MANUSIA BERTOPENG: JAUHI DARI MEREKA YANG MEMILIKI DUA WAJAH

Oleh: Ibnu Majid

Dunia ini merupakan ujian Allah SWT bagi mereka yang bertaqwa. Semakin hari, ia semakin dipenuhi dengan topeng dan kemunafikan, bukan dengan wajah manusia yang jujur dan yang benar. Inilah realiti yang pahit, namun tetap menjadi sesuatu yang terpaksa dihadapi dengan tabah.

Mungkin pernah terlihat antara kenalan, dalam bicara terukir senyuman, berkongsi makanan, dan gelak ketawa bersama-sama. Namun, sebaik sahaja memalingkan pandangan ke belakang, kebenaran yang berbeza muncul. Gelak ketawa dan senyuman, bertukar menjadi kutukan, kritikan, tohmahan dan adu domba.

Sesetengah orang akan kekal sebagai rakan selagi mana mereka mendapat manfaat daripada hubungan dengan kita. Sebaik sahaja kita menghadapi kesukaran, sebaik sahaja kita jatuh, mereka akan hilang seperti bayang-bayang di waktu senja. Mereka senyap dan lenyap dalam kegelapan malam. Entah mati atau masih hidup.

Dunia ini bukan diisi dengan orang-orang baik sepenuhnya. Dengan zaman yang semakin materialistik, semakin ramai golongan yang hanya menganggap hubungan antara manusia adalah satu strategi untuk menguntungkan diri sendiri dan keluarga. Di sebalik topeng senyuman yang dipakai, mereka sentiasa merancang untuk mengambil kesempatan atas diri kita. Ingin mengambil keuntungan peribadi.

Ada yang tersenyum di hadapan, tetapi menghunus lidah tajam di belakang. Ada yang berkongsi makan dan ketawa, tetapi dalam diam memijak kita saat kita jatuh. Mereka tidak mempedulikan kita. Inilah jenis manusia yang bertopengkan syaitan laknatullah. Allah SWT telah memberi peringatan jelas dalam Surah Al-Baqarah ayat 9:

“Mereka menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu diri mereka sendiri, tetapi mereka tidak sedar.” - (Surah Al-Baqarah, ayat 9)

Di zaman media sosial, setiap mereka yang bertopeng berlumba-lumba untuk menunjukkan diri mereka sebagai manusia terhebat, namun realitinya sangat berbeza. Mereka menipu dengan penampilan, watak kekayaan, namun langsung tiada kemahiran, kecuali kemahiran untuk menipu. Kemahiran adu domba. Kemahiran mengambil kesempatan atas kejujuran atau kelemahan orang lain.

Manusia bertopeng dan licik ini bukanlah fenomena baharu zaman ini. Mereka telah wujud sejak dahulu lagi. Dalam hadith sahih riwayat al-Bukhari, Nabi SAW bersabda: “Sejahat-jahat manusia adalah mereka yang memiliki dua wajah. Dia datang kepada orang lain dengan wajah yang lain, dan dia pergi kepada orang lain dengan wajah yang lain pula.” - (Sahih al-Bukhari).

Imam al-Nawawi menafsirkan orang sebegini sebagai golongan munafik — mereka tidak pernah jujur dengan mana-mana pihak, hanya memanipulasi untuk kepentingan peribadi.Untuk mengenyangkan perut mereka sahaja.

Maka apakah yang harus kita lakukan?

Pertama sekali, jangan biarkan pengkhianatan menjatuhkan kita. Jadikan pengalaman dengan manusia bertopeng sebagai pelajaran paling berharga. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Taubah ayat 51:

“Katakanlah: Tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dialah Pelindung kami, dan hanya kepada-Nya orang-orang beriman bertawakal.” - (Surah Al-Taubah, ayat 51)

Kedua, percayalah kepada tindakan, bukan janji dan kata-kata manis. Jangan mudah tertipu dengan senyuman manja atau para pengampu. Manusia bertopeng itu selalunya berbicara indah, lemah lembut, tapi niatnya hanya untuk menipu.

Ketiga, kecilkan lingkungan kepercayaan. Lebihkan diam, banyakkan pemerhatian. Kerana ketenangan lebih berharga daripada berkawan dengan orang yang berpura-pura.

Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadith yang bermaksud: “Tidak sepatutnya seorang yang beriman, disengat sebanyak dua kali daripada satu lubang (yang sama).” - (H.R. al-Bukhari 6133 dan Muslim 63)

Maka berhentilah mengharapkan kesetiaan daripada mereka yang tidak tahu erti setia. Berhentilah merayu kasih daripada mereka yang hatinya dipenuhi tipu daya. Walaupun pahit untuk ditelan, tetapi ia adalah kebenaran yang akan membebaskan jiwa kita. Jangan biarkan manusia bertopeng untuk menipu kita lagi. Semoga Allah SWT memberi kita sakinah di atas muka bumi-Nya, dan jauhkan kita daripada mereka yang memiliki dua wajah.

“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu”.(Surah al-An’am 112)

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com