MENGAUT KEKAYAAN PERIBADI

Al-Quran menceritakan tentang pemimpin yang zalim dan mengejar harta kekayaan, memanfaatkan posisi kekuasaannya untuk mengumpul harta dan hidup dalam kemewahan, sehingga pada penghujungnya, akan menimpakan kehancuran kepada diri sendiri serta rakyat yang memilihnya.

Hujjatul Islam Imam al-Ghazali RH menyebut dalam kitabnya al-Tibr al-Masbuk fi Nasihat al-Muluk betapa pentingnya seorang pemerintah berlaku adil kepada rakyatnya, kerana kerajaan dan pemerintahan itu adalah anugerah daripada Allah SWT, dan Allah berhak untuk beri dan tarik semula daripada sesiapa yang dikehendaki seperti mana firman Allah SWT, mafhumnya:

“Dia (Allah) berikan kerajaan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan Dia menarik kerajaan daripada sesiapa yang Dia kehendaki; Dia muliakan sesiapa yang Dia kehendaki dan Dia hinakan sesiapa yang Dia kehendaki, segala kebaikan itu miliknya, dan sesungguhnya Dia berkuasa atas segala sesuatu” (Al-Imran:26).

Malang sekali nasihat-nasihat sebegini tidak begitu dipedulikan oleh ramai pemimpin hari ini. Masyarakat menjadi saksi bagaimana seorang pemimpin daripada kalangan rakyat biasa asalnya, yang bukan berlatar-belakangkan keluarga hartawan atau korporat, mewarisi harta yang banyak dalam masa yang singkat secara tiba-tiba.

Kerjaya politik adalah laluan yang baik untuk mengurus negara dan manusia agar dapat mencapai kemajuan dan kesejahteraan. Namun berkali-kali politik dikotori oleh manusia yang pemaksiat, penzalim dan korup, hingga masyarakat semakin benci untuk memikirkan tentangnya. Politik di seluruh dunia dipenuhi oleh golongan yang hanya bercita-cita untuk mengaut kekayaan peribadi.

Pemimpin, penguasa dan orang-orang kaya seperti ini lahir dari masyarakat yang menormalisasikan budaya kotor dipenuhi maksiat. Pemimpin begini juga setiap kali dilantik akan mengucapkan “ini adalah Amanah besar daripada Allah SWT”, tetapi malangnya ia hanyalah sekadar ungkapan di bibir sahaja. Hakikatnya beliau akan tumpukan untuk memuaskan nafsu sendiri ketika memegang kuasa. Mereka bukan hanya menipu orang awam, tetapi juga menipu Allah dalam janji-janjinya.

Sesungguhnya nafsu jika tidak dikawal sudah tentu akan menjurus kepada kejahatan, seperti di dalam Surah Yusuf ayat 53 yang bermaksud; “Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), keranasesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” - [Surah Yusuf, Ayat 53]

Penyalahgunaan kuasa di dalam negara ini berlaku sudah sekian lama, melibatkan pemimpin daripada hampir semua peringkat samada politik, penjawat awam mahupun ahli jawatankuasa masjid. Professor Emeritus Tan Sri Dr. Mohd. Kamal Hassan meluahkan kekecewaan beliau melalui bukunya “Corruption and Hypocrisy in Malay Politics: The Urgency of Moral-Ethical Transformation” dan mengharapkan satu gerakan reformasi dilakukan dalam masyarakat bagi membendung budaya ini. Beliau jelas menzahirkan kekecewaan dengan korupsi, rasuah, penipuan dan penyalahgunaan kuasa yang semakin membarah dalam masyarakat.

Adakah para pemimpin Islam lupa dengan begitu banyak ancaman Baginda SAW terhadap pemimpin yang khianat, seperti mafhum sebuah hadis berbunyi: “Tidaklah seseorang diamanahkan memimpin sesuatu kaum kemudian dia meninggal dalam keadaan berkhianat terhadap rakyatnya, maka diharamkan baginya Syurga” - (HR Bukhari dan Muslim).

Beberapa persoalan yang menuntut jawapan ialah, kenapa masih wujud pemimpin Islam yang tidak segan silu terlibat dalam penyalahgunaan kuasa, pecah amanah dan rasuah sedangkan ia jelas suatu perbuatan berdosa di sisi Islam? Adakah mereka tidak takut kepada Hari Akhirat kelak dan dihumbankan ke dalam neraka? Adakah mereka merasakan boleh bertaubat, menunaikan haji, bersedekah lalu kononnya suci harta tersebut, sedangkan dosa dan kesalahan mereka melibatkan wang rakyat, bukan berdosa kepada Allah semata-mata?

Yang lebih menghairankan lagi, mengapakah walaupun sudah jelas penyelewengan dan pengkhianatan demi pengkhianatan dilakukan, namun rakyat masih tetap memilih dan mengangkat pemimpin yang bergelumang dengan korupsi dan penyelewengan ini? Adakah masyarakat kita sudah buta daripada menilai kebenaran sehingga menjadi taksub kepada pihak tertentu? Atau, adakah sebenarnya masyarakat kita sendiri memerlukan pemimpin begini, supaya mereka juga boleh mengumpul harta dari rasuah dan korupsi?

Seperti mana dirakamkan dalam Surah Hud ayat 113, mafhumnya: “Jangan sekali-kali kamu cenderung menyokong orang yang zalim, kelak kamu akan dibakar oleh Api Neraka, (pada ketika itu) kamu tidak akan dapati selain Allah sebagai penyelamat dan kamu juga tidak akan mendapat sebarang pertolongan.” - [Surah Hud, Ayat 113]

Di antara isyarat Allah SWT jika hendak membinasakan suatu bangsa, maka akan diperbanyakkan golongan elit yang melakukan kemungkaran dan kezaliman terhadap rakyatnya. Kepada mereka Allah memberikan teguran khusus dengan ancaman bencana yang jelas. “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya menaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.” - [Surah al-Isra`, Ayat 16]

Allah SWT berhak untuk memberikan dunia kepada sesiapa sahaja hambanya, sama ada Islam atau bukan. Tetapi Allah hanya memberikan iman dan agama-Nya kepada hamba-hamba yang dicintai. Allah memberikan kekayaan harta dunia kepada Nabi Sulaiman AS dan Dzulkarnain. Namun Allah juga memberikan kekayaan harta dunia kepada Qarun dan Namrud. Perbezaannya antara mereka ini ialah Iman dan Taqwa, serta menegakkan keadilan dan membasmi kezaliman. Apakah wang 170 juta serta jongkong emas yang dirampas SPRM baru2 ini melambangkan kebobrokan bangsa kita? Atau adakah perbuatan ini melambangkan sifat tamak yang tidak dapat ditepis oleh ajaran agama? Mungkinkah juga ia manifestasi amaran Istidraj dari Allah SWT?

Ini bukan jalan menuju syurga atau jalan yang diredhai, tetapi laluan ke neraka Jahanam. Apakah dengan wang sejumlah ini dapat membeli syurga, atau ia hanya pandangan mata zahir sahaja, sepertimana Firaun menganggap tompokan harta disisinya, akan menyelamatkannya di akhirat kelak. Ketika budaya korupsi menjadi matang, maka akan berlakulah sunnatullah kehancuran terhadap bangsa dan negara, jika tiada lagi keikhlasan dalam Amar Makruf Nahi Mungkar.

Oleh: Mohd Shauki Abd Majid

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com