HUKUM GAMBARKAN MANGSA NAHAS MASUK SYURGA DENGAN AI

ASSALAMUALAIKUM, apakah hukum menggambarkan arwah sekumpulan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang meninggal dunia akibat kemalangan memasuki pintu cahaya yang dilihat seperti syurga?

JAWAPAN: Dalam berhadapan tragedi dahsyat seperti yang berlaku ini, kita perlu mengimbangi antara dua perkara yang penting. Pertama, keimanan kepada qada’ dan qadar. Kedua, keperluan untuk berusaha dan mengambil asbab.

Kita wajib beriman bahawa setiap yang berlaku di dunia adalah ketentuan dan takdir yang ditetapkan oleh Allah SWT. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT: “Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.” (Surah al-Hadid: 22)

Oleh yang demikian, dalam apa jua situasi kita hendak reda dengan ketentuan Allah SWT dan tidak boleh untuk menyalahkan takdir kerana ia merupakan dosa besar dan dimurkai oleh-Nya. Imam Abu Ja’far al-Tahawi menyebutkan hal ini dengan berkata: “Celakalah bagi mereka yang menentang ketentuan takdir serta mempersoalkannya dengan hati yang sakit bahawa dia tidak mencari-cari rahsia ghaib yang Allah SWT sembunyikan dan akhirnya dia hanya mendapat pendustaan dan dosa yang banyak.”

Bagaimanapun, keimanan kepada qada’ dan qadar tidak bertentangan dengan konsep berusaha dan mengambil asbab. Hal ini bertepatan dengan konsep sunnatullah yang menyuruh kita mengambil langkah dan berusaha untuk mengelakkan daripada tragedi daripada berlaku.

Firman Allah SWT: “Engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi sunnatullah (undang-undang peraturan Allah) dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan sunnatullah itu.” (Surah Fatir: 42-43)

Oleh yang demikian, langkah-langkah pencegahan dan penambaikan keselamatan perlu dilaksanakan bagi mencapai kepada tujuan syarak yang utama iaitu menjaga nyawa (hifz al-nafs).

Selain itu, undang-undang berkaitan keselamatan jalan raya yang telah ditetapkan pemerintah wajib dipatuhi kerana ia diletakkan sebagai suatu kemaslahatan kepada rakyat.

Ini berdasarkan kaedah fiqh yang menyebutkan bahawa: Polisi dan tindakan pemerintah mestilah tertakluk kepada maslahah terhadap rakyat.

Manakala berkaitan isu menggambarkan satu kumpulan masuk ke dalam pintu cahaya yang dianggapkan sebagai masuk syurga, maka hal ini termasuk dalam perkara yang tidak dapat diketahui secara pasti oleh kita sebagai manusia. Ini kerana penentuan bagi sesiapa yang masuk ke dalam syurga adalah semata-mata milik Allah SWT dan kita tidak boleh menyebut secara pasti seseorang akan masuk syurga kecuali dinyatakan oleh Allah SWT dan rasul-Nya seperti 10 sahabat yang dijanjikan syurga.

Namun, selain dijanjikan Allah SWT, kita mengharapkan dan mendoakan kepada semua mendapatkan ganjaran syurga di hari akhirat kelak.

Imam al-Tahawi menyebutkan bahawa: “Kami mengharapkan orang yang berbuat baik dalam kalangan orang yang beriman agar diampunkan dosa mereka dan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat-Nya. Namun, kita tidak memberikan jaminan aman dan memberikan penyaksian bahawa mereka pasti akan masuk ke dalam syurga. Kami memohon keampunan bagi orang yang melakukan dosa. Kami tetap merasa bimbang terhadap mereka, namun kita tidak menjadikan mereka putus asa (dengan rahmat-Nya).”

Justeru itu, tindakan terbaik buat kita adalah sedekahkan pahala dan mendoakan mereka supaya ditempatkan dalam kalangan orang soleh dan dimasukkan ke dalam syurga pada hari akhirat kelak.

Kesimpulannya, kita dilarang untuk menyatakan seseorang itu masuk ke dalam syurga secara pasti sama ada dari sudut ucapan dan gambaran melalui artificial intelligence (AI). Hal ini kerana ia merupakan hak mutlak Allah SWT untuk menentukannya dan manusia tidak ada pengetahuan tentang perkara tersebut.

Oleh itu, tindakan terbaik yang boleh dilakukan adalah sedekahkan pahala amalan kebaikan dan mendoakan supaya mereka menjadi ahli syurga pada hari akhirat kelak.

Sumber: kosmo.com.my

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com