Oleh: Prof. Dr. Abdul Basith

Tubuh mengalami perubahan sesuai dengan perubahan psikologis, misalnya, marah senang, sedih, resah gusar, dan malu. Adapun marah, pada hakikatnya akan memanaskan tubuh dan mengeringkannya. Oleh kerana itu, Rasulullah melarang hal tersebut. Konon, ada seorang laki-laki dating kepada Nabi seraya berucap, “Berpesanlah kepadaku.” Beliau menjawab, “Jangan marah,” (HR.al-Bukhari,at-Tirmidzi,dan Ahmad).

Keadaan psikologis yang saya sebutkan di atas memiliki pengaruh langsung dan aktif pada diri manusia, di mana keadaan itu akan mengakibatkan pada salur darah dan juga boleh mengakibatkan beberapa keadaan lain-lain yang cukup berbahaya misalnya serangan jantung, sesak dada dan lemah jantung. Selain itu, marah yang berlangsung dan terus – menerus dapat menyebabkan penyakit kencing manis, bertambahnya aktiviti pada kelenjar di atas ginjal, yang pada gilirannya dapat menambah pengeluaran hormon adrenalin. Keadaan psikologis seperti ini juga dapat menyebabkan seseorang mudah terserang berbagai macam penyakit.

Oleh itu, orang yang cepat marah digalakkan untuk menghiburkan diri sehingga tidak dikuasai olah amarah. Inilah makna firman Allah SWT, “Orang-orang yang menahan amarahnya,” (QS.Ali Imran,3:134)

Dengan demikian Allah telah menetapkan adanya amarah dalam diri manusia, tapi Allah juga memberi pujian kepada mereka atas kemampuan mereka mengendalikannya. Nabi pernah marah sehingga kemarahan itu kelihatan dari raut wajah beliau. Beliau bersabda,

“Sesungguhnya marah itu dari syaitan, syaitan itu diciptakan dari api , dan api hanya boleh dipadamkan dengan air. Oleh itu, apabila salah seorang diantara kamu marah, hendaklah dia berwudhuk.”1]

Dalam riwayat at-Tarmizi disebutkan,

“Ketahuilah bahawa marah adalah bara ap dalam hati anak ada. Tidakkah kalian lihat merah kedua matanya (sebagai tanda orang marah itu) dan meregang urat-urat lehernya.” 2]

Dalam sebuah riwayat disebutkan,

“Sungguh aku benar-benar mengetahui satu kalimat yang jika dia ucapkan, niscaya kemarahan yang dia rasakan akan hilang; ‘Aku berlindung kepada Allah dari godaan setan yang terkutuk,’” (HR.Muslim).

Sementara kegembiraan boleh menguatkan jiwa sekaligus memberikan kehangatan padanya. Tetapi, jika kegembiraan ini berlebihan, maka akan dapat membunuh jiwanya. Hal itu telah diceritakan dari beberapa orang, di mana mereka mati kerana kegembiraan yang berlebihan.

Hal tersebut telah dilarang melalui firman Allah SWT, “Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang membanggakan diri, (“QS. al-Qashash [28]:76)

Sedang kegembiraan yang diwarnai keimanan, maka hal itu benar-benar terpuji. Hal itu didasarkan pada firman Allah SWT, “Mereka bergembira dengan kurnia yang diberikan Allah kepadanya” (QS.Ali Imran [3]:170).

Juga firman Allah SWT , “Katakanlah (Muhammad), ‘Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Itu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan,” (QS. Yunus [10]:58).

Adapun kecemasan dan kebingungan boleh menyebabkan timbulnya kemarahan. Oleh kerana itu, agama mengajarkan untuk memohon pertolongan dari kecemasan dan kebingungan. Dalam sebuah hadis disebutkan, Nabi Muhammad s.a.w bersabda,

“Barang siapa yang banyak rasa cemasnya, maka tubuhnya akan sakit.”3

Cemas lebih kepada sesuatu yang ditunggu kedatangan atau kepergiannya. Rasulullah s.a.w sentiasa memohon perlindungan kepada Allah dari keresahan dan kesedihan dalam setiap solat.

Ibnu Abbas berkata dalam hadis marfu’, Barang siapa yang banyak merasa cemas dan sedih , hendaklah dia memperbanyakkan membaca, ‘ Tidak ada daya dan upaya , melainkan hanya milik Allah Yang Maha tinggi lagi Maha Agung”.

Dengan demikian, huqalah (bacaan la haula wa la quwwata illa billah) merupakan ungkapan kepasrahan dan penerimaan.

Bagi orang yang sering cemas disarankan supaya menyibukkan diri dengan hal-hal yang boleh membuatkanya lupakan keresahan dan hendaklah menyibukkan diri dengan hal-hal yang boleh melupakan hal tersebut, sebagaimana yang diriwayatkan dari Nabi Muhammad s.a.w di mana beliau bersabda,

“Hendaklah salah seorang di antara kalian, jika kecemasannya menyelimuti dirinya supaya mengalungkan busurnya”4]

Dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad s.a.w jika dibuat pertolongan oleh suatu urusan, maka dia segera mengangkat kepalanya kelangit seraya berucap,

“Maha suci Allah yang Maha Agung”4]

Dari Abdullah bin Mas’ud dengan status marfu’, dimana Rasulullah s.a.w

“Ya Allah sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba laki-laki –Mu, anak hamba perempuan-Mu. Hukum-Mu berlaku pada diriku, begitu adil hokum-Mu yang berlaku pada diriku. Aku memohon kepada-Mu dengan segenap nama yang menjadi milik-KMu, yang dengannya Engkau memberi nama pada diri-Mu sendiri, atau Engkau turunkan dalam kitab-Mu, atau Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu , atau Engkau sembunyikan di dalam ilmu ghaib yang ada di sisi-Mu. Hendaklah engkau menjadikan al-Quran al-Azhim sebagai taman hatiku, cahaya dadaku pelipur laraku, dan penghilang keresahanku, melainkan Allah akan menghilangkan kesedihan dan kecemasannya serta menggantinya dengan kegembiraan.”5]

                                                                                             

  1. Disebutkan Abu Dawud (4784), Ahmad (IV/226), Dha’if al-Jami (1510). Dia mengatakan, hadis ini daif. At Tarmidzi (2286), Ahmad(III/19,61). At Tirmidzi mengatakan, hadis ini hasan.
  2. Diriwayatkan at-Tirmidzi (2286) dan Ahmad (III/19,61). At-Tirmidzi mengatakan, hadits ini hasan.

3.Disebutkan Abu Nua’im. Al-Jami al- Kabir(1/829).Al-Khatib mengatakan, dalam al-Muttafaq wa al-Muftaraq minali. Di dalam sanadnya terdapat Basyar bin ‘Ashim dari Hafsh bin Umar, al-Khatib berkata,keduanya adalah majhul.

  1. At-Tirmidzi (3661), Dha’if al-Jami (4361), penulis buku ini berkata,hadis ini daif
  2. Disebutkan Imam Ahmad di dalam kitab al-Musnad (1/391). Ibnu Hibban dalam kitab shahih dan al-Hakim (1/509). al-Kalam ath –Thayyib (123), dan dia mengatakan,sahih

Sumber: Prof. Dr. Abdul Basith Muhammad as-Sayyid, Pola Makan Rasulullah

Petikan dari alfalahmadani.my

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com