MASYARAKAT MADANI TIDAK DAPAT DIPISAHKAN DENGAN ILMU

Penguasaan ilmu pengetahuan merupakan salah satu daripada prinsip asas mayarakat madani bertujuan untuk menjadi ummah yang memiliki kekuatan ilmu pengetahuan dan kecemerlangan intelektual. Di dalam al-Quran sendiri jelas menunjukkan bahawa ilmu merupakan keistimewaan yang menjadikan manusia itu lebih unggul daripada makhluk-makhluk lain dalam menjalani fungsi kekhalifahan.

Manusia menurut al-Quran memiliki potensi untuk meraih ilmu dan mengembangkannya dengan izin Allah s.w.t. Berkali-kali pula al-Quran menunjukkan betapa tingginya darjat orang yang berpengetahuan. Perintah penggunaan akal sebagai dasar kerasionalan ilmu dengan perintah untuk mengamati keadaan alam menjadi landasan empirik ilmu yang sering beriringan antara satu sama lain. Ini ditegaskan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud; “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan langit dan bumi dan berlainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar tanda bagi orang yang mengetahui”. (Surah ar-Rum: 22).

Perintah al-Quran itu kemudiannya diperkuatkan oleh hadis-hadis Nabi yang mewajibkan umat Islam untuk menuntut ilmu. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; Menuntut ilmu itu wajib bagi kaum lelaki dan perempuan (riwayat Bukhari dan Muslim), Tuntutlah ilmu dari ayunan buaian hingga ke liang lahad, (riwayat Bukhari) dan Pelajarilah ilmu walaupun sehingga ke negeri China (riwayat Bukhari dan Muslim).

Rasulullah juga bangkit di tengah-tengah kaumnya serta menganjurkan mereka agar terus menuntut ilmu yang pada hakikatnya akan menjadi kayu ukur peradaban dan kemajuan. Seperti apa yang diungkapkan hadis ketiga di atas, maka Rasulullah melihat ilmu itu bersifat universal, maka baginda pun menanam semangat kepada umat Islam untuk sentiasa berusaha dalam menuntut ilmu.

Lebih jauh lagi Islam telah menempatkan kedudukan ilmu pada tingkat yang lebih tinggi seperti sabda Rasulullah yang bermaksud; Manusia yang mulia adalah seorang mukmin yang berilmu (hadis riwayat bukhari).

Dalam hal ini kita dapat mengambil pelajaran, sekali gus memperoleh contoh yang menarik, iaitu ``persaingan'' antara Adam dengan malaikat yang pada akhirnya Adam dinobatkan sebagai pemenang kerana ilmunya. Dan dengan ilmu itulah juga, maka Allah memerintahkan malaikat untuk bersujud kepada Adam (surah al-Baqarah: 31-34). Persaingan yang dimenangi oleh Adam kerana berilmu ini didahului dengan pemberitahuan Allah kepada malaikat untuk menjadikan seorang khalifah di atas muka bumi.

Namun malaikat membantah dan menonjolkan dirinya sebagai makhluk Allah yang lebih suci, sebagaimana yang disebutkan dalam surah al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud; Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat; Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.

Mereka berkata; Mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan menyucikan Engkau?

Allah berfirman lagi yang bermaksud; sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui. Lalu malaikat dimalukan oleh Adam dengan ilmunya itu, sebagaimana disebutkan dalam surah al-Baqarah ayat 31-34 yang bermaksud; “Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama benda seluruhnya, kemudian mengemukakan kepada malaikat, lalu berfirman; Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar! Lalu malaikat menjawab; Maha Suci Engkau. Tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang Engkau ajarkan pada kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”.

Allah berfirman yang bermaksud; Hai Adam, beritahukanlah kepada malaikat nama benda-benda itu, Allah berfirman yang bermaksud; “Bukankah sudah Kukatakan kepadamu bahawa sesungguhnya Aku mengetahui rahsia di langit dan di bumi dan mengetahui apa yang kamu nampakkan dan apa yang kamu sembunyikan? Dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada malaikat; sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali iblis, ia enggan dan takbur, ia termasuk mereka yang kafir.”

Pengetahuan ilmu yang diperoleh oleh Adam daripada Allah telah memunculkan kekuatan yang luar biasa untuk mengalahkan malaikat. Dengan kata lain, kekuatan Adam adalah dengan keunggulan ilmu yang dimilikinya itu. Ini bererti Adam merupakan susuk peribadi yang lebih unggul daripada malaikat.

Dalam konteks persaingan antara Adam dengan malaikat ini dan apa yang lebih menarik lagi untuk kita renungkan adalah bahawa peristiwa ini semuanya didahului dengan pernyataan Allah bahawa bumi dan seisinya ini diciptakan Allah untuk manusia. Huwa al-ladzi khalaqa lakum ma fi al-ardh jamian (al-Baqarah: 29). Ini seiring dengan ayat lain yang menegaskan bahawa bumi diciptakan untuk dimakmurkan oleh manusia. Huwa ansya'akum min al-ardh wa ista'marakum fiha (Hud: 61). Kedua-dua ayat ini memberi penjelasan kepada kita tentang posisi dan peranan manusia terhadap dunia serta seisinya yang kemudiannya dimakmurkan demi kepentingan dan keperluan umat manusia itu sendiri, dalam konteks ibadah secara umum.

Sesuai dengan peranan manusia terhadap alam dan seisinya, telah ditegaskan bahawa Allah telah memberi Daud dan Sulaiman akan ilmu yang mereka itu lebih mulia daripada yang lain, sebagaimana firman Allah dalam surah al-Nam ayat 27 yang bermaksud; dan sesungguhnya Kami telah memberi ilmu kepada Daud dan Sulaiman, dan keduanya mengucapkan; segala puji bagi Allah yang melebihkan kami dari kebanyakan hamba-hamba-Nya yang beriman. Ayat ini secara langsung menegaskan bahawa ilmu merupakan alat yang menjadikan martabat Daud dan Sulaiman lebih utama daripada yang lain. Ini benar-benar menjadi bukti bahawa ilmu adalah kekuatan, juga kekuasaan. Ini bererti bahawa kemampuan ilmu itu berupaya mengangkat manusia pada kedudukan lebih tinggi daripada mereka yang rendah ilmunya, apatah lagi mereka yang tidak memiliki ilmu. Seiring dengan ini, Al-Ghazali menjelaskan bahawa ilmu itu mampu menjadi kekuatan yang dahsyat bagi umat manusia. Lebih daripada itu juga ayat ini mampu memberi inspirasi kepada umat Islam bahawa jika seseorang, sesebuah masyarakat, atau sesuatu bangsa ingin maju, maka mereka harus mengembangkan ilmu dan teknologi seperti contoh Nabi Daud dan Sulaiman di atas. Secara tegas disebutkan bahawa Allah mengangkat darjat lebih tinggi bagi orang yang berilmu seperti dalam firman-Nya di dalam surah al-Mujadalah ayat 11 yang bermaksud;

“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

Oleh : Mohd Shauki Abd Majid

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com