KUASA YANG DIBELI, AMANAH YANG DIKHIANATI

Dalam sebuah hadis, Abdullah ibn ‘Amr R.Anhuma meriwayatkan:

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ

Maksudnya: “Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah.”

                                                                                                                                            Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah 

Hadis ini amat relevan dengan keadaan semasa di Malaysia. Dalam pelbagai urusan kehidupan, masyarakat sering didedahkan dengan isu rasuah, sogokan dan penyalahgunaan kuasa yang boleh berlaku pada pelbagai peringkat. Sama ada dalam urusan pentadbiran, pemberian kontrak, penguatkuasaan undang-undang, mahupun ketika proses pilihan raya, amalan yang menyerupai rasuah dan politik wang masih menjadi cabaran yang perlu dibanteras.

Fenomena ini bukanlah perkara baharu. Sejak zaman Rasulullah SAW lagi, perbuatan memberi dan menerima suapan telah wujud. Justeru, Baginda SAW telah memberi amaran yang sangat tegas terhadap amalan tersebut kerana ia merosakkan keadilan, mengkhianati amanah, menafikan hak orang lain dan menghancurkan integriti sesebuah masyarakat. Oleh sebab itu, setiap pemimpin, penjawat awam dan rakyat hendaklah menjauhi segala bentuk rasuah, sogokan dan politik wang demi memelihara keadilan serta mendapat keredaan Allah SWT.

Apabila kita meneliti ancaman laknat terhadap pemberi dan penerima rasuah sebagaimana disebut dalam hadis di atas, jelas bahawa ancaman tersebut bukanlah sesuatu yang ringan. Dalam ajaran Islam, laknat bermaksud seseorang dijauhkan daripada rahmat Allah SWT. Ia bukan sekadar menggambarkan balasan di akhirat, bahkan kesannya juga boleh dirasai di dunia dalam pelbagai bentuk, seperti hilangnya keberkatan hidup, keruntuhan integriti, kehancuran masyarakat, serta musibah yang berpunca daripada kezaliman dan pengkhianatan amanah.

Oleh itu, amalan rasuah, sogokan dan politik wang bukan sekadar kesalahan di sisi undang-undang, malah mengundang kemurkaan Allah SWT. Perbuatan ini merosakkan keadilan, menafikan hak orang lain, menghancurkan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan dan membuka ruang kepada pelbagai bentuk penindasan. Justeru, setiap Muslim hendaklah menjauhi amalan keji ini kerana Allah SWT sama sekali tidak meredai perbuatan yang mencemarkan amanah dan keadilan.

Namun yang menghairankan, ramai dalam kalangan masyarakat tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya telah menerima rasuah. Fenomena ini sering berlaku menjelang pilihan raya. Contohnya, seorang tok guru, ustaz, ulama yang memimpin sebuah pondok atau institusi pengajian Islam menerima sejumlah dana daripada parti politik tertentu, yang lazimnya disebut sebagai "sumbangan", supaya institusi tersebut memberikan sokongan kepada parti berkenaan.

Ulama atau pemimpin tersebut sering kali tidak menyedari, atau mungkin berpura-pura tidak menyedari, bahawa dana yang diterimanya itu sebenarnya boleh dikategorikan sebagai rasuah politik atau money politics. Memang benar, amalan "sumbangan politik" ini tidak begitu ketara sebagai rasuah. Namun, jika sesuatu sumbangan itu diberikan dengan tujuan tertentu serta mengharapkan balasan atau sokongan tertentu, maka ia wajar dianggap sebagai satu bentuk rasuah.

Lalu timbul persoalan, bagaimana pula jika sumbangan itu diberikan tanpa sebarang syarat atau tuntutan yang dinyatakan?

Hakikatnya, dalam kebanyakan kes, khususnya ketika menjelang pilihan raya, kepentingan dan tuntutan tersebut jarang sekali dinyatakan secara terang-terangan. Malah, ada kalanya ahli politik yang memberikan sumbangan itu langsung tidak menyebut tujuan sebenar di sebalik pemberiannya. Namun begitu, jika sumbangan tersebut diberikan ketika suasana sedang menuju pilihan raya, maka terdapat alasan yang kuat untuk mengaitkannya dengan usaha mempengaruhi sokongan politik atau money politics.

Oleh itu, bagi mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam perkara yang syubhah, setiap sumbangan yang diterima wajar diselidiki terlebih dahulu latar belakang, tujuan serta sebab-sebab ia diberikan.

Catatan: Ibnu Majid

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com