISKIN

Di kalangan ulama fikah, ada perbezaan pendapat tentang batasan fakir dan miskin. Menurut Imam Abu Hanifah (699-767), fakir ialah orang yang memiliki harta kurang daripada satu nisab (jumlah minimum harta yang harus dizakatkan) atau mempunyai harta satu nisab atau lebih tetapi habis digunakan untuk keperluan hidupnya. Menurut Imam Syafie (767-820), fakir ialah orang yang tidak mempunyai harta dan usaha, atau mempunyai harta dan usaha tetapi kurang daripada setengah keperluan hidupnya dan tidak ada orang yang menanggung perbelanjaan hidupnya. Kata “miskin” juga mempunyai pelbagai erti. Menurut Imam Abu Hanifah dan Malik, orang miskin ialah yang memiliki harta setengah daripada keperluan hidupnya atau lebih tetapi tidak mencukupi.

PEMBASMIAN KEMISKINAN

Dalam usaha membasmi kemiskinan, Islam menganjurkan banyak cara yang dapat dibahagikan kepada tiga. Pertama ialah kewajipan individu yang tergambar dalam kewajipan bekerja dan berusaha. Dalam banyak ayat al-Quran (Q.2:198; 4:100; 62:10; 94:8), umat Islam diperintahkan untuk bekerja dan seseorang yang bekerja adalah mulia. Segala bentuk pekerjaan yang halal dipuji dalam al-Quran, sedangkan pengangguran dikecam. Kedua ialah kewajipan orang lain melalui jaminan sosial dalam bentuk zakat, sedekah dan lain-lain. Selain itu, Islam juga mengkhususkan orang miskin sebagai penerima balasan atas kesalahan yang dilakukan oleh umat Islam. Balasan terhadap kes pelanggaran sumpah, tidak berpuasa Ramadan dang pelanggaran ihram atau kewajipan haji dapat dilakukan dengan memberi pertolongan kepada mereka. ketiga ialah kewajipan pemerintah. Pemerintah wajib memenuhi keperluan warganya melalui sumber dana yang sah.

  • Memberi sedekah. Al-Quran dan hadis tidak menetapkan angka tertentu sebagai ukuran kemiskinan, namun menetapkan bahawa setiap orang fakir atau miskin harus dibantu.
  • Fakir miskin ialah orang yang pertama daripada lapan golongan penerima zakat (surah at-taubah ayat 60). Orang fakir dan miskin ialah anggota masyarakat yang paling berhak menerima zakat.
  • Perkampungan di tepi sungai. Penduduk kawasan ini digolongkan sebagai warga miskin yang memerlukan perhatian daripada semua pihak, termasuk pemerintah.

 

Oleh : Nadia Sulaiman

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com