JANGAN MENGANGGAP REMEH BUKA AIB ORANG

Agama Islam jelas melarang umatnya daripada mengatakan keaiban seseorang walaupun ternyata ia bersalah. Apatah lagi membuka keaiban seseorang yang telah meninggal dunia secara terbuka di khalayak ramai. Bagaimana besarnya maruah seseorang muslim itu sehingga agama tidak membenarkan membuka keaiban sendiri atau sesiapa pun kerana ia boleh menjatuhkan maruah seseorang itu.

Akhlak Islamiah seseorang Muslim bukan berkaitan sifat lahiriah sahaja, malah ia mencakupi soal batin dan fikiran. Ia dimulai dari akhlak kepada Allah hingga kepada sesama manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan dan benda yang tidak bernyawa. Biasanya manusia cenderung untuk membuka keaiban orang lain tetapi melupakan aib dirinya sendiri. Saidina Ali pernah berkata orang yang paling berakal adalah orang yang melihat keaiban dirinya dan buta dari aib orang lain.

Dalam hal ini juga Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

“Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang Muslim maka Allah Taala akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah Taala sentiasa menolong seorang hamba selama ia menolong saudaranya”.

(Hadis Riwayat Muslim)

Umat Islam perlu melindungi, menghormati dan menjaga maruah sesama Muslim dan janganlah sesekali menyakiti peribadinya. Di zaman Jahiliyah dulu jika berlaku dikalangan ahli keluarga mereka sesuatu yang mengaibkan, maka hukumannya adalah bunuh. Demikian besarnya nilai maruah di sisi mereka. Demikian juga dalam hal menghormati tetamu yang datang ke rumah. Biarpun tetamu yang datang itu adalah musuh yang sedang dicari oleh musuh yang lain, mereka akan tetap melindungi dan mempertahankan demi maruah keluarga.

Tidak ada orang yang tidak berdosa, dan tidak ada orang yang tidak melakukan kesilapan. Cuma bezanya, banyak atau sedikit, besar atau kecil, teruk atau tidak, kelihatan atau tidak kelihatan. Dan jikalau kita memandang ke dalam diri kita masing-masing, kita akan tahu hakikat diri dan sudah pasti akan mengakui ketafsiran kita terhadap Tuhan dan manusia. Oleh kerana itu, maka kita disuruh banyak-banyak bertaubat kepada Allah dan banyak-banyak meminta maaf kepada manusia.

Tetapi orang yang tidak sedar diri, dia lupa pada dosa-dosanya dan lupa pada kesalahan dan kesilapannya, dan ia hanya memandang kepada kesalahan orang lain dan menghitung dosa-dosa mereka. Ini adala perbuatan orang yang merugikan dirinya sendiri dan mengundang permusuhan dengan orang lain, kerana biasanya orang yang disebut-sebut kesalahannya itu akan bangun membela diri atau cuba membalas dengan membongkar dosa-dosa orang yang telah mendedahkan keaibannya. Maka akan terjadilah hina-menghina, aib-mengaib, cungkil-mencungkil kesalahann, bahkan tuduh menuduh dan sebagainya.

Orang yang bijaksana ialah orang yang memandang ke dalam dirinya, lalu ia bertaubat dari dosa-dosanya dan membetulkan kesilapannya. Dia menutup keaiban orang lain. Dia menjaga harga diri sendiri dan harga diri orang lain. Maka dengan ini tidak akan wujud hina-menghina, aib-mengaib, tetapi yang wujud ialah suasana saling menghargai dan baik sangka pada orang lain.

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman dengan lidahnya dan belum meresap ke dalam kalbunya, janganlah membicarakan keburukan kaum Muslimin dan janganlah pula mencari-cari aib kaum Muslimin. Barangsiapa yang mencari-cari aib kaum Muslimin, nescaya Allah akan mencari aibnya sehingga ia merasa malu sekalipun berada di dalam rumahnya.”

Di dalam keadaan tertentu dan sangat terbatas, memang perlu untuk menyebut kesalahan orang lain, seeprti untuk menjadi saksi pada suatu pembicaraan, atau diperlakukan ketika bermesyuarat, atau untuk membendung manusia supaya jangan terikut-ikut dengan kejahatan seseorang, atau mendedahkan keaiban orang yang memang dengan sengaja ia telah membuka kesalahannya dihadapan orang ramai. Maka dalam hal-hal yang seperti ini kita bolehlah mendedahkan kesalahan orang lain, dengan syarat bahawa pendedahan itu hanya dibuat untuk keprlua yang kita sebutkan tadi sahaja, bukan untuk disiarkan di dalam akhbar-akhbar atau ditayangkan melalui media elektronik dan bahan-bahan bercetak dan sebagainya.

Seorang penyair berkata dalam sebuah syairnya:

“Jika anda ingin hidup bebas dari hal-hal yang menyakitkan, tutup aib anda dan juga kehormatan anda, maka jangan anda membicarakan aib orang lain.”

“Kerana setiap kamu memiliki aib dan kekurangan, dan setiap manusia memiliki mata.”

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang!”

(Surah al-Hujarat :12)

Diriwayatkan bahawa Saidina Umar pernah melalui sebuah rumah yangbterdengar suara bising di dalamnya. Ia lalu menaiki rumah tersebut melalui pagar dan disitu dilihatnya ada segolongan orang yang sedang bersukaria, bernyanyi-nyanyi sambil meminum arak dan Saidina Umar bermaksud untuk menghukum mereka.

Tiba-tiba muncul tuan rumah tersebut sambil berkata:

“Sesungguhnya aku telah menyalahi Allah s.w.t. dalam satu perkara iaitu minum arak. Tetapi engkau telah menyalahi dua perkara.” Saidina Umar menjawab, “Apakah kesalahanku itu?” Jawab orang itu: “Kesalahan pertama engkau telah mengintip-intip kesalahan kami, padahal Allah s.w.t. telah berfirman: Janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang. Kesalahan kedua engkau telah memasuki melalui pagar rumah kami, sedangkan Allah berfirman: hendaklah kamu memasuki rumah kami dari pintunya.”

Saidina Umar akhirnya tidak jadi menghukum mereka, hanya sekadar memberi nasihat agar tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Catatan : Ibnu Majid

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com