MASYARAKAT MADANI TIDAK MENAFIKAN SEMANGAT PLURALISMA

AL-QURAN sebagai kitab suci terakhir yang diturunkan oleh Allah SWT untuk umat manusia mengandungi beberapa petunjuk yang tegas mengenai kemajmukan kaum dan menyatakan bahawa kemajmukan itu ialah suatu ketentuan Ilahi (takdir).

Oleh itu, umat Islam wajib menerima kemajmukan itu dan berusaha untuk mewujudkan sikap bersamaan bagi mengukuhkan perpaduan ummah.

Kemajmukan itu ialah suatu sunnah Allah yang tidak dapat diubah oleh manusia. Rasulullah SAW sendiri tidak berupaya untuk menyuruh semua penduduk Madinah beriman kepada Allah, bahkan Allah menegur baginda dengan pertanyaan: “Apakah engkau hendak memaksa supaya mereka (seluruh manusia) menjadi orang beriman.(maksud Al-Quran Surah Yunus ayat 99).

Islam sentiasa memberikan penekanan kepada konsep hidup bermasyarakat. Untuk hidup bermasyarakat, Islam memberikan ruang yang luas bagi setiap orang agar mengamalkan toleransi dan menghargai kebebasan.

Demikian juga al-Quran adalah kitab suci yang menonjol dalam pengakuan terhadap keabsahan agama-agama selain Islam.

Islam tidak menafikan semangat pluralisme (kemajmukan). Pluralisme ialah masyarakat pelbagai jenis etnik, agama dan budaya hidup damai dan berdampingan dalam satu bangsa. Daripada definisi ini, apakah Islam menafikan semangat pluralisme di mana masyarakat kita dapat hidup damai dengan berlatar belakang agama, budaya dan etnik yang berbeza?

Di dalam banyak ayat al-Quran dan hadis, kita menemui semangat pluralisme, di antaranya kebebasan beragama, hidup damai berdampingan walau pun berbeza bangsa, keturunan, agama, dan budaya.

Pluralisme agama sebenarnya bermaksud bahawa setiap pemeluk agama bukan sahaja dituntut untuk mengakui keberadaan dan hak agama lain, tetapi terlibat dalam usaha memahami perbezaan dan persamaan untuk mencapai kerukunan dalam perbezaan itu.

Al-Quran dengan jelas memberi gambaran semangat ini melalui firman-Nya yang bermaksud: “Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam). (Surah Al-Baqarah ayat 256). Ini bererti Islam memberikan kebebasan sepenuhnya dalam beragama. Kemudian Allah SWT kembali menegaskan dalam al-Quran Surah Yunus ayat 99 yang bermaksud: “Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang yang di muka bumi seluruhnya. Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya?"

Ayat-ayat ini secara tegas mengatakan bahawa seandainya Allah hendak menjadikan manusia seluruhnya Muslim, Allah pasti dapat melakukannya. Tetapi Allah tidak berkehendak, sebab kalau pun manusia di bumi ini menjadi Muslim, mereka tetap bermusuhan dan berbeza pendapat.

Oleh kerana itu, Allah menciptakan manusia berpuak-puak, bersuku-suku dan bermacam ras untuk saling mengenal dan membangun kerjasama atas dasar kebaikan.

Pada hakikatnya kemajmukan diakui dan diterima oleh Islam selagi ia bercirikan kedamaian. Kegagalan dalam mengembangkan semangat tolak ansur serta pluralisme agama seperti yang tercatat di dalam al-Quran hanya akan membangkit golongan Muslim radikal.

Sebaliknya, keberhasilan dalam melahirkan konsep toleransi beragama sangat bergantung pada kemampuan umat Islam menanamkan kesedaran masyarakat akan prinsip al-Quran tentang pluralisme keagamaan secara umum dan sikap positif terhadap agama lain.

Ketika teks al-Quran mengandungi banyak ayat yang secara nyata mendukung pluralisme, sejarah Islam juga memberikan banyak elemen pluralisme. Ketika Nabi Muhammad tiba di Madinah, pertama kali yang dilakukan adalah menyatukan masyarakat yang memiliki latar belakang berbeza baik agama mahupun etnik.

Formula yang dilakukan Rasulullah SAW setelah menyatukan umat Islam di Madinah yang terdiri dari Muhajirin dan Ansar, Nabi mengadakan perjanjian atas dasar kesatuan dan kebebasan beragama dalam piagam Madinah.Di dalam piagam ini terdapat nilai-nilai persamaan, kebebasan beragama, hak asasi manusia, musyawarah dan demokrasi.

Pada masa pemerintahan Khalifah Umar Abd Aziz, beliau bersungguh-sungguh mengembangkan sikap keterbukaan dalam beragama dengan melarang meruntuhkan gereja dan memberi peluang mereka berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan.

Oleh : Mohd Shauki Abd. Majid

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com