MENJALIN SILATURAHIM SEKALIPUN BERLAINAN AGAMA

KONSEP rumah terbuka di Aidilfitri sebenarnya melambangkan keindahan agama Islam itu sendiri, di samping dapat menarik rahmat dan keberkatan yang datang bersama dengan kunjungan tetamu, jiran tetangga (sekalipun bukan seagama).

Tetapi ia bukan satu rahmat lagi jika sesuatu majlis yang dirahmati itu dicemari perlakuan kurang sopan oleh segelintir mereka yang tidak memahami ajaran agama dan budaya umat Islam.

Sepatutnya dengan semangat rumah terbuka ia dapat menjadi forum yang sangat efektif untuk memulai hubungan baik atau memperbaharui hubungan yang retak antara sesama kita.

Kemuliaan dan kesuciannya tidak boleh dicemari dengan motif dan tujuan-tujuan lain yang boleh menggugatkan keamanan dan kedamaian. Sesungguhnya kejahatan dan kepalsuan itu pada dasarnya bertentangan dengan fitrah manusia.

Oleh kerana Islam itu agama fitrah yang mudah, samhaa' (harmoni), terbuka dan toleransi maka kita menerima gelagat-gelagat tidak sopan itu dengan penuh kesabaran.

Satu hadis daripada Ibnu Umar yang diriwayatkan oleh Bukhari, Tarmizi, Ahmad dan Ibnu Majah. "Seseorang mukmin yang bergaul dalam masyarakat dengan manusia lainnya dan dia sabar menahankan suka duka dalam masyarakat itu, adalah lebih baik daripada seorang mukmin yang tidak hidup bergaul dalam masyarakat umum dan tidak pula pernah menunjukkan kesabaran atas suka dukanya masyarakat itu."

Di negara kita, agama menjadi faktor penyatuan kaum iaitu dengan menyederhanakan perasaan taksub dan fanatik agama, perkauman dan budaya serta adat resam melampau bagi sesuatu kaum dan bangsa.

Perasaan yang melampau tentang perkauman dan agama diredakan oleh semangat tolak ansur, setia kawan ketika menyambut hari raya melalui rumah terbuka. Rasa taksub yang melulu terhadap adat resam dan budaya sendiri sehingga membenci dan mengutuk budaya kaum lain sedikit sebanyak dapat dihapuskan.

Agama yang kita warisi sebagai agama yang menyatupadukan umat manusia, agama yang menghormati sesama manusia dan memuliakan tetamu mula digugat peranannya oleh ketandusan ilmu pengetahuan yang sebenar tentang Islam. Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dalam keadaan sama, dari satu asal: Adam dan Hawa. Lalu kamu kami jadikan dengan keturunan, berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu saling mengenal dan saling menolong. Sesungguhnya orang yang paling mulia darjatnya di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Allah sungguh maha mengetahui segala sesuatu dan maha mengenal, yang tiada suatu rahsia pun tersembunyi bagi-Nya." (Al-Hujurat ayat 13).

Perbuatan ini boleh dicontohi sebagaimana Rasulullah SAW menghormati jenazah orang Yahudi apabila baginda berdiri memberi satu penghormatan, walaupun beberapa sahabat menegahnya.

Kita hendaklah menjalinkan silaturahim sekalipun dengan mereka yang berlainan agama kerana mereka juga ada beberapa haknya seperti hak kewarganegaraan, kejiranan dan kekeluargaan. Firman Allah yang bermaksud: "Tidak boleh ada paksaan dalam (memasuki) agama (kerana) sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah." (Al-Baqarah 11: 256).

Dalam kehidupan di dunia ini, ada dua unsur yang menentukan. Pertama, nilai-nilai kebaikan, yang pada umumnya menciptakan kebahagiaan, kenikmatan, kerukunan dan lain-lain hal yang bersifat positif.

Kedua, nilai-nilai kejahatan yang boleh menimbulkan kerosakan, sengketa dan kehancuran. Seseorang yang mengakui nilai-nilai kebaikan itu dengan hati nuraninya, tentulah akan berusaha sebaik mungkin menerapkan nilai-nilai itu dalam kehidupan.

Melalui silaturahim, hubungan antara manusia semakin rapat dan tiada kebaikan yang lebih cepat mendapat pahala selain silaturahim dan tiada kejahatan yang lebih cepat mendatangkan azab Allah selain memutuskan silaturahim. Begitu juga, tiada yang dapat mengubah takdir selain doa dan tiada yang dapat menambah umur selain kebaikan menjalinkan hubungan silaturahim.

Di sinilah silaturahim perlu dibudayakan. Seiring dengan kemajuan teknologi silaturahim boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti melalui SMS, surat atau telefon.

Kita lihatlah aneka macam peristiwa dalam sejarah yang mempamerkan amalan toleransi Islam, baik di zaman Nabi, mahupun di zaman pemerintahan Khalifah yang Empat (Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali), baik di zaman pemerintahan dinasti-dinasti Umaiyah dan Abbasiyah mahupun pemerintahan-pemerintahan Islam di Sepanyol, Iran, India, Acheh dan lain-lain.

Di zaman Nabi, terjadi satu peristiwa di mana seorang Ansar bernama Al-Husayn (dari suku Bani Salim) yang memeluk Islam dengan kemahuannya sendiri, kemudian hendak memaksa dua orang anaknya yang masih beragama Masehi supaya masuk Islam. Ketika keinginannya itu disampaikannya kepada Rasulullah, maka Baginda dengan tegas telah melarangnya. Di sinilah turunnya wahyu mengenai tiada paksaan dalam agama.

Dalam biografi Rasulullah banyak terdapat contoh toleransi Islam, antara lain bagaimana baginda menunjukkan sikap bersahabat dengan penganut agama-agama lain, betapa baginda datang menjenguk masyarakat berlainan agama yang kematian ahli keluarga, menghadiri kenduri dan menjenguk orang sakit.

Apa yang dilakukan oleh Rasulullah semata-mata sebagai pendidikan, pengajaran dan petunjuk bagi umatnya.

Catatan : Ibnu Majid

 

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com