MEMAHAMI ERTI KASIH SAYANG DALAM MASYARAKAT MADANI

ISLAM adalah agama yang dibentuk melalui peradaban ‘salam’. Peradaban ‘salam’ adalah natijah kepada kehidupan yang saling menyayangi sesama manusia sekali gus menegaskan keintiman hubungan antara penganut berlainan agama adalah paksi kepada kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

Sejak Islam diisytiharkan sebagai agama terakhir dan sempurna, banyak peristiwa sejarah menjelaskan bagaimana hemah bermasyarakat menjadi asas kekuatan Islam. Dakwah Nabi Muhammad SAW misalnya sentiasa menyeru kepada kebaikan semua manusia dan tidak mengehadkan kepada orang Islam semata-mata. Dakwah sedemikian bukan sekadar dengan kata-kata, malah baginda melakukan apa yang diyakininya dalam seluruh kehidupan.

Baginda pernah berbakti kepada seorang pengemis Yahudi yang tua dengan menyuapkan makanan setiap hari sehingga baginda wafat. Tindakan itu diteruskan oleh Abu Bakar al-Siddiq, namun pengemis Yahudi itu menolak kerana katanya “tangan yang melakukan pada kali ini tidak selembut tangan sebelumnya.” Abu Bakar tidak kecewa. Dengan dedikasi yang tinggi, akhirnya khalifah berjaya memujuk pengemis itu untuk menerima suapannya. Interaksi ini seterusnya memberikan ‘pencerahan’ kepada pengemis Yahudi bahawa selama ini, Nabi Muhammad SAW yang dikecam dan dicemuh itulah yang menyuapkan makanan ke mulutnya dengan “tangan yang lembut.” Yahudi tersebut akhirnya memeluk Islam.

Ini bermakna dengan tidak menggunakan tindakan kekerasan, Islam menjadi agama yang menarik dan mudah berkembang. Teladan Nabi Muhammad SAW menjadi insan yang paling besar pengaruhnya dalam peradaban manusia sehingga sekarang, meskipun akhir-akhir ini banyak dipersoalkan oleh pelampau agama lain.

Apabila suatu bangsa sudah tidak memiliki moral yang baik maka bangsa itu sedang menempuh jalan kehancuran. Meskipun negara itu mewah atau kaya, tetapi jika tidak disertai dengan akhlak yang utama, ia tidak akan berharga sama sekali, baik menurut pandangan manusia apalagi menurut sunnatullah. Maka Allah S.W.T. memberi kedudukan kepada Rasulullah menjadi uswatun hasanah, sebagai contoh dan teladan umat manusia, sebab dalam diri Baginda terdapat “akhlaqul karimah” akhlak yang mulia dan utama.

Para sufi menganggap bahawa selain doktrin keislaman dan keimanan, Islam memiliki doktrin lain, iaitu kebaikan ihsan. Ketiga-tiga doktrin ini merupakan trilogi yang tidak boleh dipisahkan dan merupakan penjelmaan daripada hadis Nabi s.a.w yang memuatkan kisah dialog Baginda dengan malaikat Jibril.

lhsan dalam hadis itu didefinisikan sebagai ‘engkau menyembah Allah S.W.T. seolah-olah engkau melihat-Nya. Dan jika engkau tidak melihat-Nya sesungguhnya Allah S.W.T. melihatmu’.
ltulah inti ajaran akhlak menurut para sufi, iaitu selalu berusaha menghadirkan Allah S.W.T. di mana pun berada. Bila seseorang mampu menghadirkan Allah S.W.T. di mana saja berada, dia akan selalu melakukan perbuatan yang sesuai dengan ajaran-ajaran yang telah ditetapkan Allah S.W.T. Daripada sifat ihsan yang menjadi sumber akhlak karimah akan melahirkan sifat-sifat mulia, kejernihan berfikir dan kesucian kalbu.

Usamah bin Syarik r.a meriwayatkan bahawa ketika Rasulullah saw ditanya oleh sahabat,apa hal terbaik yang di kurniakan kepada manusia?vBeliau menjawab,’Budi luhur’(Riwayat Ibnu Majah dan Ahmad)

Diantara salah satu ciri-ciri akhlak yang baik  ialah bersikap kasih sayang sesama muslim. Kita harus yakin bahawa dengan menyayangi orang lain,ia akan menperolehi balasan kasih sayang yang jauh lebih besar dan lebih luas didunia dan juga akhirat. Sesungguhnya Allah SWT menyayangi siapapun yang menyayangi hamba-hambaNya. Rasullullah bersabda yang bermaksud;”Allah hanya akan menyayangi hamba yang menyayangi(makhlukNya)”(Riwayat Bukhari dan Muslim) Sebaliknya Rasulullah saw juga bersabda yang bermaksu:”Sungguh, Allah tidak akan menyayangi seseorang yang tidak menyayangi manusia”(Riwayat Muslim)

Sifat peyayang merupakan pertanda kelapangan dada, kelembutan hati dan keperibadian yang tinggi.  Seseorang yang berakhlak mulia akan menyayangi seluruh manusia serta seluruh makhluk. Ibnu Masud meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:”Kamu tidak dianggap beriman hingga kamu saling menyayangi” Para sahabat berkata,” Wahai Rasulullah kami setiap orang, tersemua adalah penyayang. ”Rasul menjawab:”Kasih sayang yang dimaksudkan bukanlah kasih sayang diantara kamu saja, melainkan kasih  sayang kepada seluruh manusia dan seluruh makhluk”(Riwayat Tabrani)

Sejarah mencatat bahawa kasih sayang Rasulullah saw bukan sahaja terhad kepada sesama muslim tetapi juga kepada bukan muslim. Ini dijelaskan dalam firman Allah SWT yang bermaksud:”Maka barang kali engkau (Muhammad) akan membinasakan dirimu kerana bersedih hati setelah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (AlQuran)” (Surah Al-Kahfi ayat 6)

Nabi Muhammad saw tidak hanya menyayangi manusia, tetapi juga menyayangi binatang. Rasulullah saw mengajak manusia untuk menyayangi binatang kerana ia akan menperolehi pahala.  Beliau bersabda yang bermaksud:  ”Setiap air yang diberikan kepada haiwan hidup  (untuk minumnya) mendatangkan pahala”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jika ada pertanyaan,  ”siapa saja yang didoakan nabi saw untuk menperolehi rahmat?”Maka jawapannya dapat diperolehi dari hadis-hadis berikut ini. Nabi Muhammad saw mendoakan orang-orang melaksanakan solat sunat empat rakaat sebelum solat asar.” Semoga Allah merahmati seseorang yang melaksanakan solat sunat empat rakaat sebelum asar” (Riwayat Abu Daud) Nabi juga mendoakan orang yang memiliki sifat tolerensi. Seterusnya nabi juga mendoakan orang menjaga lisannya dan memanfaatkan lisannya hanya untuk kebaikan

Pada hakikatnya hanya orang yang sengsara yang tidak memiliki rasa kasih sayang.  Nabi saw bersabda yang bermaksud: ”Rasa kasih sayang tidak akan dicabut kecuali dari orang yang sengsara”(Riwayat Abu Daud). Ath-thibbi menjelaskan hadis ini dengan berkata,”hal ini kerana kasih sayang berasal dari hati yang lembut. Hati yang lembut merupakan tanda keimanan. Barangsiapa yang tidak memiliki kelembutan hati maka ia tidak beriman. Dan sesiapa yang tidak memiliki iman maka ia sengsara. Jadi jelas bahawa orang yang tidak memiliki kelembutan hati maka ia sengsara.

Sifat kasih sayang ini juga menjadi bukti rasa kelembutan hati dan keluhuran jiwa.Sifat ini dapat mengeratkan hubungan antara anggota masyarakat. Sifat ini juga dapat menyatukan perbezaan-perbezaan yang berlaku dalam masyarakat dan meningkatan tamadun  manusia itu sendiri. Disisi lain surga merupakan temapt atau kediaman bagi orang yang penuh kasih sayang. Hanya orang yang menpunyai sifat pengasih sahaja yang dapat memasuki syurga.

Oleh : Mohd Shauki Abd. Majid

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com